Monday, 5 January 2015

PETUA JAGA MATA PALING MURAH DAN JIMAT

ASSALAMUALAIKUM..

Banyak petua menjaga kesihatan mata ni kita boleh praktikkan..Menjaga mata dari melihat benda yang tak elok pun dah di kira petua juga tu. Jika mata kita hanya melihat benda yang elok - elok nescaya ianya akan membuatkan hati kita sentiasa tenang dan suci je.. Cantikkan mata wanita dalam gambar di bawah.





Mata adalah pancaindera yang sangat penting. Tanpa mata, kita tidak akan dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah ini. Jika pancaindera kita ditarik suatu hari nanti, bagaimana kita nak menjalani kehidupan kita seperti sebelum ini? Tak dapat saya bayangkan betapa siksanya kita tanpa mata. Di negara miskin, ada yang sanggup menderma mata untuk mendapatkan wang bagi menyara keluarga. Kesempitan hidup membuatkan mereka sanggup menggadaikan mata. Jadi, kita yang masih hidup selesa ni, patut bersyukur dan menjaga amanah Allah kepada kita ini.

Walaubagaimanapun, terdapat ancaman luar yang boleh menyebabakan kesihatan mata semakin merosot antaranya dari udara yang tercemar, radiasi sinaran matahari, radiasi akibat terlalu lama di depan komputer, dan gangguan - gangguan lain.

Kajian yang dilakukan oleh EYE DISEASE PREVALENCE RESEARCH GROUP (2004), menjelang tahun 2020, jumlah pesakit mata dan buta bakal mencecah 55 juta orang. Penyakit ini akan semakin meningkat terumatanya kepada individu berumur 65tahun ke atas.


BAGAIMANA NAK JAGA KESIHATAN MATA?


1.REHATKAN MATA

  • Tak salah kita nak menghadap komputer atau laptop hingga 2 @ 3 jam. Kalau dah kita terpaksa bekerja menggunakan laptop atau komputer nak buat macam mana kan? Sebaik - baiknya setelah menghadap laptop atau komputer sehungga 2 jam, ambillah masa merehatkan mata dengan cara melihat kepada objek - objek lain yang menghijau seperti pokok - pokok bunga yang mak kita tanam di luar rumah tu kan. Ini kan membuatkan mata kita relaks dan berehat sekejap.
  • Menghadap komputer terlalu lama boleh membuatkan cecair dalam mata kita yang bertindak sebagai pelincir mula kering.

2. MENCUCI MATA.

  • Semasa mandi atau berwudhu (muslim) pastikan anda tidak pejam mata bila membasuh kepala dan muka. Sebaliknya anda boleh kelip - kelipkan mata supaya air dapat melalui ke dalam mata dan mencuci kotoran yang ada. Memang mata akan rasa sedikit pedih. 

3. CUCIAN AIR SIREH.

  • kalau rajin bolehlah cari beberapa helai daun sireh. Basuh dulu, kemudian ramas hingga lumat. Didihkan ramasan sireh dan tapis airnya dengan kain putih yang bersih. Tinggalkan sekejap hingga suhu menjadi suam- suam kuku..Kemudian rendam atau jirus terus ke mata sambil kelip - kelipkan mata. Kalau rajin buat insyaallah dapat elakkan masalah rabun

4. AWASI JARAK BACAAN.

  • Awasi jarak membaca anda. sebaiknya jarak yang sesuai adalah 30cm dari bahan bacaan. Ini bagi mengelak masalah rabun dekat atau miopi.
  • Membaca sambil berbaring juga boleh menyebabkan masalah miopi.

5. PENCAHAYAAN YANG CUKUP

  • Pastikan anda tidak membaca dalam gelap atau kurang cahaya. Jika membaca menggunakan lampu bacaan, pastikan pencahayaannya tidak terlalu redup. Ini boleh merosakkan mata anda.

6. JANGAN GUNA JARI

  • Jangan 'genyeh' atau sapu mata anda dengan jari. Ini kerana jari kita sudah terkumpul bermacam - macam bakteria. Ini akan menyebabkan mata anda mudah rosak dan di jangkiti bakteria.


  • Biasakan diri anda mengambil makanan untuk kesihatan mata seperti lobak merah yang kaya dengan beta karotena, epal, strawberi, biji anggur, minyak sawit, rumpai laut, ubi kentang, brokoli dan juga tomato bukan GMO. Sayuran dan buah - buahan yang saya sebutkan ini telah dirangkum menjadi supplemen kesihatan yang boleh di dapati di pasaran. Saya cadangkan anda ambil supplement CARATOMAX dari Shaklee.. Semuanya ada dalam CARATOMAX.



Kita juga boleh amalkan doa (muslim) yang Rasulullah S.A.W selalu baca bagi mengelak masalah mata.

Ya Allah, kurniakan kami kemampuan untuk menikmati dengan pendengaran kami, penglihatan kami, dan kekuatan kami apa yang telah engkau izinkan dalam hidup kami. Jadikanlah semua itu pewaris daripada kami."(riwayat al-tirmizi)

Kalau bukan kita, siapa lagi nak jaga mata kita kan. Sayangi mata anda, Itu amanah dari Allah yang tidak ternilai. Tanpa penglihatan, kita tidak dapat menikmati keindahan alam, tidak dapt melihat anak cucu kita membesar di depan mata.











Sunday, 4 January 2015

LANGSINGKAN BADAN DENGAN EKSTRAK SOYA TANPA BERBELANJA BESAR

ASSALAMUALAIKUM..


Dah jadi trend pula sekarang pengambilan ekstrak soya dikatakan boleh melangsingkan badan. Betul ke? Apa ekstrak soya yang dimaksudkan tu? Ramai yang cakap Lecithin. Tapi Lecithin tu apa sebenarnya?


KENALI LECITHIN



Lecithin terhasil dari ekstrak kacang soya organik bukan GMO. Soya Bukan GMO ni adalah soya yang terhasil secara organik, tidak menjalani sebarang proses genetik, tidak basuh menggunakan alkohol semasa proses pengekstrakan dan di proses tanpa haba.

Setiap kapsul lecithin mengandungi 520gm lecithin soya termasuk 80gm kolin dan 48mg inositol. Di dalam Lecithin, terkandung:

  • Asid Linoleik yang amat diperlukan oleh badan tetapi badan kita tidak dapat menghasilakannya secara semulajadi. Oleh itu kita perlukannya melalui diet harian.
  • Kolin iaitu sejenis komponen neurotransmitter      
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.

  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

MANFAAT LECITHIN




  • Menyerap vitamin yang larut lemak. - bantu tubuh menyerap Vitamin A,D, E dan K yang larut lemak
  • Melindungi hati dari diselaputi dengan lemak dan menjaga kesihatan hati.
  • Pemecahan lemak dan kolestrol - Ianya bertindak sebagai "pembersih" salur darah.
  • Pelangsingan - Menghalang obesiti. Pengambilan Lecithin yang banyak akan mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Mencantikkan otot dan kulit. - Membentuk membran sel, melembabkan dang menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi - menghalang platlet darah dari mengaktifkan  tisu gegelung didalam salur darah.
  • Menghalang batu karang - 90% batu karang terhasil dari kolestrol. Lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • Meningkatkan daya ingatan dan meringankan stress.  Wanita mengandung juga harus ambil lecithin untuk pembesaran sihat janin.
  • Menghalang tekanan darah tinggi 
  • Memperbaiki prostat  lelaki - kajian membuktikan masalah prostat dan Urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan Lecithin yang banyak.
  • Meringankan sembelit. - Lecithin sebagai pelembut najis.

Sape kata Lecithin tak hebat!!!! Banyak manfaat memang lah hebat. saya gunakan lecithin sejak dari melahirkan aaron. Alhamdulillah berat badan saya selepas melahirkan anak turun dengan cepat, Dari mengandung berat badan sy dh hampir 70kg tetapi selepas melahirkan saya terus consume Lecithin dan set kurus lengkap. Sebelum abes berpantang berat saya dh mula turun ke 55kg. Syukur sangat. Boleh saksikan demo bagaimana Lecithin bertindak memecah lemak dengan klik di sini.

Lecithin juga bantu melegakan masalah bengkak susu. Ini pun saya alaminya sendiri semasa dalam pantang baru - baru ni. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lanjut tentang Lecithin boleh hubungi saya seperti di talian di bawah. Anda juga boleh klik di sini untuk membeli Lecithin.





JULIYA BAHAROM
0192648694
juliyabaharom@gmail.com




Saturday, 3 January 2015

PERUT BUNCIT DI USIA MUDA

ASSALAMUALAIKUM..

Ada masalah ke kalau perut buncit di usia muda? Scary tak kalau perut kita dah macam dalam gambar di bawah padahal umur baru mencecah 25 tahun? Aduh, kenapa tak jaga perut agar kelihatan kempis? Nak pakai baju macam mana sekalipun tak payah nak risau dah. Tapi sebagai wanita Islam, janganlah pakai baju yang menampakkan susuk tubuh..BERDOSA.




Orang kata, segala macam penyakit bermula dari perut.. SETUJU TAK? Saya setuju dengan pernyataan tu sebabnya perut buncit merupakan tanda awal macam - macam penyakit. Antaranya, kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung atau mungkin juga kadar kolestrol yang tinggi. Tapi apa kaitannya? Apa yang menjadi punca?


1. MAKAN SEBAGAI HOBI?

Jika kita menjadikan makan tu sebagai hobi atau dengan erti kata lainnya, kita suka makan, dah tentulah kita tak dapat kawal nafsu makan kita. Makan tak ikut masa, sebelum tidur pun nak makan akan menyebabkan kita tak sempat nak bersenam dan lemak tak sempat dibakar. Ini menyebabkan lemak terus terkumpul di perut. Lemak terkumpul ni dipanggil lemak viseral. 

Lemak Viseral ini juga terkumpul di organ - organ penting yang lain seperti hati, jantung dan sebagainya. Bila organ - organ penting ni mengandungi lemak dah tentulah akan membahayakan kesihatan dan boleh mengundang pelbagai penyakit seperti Saluran Arteri tersumbat, serangan jantung dan lain - lain.


2. MALAS BERSENAM

Kalau dah hobi suka makan, kenalah balance dengan senaman pulak. Senaman penting bagi memastikan segala lemak yang terkandung tu dibakar dengan sempurna. Malas bersenama akan menyebabkan lemak semakin menebal di perut dan organ - organ badan yang lain. jadi, perut pun mulah lah kedepan. Tak cantikkan kalau perut boroi atau buncit. So, rajin - rajinlah bersenam.

Senaman sit up tidak akan memecahkan lemak tetapi akan menguatkan otot perut. Solutionnya, lakukan senaman di otot - otot besar yang lain seperti kaki, bahu dan dada agar proses pembakaran lemak lebih optimum.Bila lemak dah berjaya dibakar barulah kita mulakan senaman Sit Up untuk dapatkan semula shape perut yang asal.


3. GULA DAN ALKOHOL

Menurut pakar Kesihatan, Doktor selfie C. Rijal, pengambilan gula dan alkohol yang berlebihan akan mengakibatkan otot semakin mengendur. Ha, tu boleh jadi boroi. Gula yang tersimpan akan bertukar menjadi lemak di dalam badan, Manakala alkohol pula boleh meningkatkan nafsu makan. Bila dah banyak makan kurang bersenam, maka buncit lah perut kita.



4. MAKANAN SEGERA ATAU MAKANAN RINGAN

Menurut Dr. Selfie lagi, makanan ringan mengandungi paras kalori dan lemak yang agak tinggi. Susu  berkalori tinggi juga boleh mengakibatkan perut buncit. Jadi, pilihlah susu berkalori rendah ye.



5. TEMBAKAU

Tembakau boleh mengganggu proses penghadaman. Merokok selepas makan akan menyebabkan perut berasa kembung kerana sistem penghadaman sudah terganggu. Ini kata - kata dari Dr. Selfie juga. So, betul lah perut perokok selalunya boroi dan buncit.



6. STRESS

Menurut Dr. selfie lagi, stress akan mengakibatkan aktiviti semulajadi manusia terganggu termasuklah sistem penghadaman. Stress bakal mencetuskan rasa kenyang dan keupayaan badan untuk menyimpan lemak. Akibatnya perut akan kelihatan mengembang. Belajar lah cara nak mengawal stress dengan cara bernafas lah dengan lebih relaks, secara perlahan dan mendalam.



7. TIDUR

Best kan kalau dapat tidur terutama bila badan kita terlalu penat. Tapi tahukah anda kurang tidur dan juga terlebih tidur tidak baik untuk kesihatan. Kurang tidur akan menyebabkan kadar metabolisme berkurang dan mengakibatkan lemak sukar untuk dibakar. Tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan badan menjadi pasif dan kurang bergerak dan kurang melakukan senaman. Kedua - duanya hanya akan menyebabkan lemak terkumpul dengan lebih cepat.



Jadi, kita sebenarnya ada banyak pilihan dalam menentukan gaya hidup yang sihat. Orang selalu kata, perut buncit ni tandanya suka hati, tandanya isteri pandai jaga makan minum. Ye betul, tapi berpada - pada lah bila makan kerana disebabkan makan berlebihan anda bakal berdepan dengan penyakit - penyakit popular yang boleh mengundang maut seperti Sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi.

Kalau kita tak sayang diri sendiri, orang lain dah pasti tak pedulikan diri kita. Jadi sentiasalah beringat, dari perut timbulnaya penyakit. Perut suami saya pun dah mula membesar dengan comelnya, jadi saya bekalkan dia dengan beberapa vitamin yang membantu mengurangkan masalah perut buncit ni. Alhamdulillah kalau dulu, size pinggang seluarnya 35 tapi sekarang dah boleh masuk size 32. Tu yang seronok sangat beli pants color2 yang jadi trending sekarang ni.


Saya pilih vitamin yang bantu MEMBAKAR, MEMBUANG DAN MEMBINA OTOT. Sihat dan slim... Kalau nak tau macam mana suami saya boleh kurangkan size pinggang seluarnya, jangan segan - segan hubungi saya di nombor yang saya sediakan di bawah. Selamat Berjaya!



JULIYA
0192648694 (WHATAPPS/TELEGRAM/SMS/CALL)
juliyabaharom@gmail.com













Friday, 2 January 2015

KULIT TEGANG DI USIA 40 - AN

Kulit tegang di usia 40-an adalah idaman setiap wanita..Jangan kata wanita lain, saya pun seriau memikirkan kondisi kulit saya bila mencecah usia 40-an nanti macam mana lah agaknya?

Saya suka tengok kulit arwah wan saya. lembut, dan tidak menggeleber biarpun usia dh mencecah 80-an. Mesti ada petua yang diamalkan untuk dapatkan kulit yang tegangkan?


Kesan jika tidak menjaga kesihatan kulit seawal usia.


Tension kan kalau keadaan seperti dalam gambar di atas terjadi kepada kita. Berjalan dengan suami confirm orang cakap berjalan dengan adik atau anak.. Aduh, pedih telinga mendengarnya. Contoh terdekat adalah bapa saya. Teringat peristiwa bapa saya menjemput kakak saya dari ofisnya. Office mate kakak saya tanya, "zaini, ni abang kau ke"? hehehe...bangga sekejap pak Baharom. perbezaan umur antara emak dan bapa saya adalah 13 tahun. Tapi bapa saya pandai menjaga kesihatan dan nampak muda dari usia dan kurang kedut.. Apa petuanya?

1. MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA
  • Sebaik - baiknya minumlah air masak 8 gelas sehari atau 2 liter sehari. Yang lebih baik adalah mengikut berat badan kita. 1 liter untuk setiap 25kg berat badan kita. Contohnya berat badan saya 75kg, so saya kena ambil 3 liter air masak setiap hari.


2. PEMILIHAN KOSMETIK
  • Ok ini untuk panduan kaum wanita khususnya, pilihlah set kosmetik dan penjagaan kulit yang bertepatan dengan jenis kulit kita. Sebagai contoh jika kulit kering, kita haruslah menggunakan bedak 2 way foundation atau dari water based. Set penjagaan kulit pula haruslah berbentuk gel jika kulit kering.


3. SINARAN MATAHARI
  • Jika sering terdedah kepada sinaran cahaya matahari, kulit akan cepat berkedut. Pancaran sinaran matahari secara langsung akan menyebabkan kemunculan garis - garis halus di sekitar mata dan bibir. So, kalau nak ke tempat yang terdedah secara direct kepada sinaran matahari, boleh lah bergaya dengan cermin mata hitam atau memakai topi yang dapat melindungi mata anda.

4. MEROKOK
  • Merokok akan meyebabkan oksigen berkurangan dalam darah.Kulit juga mudah terhidrasi dan mempercepatkan proses kedutan di wajah.


5. KAFEIN
  • Pengambilan minum berkafein seperti teh dan kopi secara berlebihan mampu membuatkan badan kita terhidrasi dan kulit akan menjadi kering dan mudah berkedut. Nak minum kopi boleh asalkan petua nombor 1 seperti di atas tidak diabaikan..MINUM BANYAK AIR MASAK!


Sebenarnya ada banyak lagi tips untuk dapatkan kulit tegang tapi saya suka nak share yang 5 ni sebab ianya biasa kita buat. Risaunya kalau diusia 40-an, kita disangka mak, ayah, kakak atau abang kepada suami atau isteri kita. Pendek kata kita nampak lebih tua dari pasangan kita!! Sedihnya.

So, bakal berusia 32 tahun, saya dan suami dh siap - siap amalkan pengambilan makanan tambahan untuk memastikan kami sentiasa nampak seusia.. kami amalkan pengambilan:

Vitamin E
Vitamin C Sr
B Complex
Collegen Shaklee Powder
Vivix

Jika nak tau bagaimana vitamin - vitamin ni boleh bantu dalam penghasilan kulit yang tegang, sihat luar dan dalam, boleh lah hubungi saya di talian seperti di bawah. InsyaAllah saya share maklumat yang saya tahu untuk manfaat bersama.


JULIYA BAHAROM
0192648694
juliyabaharom@gmail.com




Friday, 19 December 2014

MASALAH KULIT BERMINYAK DAN JERAWAT

Assalamualaikum..


Masalah kulit berminyak adalah tidak asing lagi bagi wanita. Ramai juga yang takut bila kulit muka mengeluarkan minyak dari yang sepatutnya. Masalah ni saya sendiri pernah alami masa belajar di UITM dulu. Masa tu baru diploma, penjagaan muka pun tak begitu dititik beratkan. Muka berminyak boleh mengundang kepada beberapa masalah kulit yang lain antaranya JERAWAT!!!!!


KULIT JERAWAT


Nanti saya nak cari semula gambar-gambar lama masa diploma.aduhhh mana tah saya sorok sibuk tak nak ingat balik muka jerawat ku.

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Macam tu juga dengan kulit berminyak ni. Pasti ada cara atasinya. Tapi sebelum tu, kita kenali dulu apa punca kulit muka berminyak.

PUNCA???

1. KERAP MENCUCI MUKA.

  • Ramai berpendapat mencuci muka dengan kerap dapat menghilangkan minyak dan mencegah muka dari dinaiki jerawat. Sebenarnya kerap mencuci muka dengan pembersih akan membuatkan kulit bertambah berminyak dan jerawat pun senang muncul. Cukup hanya mencuci muka dengan pembersih 2kali sehari.
2. TIDAK MEMBERSIHKAN PELUH

  • Waktu kerja yang padat atau menjalankan aktiviti yang berat akan menyebabkan kulit berpeluh (termasuk kulit muka). Membiarkan peluh kering dan diserap oleh kulit muka akan menyebabkan kulit menjadi menjadi tidak sihat.
3. PENGGUNAAN ALATAN KOSMETIK
  • penggunaan alatan kosmetik yang tidak berseuaian dengan kulit muka akan membuatkan kulit menjadi berminyak dan berjerawat.
  • Bila nak beli mekap, make sure beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic utk mengelakkan jerawat.
4. MENGGUNAKAN WHITENING SKIN CARE
  • Penggunaan 'whitening skin care' tidak begitu digalakkan untuk kulit yang berjerawat. Bahan - bahannya tidak begitu sesuai untuk rawatan jerwat, akan menyebabkan kulit semakin berminyak dan meninggalkan pigmentasi.
  • Jika kulit berminyak dan berjerawat, gunakan Skin Care Set yang bersesuaian dan atasi dahulu masalah kulit berminyak dan jerawat.
5. PEMAKANAN
  • Pengambilan makanan yang berminyak, bergoreng dan berlemak akan membuatkan kulit muka semakin berminyak dan jerawat mula timbul.'


CARA ATASI

1. MINUM AIR YANG CUKUP
  • Pastikan anda minum air masak yang secukupnya, sekurang - kurangnya 2 liter sehari untuk mendapatkan kulit muka yang lembap. Bakteria akan mudah hidup di kulit muka yang terlalu kering.
2. MENGGUNAKAN PELEMBAP
  • Orang yang mengalami kulit berminyak tidak boleh skip dari menggunaka moisturizer . Ia perlu dijadikan sebagai rutin harian. Pilihlah moisturizer yang OIL FREE, ALCHOHOL FREE dan WATER BASED.

3. MAKAN BNYAK BUAH DAN SAYURAN HIJAU.
  • Buah dan sayur dapat membantu mengimbangi minyak dalam kulit kita. sayursn hijau adalah agen detoks yang terbaik.
4. MEMBASUH MUKA DENGAN CLEANSER
  • Mencuci muka dengan pembersih yang OIL FREE, ALCHOHOL FREE. Pilih pembersih berasaskan gel bagi kulit berminyak dan foam atau krim bagi kulit kering.. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang set kulit berminyak dan kulit kering.
5. MAKANAN TAMBAHAN
  • Terdapat banyak makanan tambahan di pasaran yang boleh didapati. Apa yang penting, kita perlu konsisten pengambilannya. Antara vitamin yang famous ialah:
GLA - bantu stabilkan hormon

B COMPLEX - mengawal minyak pada kulit dan juga bertindak sebgai anti stress. kerap stress akan mengakibatkan jerawat tumbuh.

VITAMIN E - sebagai anti oksida, menghalang kulit dari sinran uv dan melembapkan kulit.

VITAMIN C - mengecutkan jerawat, membaiki luka dan juga sebagai antioksida.

PROTIEN - menggantikan sel - sel mati dengan yang baru dan menggebukan kulit.


KULIT YANG CANTIK BERMULA DARI DALAM. JAGA DAN PELIHARA LAH IA SEBAIK MUNGKIN.. DAPATKAN SUPPLEMENT ANDA DARI SEKARANG.





BERMINAT DENGAN SUPPLEMENT DARI SHAKLEE, DARI DARI SAYA DENGAN HANYA KLIK DI GAMBAR DI BAWAH







BOLEH JUGA HUBUNGI SAYA MELALUI NOMBOR SEPERTI DI BAWAH UNTUK KONSULTASI PERCUMA.

JULIYA 
0192648696
juliyabaharom@gmail.com








Saturday, 13 December 2014

KEBAIKAN VITAMIN D

ASSALAMUALAIKUM..

Selalu kita dengar tentang Vitamin C berupaya meningkatkan sistem imunisasi badan, merawat masalah kulit, Vitamin E pula membantu memulihkan parut di muka dan badan, Vitamin B Complex pula bantu masalah stress dan lain - lain.

Tetapi jarang kita dengar tentang VITAMIN D. Apa tu vitamin D? Apa kebaikannya? Vitamin D dari sumber apa?

Haa...bila saya buat bacaan tentang Bibir Perokok Yang Hitam, baru saya jumpa tentang Vitamin D ni. So boleh lah saya share sedikit info yang saya dapat kat sini.


PENGHASILAN VITAMIN D

Vitamin D adalah kelompok yang larut dalam lemak prohormones, terdiri dari dua bentuk iaitu Vitamin D2 (ergocalciferol) dan Vitamin D3 ( cholecalciferol).
Vitamin D dihasilkan oleh badan apabila terdedah kepada sinaran matahari secara langsung. Apabila sinaran UV terkena kulit kita, ianya akan menukarkan kolestrol dalam kulit kepada Vitamin D. Calcitriol adalah bentuk aktif Vitamin D yang dijumpai dalam badan manusia.





PERANAN VITAMIN D
  • Menguatkan tulang dan gigi.
                      - Vitamin D membantu menyerap kaslsium ke dalam badan.
                      - Dapat mengelakkan masalah tulang rapuh.
  • Membantu menyokong kesihatan fungsi jantung.
- Kekurangan Vitamin D dapat meningkatkan risiko diserang sakit jantung.
  • Membantu menurunkan berat badan. 
                    - Kajian mendapati orang yang gemuk mempunyai paras Vitamin D yang rendah dalam badan.
  • Mengurangkan risiko kanser. 
                  - Kajian mendapati individu yang mempunyai kandungan Vitamin D yang mencukupi jarang berisiko terkena serangan kanser

  • Mengurangkan risiko Multiple Sclerosis
  • Bantu meningkatkan sistem imun.
                     - Vitamin D berupaya mencegah penyakit yang berkait dengan sitem imun kita seperti batuk, selsema dan demam.


Selain dari sumber cahaya matahri, Vitamin D boleh di dapati dari sumber makanan seperti:

  • Kuning telur
  • Marjerin
  • Salmon
  • Susu

Punca Kekurangan Vitamin D
  • Berumur 50 tahun ke atas
  • Bukan penggemar susu dan laktosa
  • Masalah hati dan pencernaan
  • Masalah berat badan berlebihan.

Cadangan keperluan Vitamin D
  • 600 IU kepada yang berumur sehingga 70 tahun.
  • 800 IU kepada yang berumur 71 tahun ke atas.

Jika anda perlukan VITAMIN D, bolehlah bangun awal pagi dan 'expose'kan diri anda pada cahaya matahari. Tapi pastikan cahaya di waktu pagi.

Alternatif nya, boleh dapatkan supplement yang mengandungi kandungan Vitamin D seperti OSTEMATRIX DAN VITALEA dari Shaklee.

Jika berminat, boleh dapatkan produk shaklee dengan menghubungi saya di talian seperti di bawah.

Juliya Baharom
0192648694
CLICK GAMBAR UNTUK MEMBUAT PESANAN





CLICK GAMBAR UNTUK MEMBUAT PESANAN













                    

Friday, 12 December 2014

BIBIR PEROKOK HITAM?

ASSALAMUALAIKUM..


Baru - baru ni saya dan kawan - kawan di group wassup ada discuss pasal tabiat merokok ni. Rata - rata bersetuju perokok ni memang susah sangat nk tinggalkan tabiat yang satu ni. Pada saya, merokok ni dh buatkan mereka ketagih. 
Perasan tak bibir perokok makin lama akan menjadi gelap @ hitam? Apa punca nya? Betapa comelnya kalau bibir kita merah dan nampak fresh je macam dalam gambar kat bawah ni. Nak bibir fresh? berhenti merokok.ermmmmmm


Ok, disebabkan suami saya pun perokok, saya pun search la apa punca bibir perokok ni hitam.

1. Nikotin

  • Nikotin yang terkandung dalam rokok akan membuatkan kulit perokok menjadi kusam, rosak dan menukarkan warna semulajadi bibir.
  • Nikotin juga mempengaruhi sistem peredaran darah perokok. Ini kerana nikotin akan menyentuh sistem saraf utama, menyebabkan sistem badan bertindak balas dan melepaskan lemak yang tersimpan, masuk ke saluran darah dan melekat pada pembuluh darah dan lama kelamaan pembuluh darah akan mengeras.
  • Pembuluh darah yang mengeras lama kelamaan akan menyempit dan berlaku lah saluran darah tersumbat dan menyebabkan oksigen tidak dapat disalurkan dengan mencukupi.
  • Bila perokok kekurangan oksigen, kesannya adalah pada kulit di mana kulit mula kering dan menjadi pucat. Ini termasuklah kulit bibir yang mula menghitam.
  • Kesan lain juga adlah penyerapan zat besi kan mula berkurangan dan menyebabkan proses pembentukan hemoglobin darah terganggu dan ini menyebabkan bibir jadi hitam.

2. Kekurangan VITAMIN D

  • Tabiat merokok yang melampau juga akan membuatkan badan kita kekurangan Vitamin D. Bila badan kekurangan vitamin D, sistem pertahanan badan kita akan lemah terhadap Sinar UV. Ini akan membuatkan sinar UV ini senang meresap ke kulit kita dan akan merosakkan bibir dan menyebabkannya menjadi gelap dan hitam.


3. Dehidrasi

  • Tabiat merokok yang melampau akan menyebabkan tubuh badan kita kekurangan air atau dehidrasi. Contoh paling mudah, bila kita kurang minum air, kulit kita akan menjadi kering dan boleh merosakkan kulit.
  • haba panas dari rokok juga membuatkan bibir menjadi kering dan sel - sel bibir menjadi rosak. ini kerana kulit bibir adalah sangat nipis dan sangat sensitif
Bibir perokok menjadi hitam bukalah dalam masa yang singkat tetapi mengambil masa yang lama. Sebab tu kalau baru nak berjinak - jinak dalam dunia merokok ni, bibir nampak fresh lagi kan. So tak kesah sangat lah. Tapi lama kelamaan barulah bibir jadi hitam, orang keliling menegur, barulah rasa menyesal.

Sebab tulah, saya nasihatkan banyakkan minum air sekurang kurangnya 8 gelas sehari @ 2 liter sehari bagi mengelakkan masalah dehidrasi.

Pengambilan supplement juga sedikit sebanyak boleh membantu masalah kekurangan VITAMIN D.
VITALEA iaitu Multivitamin dari Shaklee mengandungi 28 nutrient dan salah satu nya adalah Vitamin D.



JULIYA BAHAROM
0192648694
fb Page: My Supplement Closet