Wednesday 22 March 2017

Kanak - Kanak Obes Sasaran utama Penyakit Kencing Manis.

Sering kali kita mendengar cakap - cakap pujian dari rakan atau orang keliling apabila melihat kanak - kanak yang gemuk sebagai "Comel". Tahu kah anda mereka ini adalah sasaran utama kepada penyakit diabetes?

Saban hari saya akan mengamati seorang anak murid saya yang belajar di tahun 2. Murid ini baru kehilangan ibu tersayang dan juga abang akibat kemalangan jalan raya. Yang menjadi kerisauan kepada saya adalah saiz badannya yang semakin membesar. Hinggakan baju uniform sekolah yang dia pakai sudah sendat dan kelihatan hampir 'pecah'. Sedihnya saya jika dia adalah salah seorang kanak - kanak berisiko tinggi mendapat diabetes.

Semakin ramai golongan muda, termasuk kanak-kanak seawal usia tujuh tahun, menghidap penyakit Kencing Manis Jenis 2 (T2D) dan kini, angka itu semakin meningkat.
   
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata dianggarkan 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan jumlahnya boleh mencecah dua kali ganda jika diambil kira kes-kes yang tidak dilaporkan.
   
Beliau berkata, semakin ramai golongan muda menghidap penyakit diabetes berikutan peningkatan kadar obesiti di kalangan mereka yang berkait rapat dengan tabiat pemakanan tidak seimbang.

Ibu bapa rata - rata kini dengan senang nya memberi anak - anak makanan ringan yang sangat ekspres untuk di hidangkan selain menjadi kegemaran anak - anak. Tabiat pemakanan yang tidak sihat ini akan menjejaskan kesihatan anak - anak yang masih lagi diperingkat rebung ini.

Menurut Dr Hilmi, penyakit diabetes bukan sekadar mempunyai kandungan gula berlebihan dalam sistem darah, malah lebih serius ia boleh menjejaskan organ penting pesakit seperti jantung, buah pinggang, saraf dan mata.

Bagaimanapun, Perunding Endocrinologis dan Ketua Unit Endokrinologi dan Diabetes Hospital Pulau Pinang Dr Nor Azizah Aziz berkata penyakit diabetes kronik boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan permakanan seimbang.

"Bagi mereka yang dijangkiti, komplikasi diabetes boleh dilambat atau dihalang," katanya.

Beliau menambah, selain tabiat permakanan yang tidak betul, waktu makan yang tidak teratur turut menyumbang kepada peningkatan trend T2D di kalangan orang muda.

Justeru, beliau menasihati rakyat Malaysia agar mencegah, mengurus diabetes dan komplikasinya dengan mengekalkan gaya hidup sihat dan membuat pilihan yang lebih baik dalam diet mereka. - Bernama
       

Justeru itu Ibu bapa boleh mengamalkan beberapa aktiviti sihat yang boleh mencegah anak - anak daripada penyakit diabetes ini:

1. Amalkan pemakanan yang seimbang

- Ajar anak - anak supaya makan sayur, buah buahan yang tinggi vitamin dan antioksidan
- Jika anak - anak bersikap memilih makan, ibu bapa perlu lebih kreatif dqlam menyediakan juadah.
- Pengambilan makanan tambahan juga dilihat dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan anak - anak. 

2. Bersenam/ riadah 

- Jadikan aktiviti riadah waktu petang bersama keluarga sebagai rutin keluarga. Senaman dapat membakar lemak dan menyihatkan jantung.

3. Pantau Pemakanan anak - anak

- Lebih baik jika ibu menyediakan bento @ bekal makanan untuk anak - anak bawa ke sekolah. Dengan cara ini, ibu akan dapat memantau apa yang anak - anak akan makan di sekolah.

4. Bersikap lebih tegas

Ibu bapa perlulah lebih tegas dengan anak - anak apabila berkait rapat dengan keinginan mereka terhadap makanan ringan, makanan segera, gula - gula dan sebagainya. Ini kerana, jika didikan tidak diberikan maka anak - anak akan cenderung membeli makanan yang tidak sihat ini di luar pengetahuan ibu bapa.

5. Beri didikan tentang kesihatan

Tidk semestinya doktor sahaja yang boleh menyampaikan ilmu kesihatan.. Kita sebagai ibu bapa juga perlu selalu memberi kesederan kepada anak anak tentang bahaya pemakanan yang tidak seimbang.

Pengambilan makanan tambahan juga sangat penting bagi menyokong kelompongan nutrient yang tiada dalam badan anak - anak kita akibat terlalu memilih makan.

Mealshake shaklee antara makanan tambahan kegemaran ibu bapa kerana ianya mengandungi :
📍19mineral dan vitamin penting yang        diperlukan oleh badan
📍9 jenis asid amino
📍kaya dengan serat dan protien
📍 Tinggi kalsium
📍 Rendah Indeks Glisemik yang mana ianya sangat baik untuk pesakit diabetes.

VIVIX juga antara makanan tambahan yang sangat membantu mencegah masalah diabetes dari berlaku kerana:
📍Mengawal kepekatan gula dalam darah
📍Mengurangkan sindrom Resistansi Insulin
📍Mencegah penghasilan protien AGE ( gula berlebihan protien)

CEGAH SEBELUM KENA. SAYANGI ANAK ANDA.


JULIYA BAHAROM
0192648694
FB PAGE: MY SUPPLEMENT CLOSET

0 comments:

Post a Comment