Friday 19 December 2014

MASALAH KULIT BERMINYAK DAN JERAWAT

Assalamualaikum..


Masalah kulit berminyak adalah tidak asing lagi bagi wanita. Ramai juga yang takut bila kulit muka mengeluarkan minyak dari yang sepatutnya. Masalah ni saya sendiri pernah alami masa belajar di UITM dulu. Masa tu baru diploma, penjagaan muka pun tak begitu dititik beratkan. Muka berminyak boleh mengundang kepada beberapa masalah kulit yang lain antaranya JERAWAT!!!!!


KULIT JERAWAT


Nanti saya nak cari semula gambar-gambar lama masa diploma.aduhhh mana tah saya sorok sibuk tak nak ingat balik muka jerawat ku.

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Macam tu juga dengan kulit berminyak ni. Pasti ada cara atasinya. Tapi sebelum tu, kita kenali dulu apa punca kulit muka berminyak.

PUNCA???

1. KERAP MENCUCI MUKA.

  • Ramai berpendapat mencuci muka dengan kerap dapat menghilangkan minyak dan mencegah muka dari dinaiki jerawat. Sebenarnya kerap mencuci muka dengan pembersih akan membuatkan kulit bertambah berminyak dan jerawat pun senang muncul. Cukup hanya mencuci muka dengan pembersih 2kali sehari.
2. TIDAK MEMBERSIHKAN PELUH

  • Waktu kerja yang padat atau menjalankan aktiviti yang berat akan menyebabkan kulit berpeluh (termasuk kulit muka). Membiarkan peluh kering dan diserap oleh kulit muka akan menyebabkan kulit menjadi menjadi tidak sihat.
3. PENGGUNAAN ALATAN KOSMETIK
  • penggunaan alatan kosmetik yang tidak berseuaian dengan kulit muka akan membuatkan kulit menjadi berminyak dan berjerawat.
  • Bila nak beli mekap, make sure beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic utk mengelakkan jerawat.
4. MENGGUNAKAN WHITENING SKIN CARE
  • Penggunaan 'whitening skin care' tidak begitu digalakkan untuk kulit yang berjerawat. Bahan - bahannya tidak begitu sesuai untuk rawatan jerwat, akan menyebabkan kulit semakin berminyak dan meninggalkan pigmentasi.
  • Jika kulit berminyak dan berjerawat, gunakan Skin Care Set yang bersesuaian dan atasi dahulu masalah kulit berminyak dan jerawat.
5. PEMAKANAN
  • Pengambilan makanan yang berminyak, bergoreng dan berlemak akan membuatkan kulit muka semakin berminyak dan jerawat mula timbul.'


CARA ATASI

1. MINUM AIR YANG CUKUP
  • Pastikan anda minum air masak yang secukupnya, sekurang - kurangnya 2 liter sehari untuk mendapatkan kulit muka yang lembap. Bakteria akan mudah hidup di kulit muka yang terlalu kering.
2. MENGGUNAKAN PELEMBAP
  • Orang yang mengalami kulit berminyak tidak boleh skip dari menggunaka moisturizer . Ia perlu dijadikan sebagai rutin harian. Pilihlah moisturizer yang OIL FREE, ALCHOHOL FREE dan WATER BASED.

3. MAKAN BNYAK BUAH DAN SAYURAN HIJAU.
  • Buah dan sayur dapat membantu mengimbangi minyak dalam kulit kita. sayursn hijau adalah agen detoks yang terbaik.
4. MEMBASUH MUKA DENGAN CLEANSER
  • Mencuci muka dengan pembersih yang OIL FREE, ALCHOHOL FREE. Pilih pembersih berasaskan gel bagi kulit berminyak dan foam atau krim bagi kulit kering.. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang set kulit berminyak dan kulit kering.
5. MAKANAN TAMBAHAN
  • Terdapat banyak makanan tambahan di pasaran yang boleh didapati. Apa yang penting, kita perlu konsisten pengambilannya. Antara vitamin yang famous ialah:
GLA - bantu stabilkan hormon

B COMPLEX - mengawal minyak pada kulit dan juga bertindak sebgai anti stress. kerap stress akan mengakibatkan jerawat tumbuh.

VITAMIN E - sebagai anti oksida, menghalang kulit dari sinran uv dan melembapkan kulit.

VITAMIN C - mengecutkan jerawat, membaiki luka dan juga sebagai antioksida.

PROTIEN - menggantikan sel - sel mati dengan yang baru dan menggebukan kulit.


KULIT YANG CANTIK BERMULA DARI DALAM. JAGA DAN PELIHARA LAH IA SEBAIK MUNGKIN.. DAPATKAN SUPPLEMENT ANDA DARI SEKARANG.





BERMINAT DENGAN SUPPLEMENT DARI SHAKLEE, DARI DARI SAYA DENGAN HANYA KLIK DI GAMBAR DI BAWAH







BOLEH JUGA HUBUNGI SAYA MELALUI NOMBOR SEPERTI DI BAWAH UNTUK KONSULTASI PERCUMA.

JULIYA 
0192648696
juliyabaharom@gmail.com








Saturday 13 December 2014

KEBAIKAN VITAMIN D

ASSALAMUALAIKUM..

Selalu kita dengar tentang Vitamin C berupaya meningkatkan sistem imunisasi badan, merawat masalah kulit, Vitamin E pula membantu memulihkan parut di muka dan badan, Vitamin B Complex pula bantu masalah stress dan lain - lain.

Tetapi jarang kita dengar tentang VITAMIN D. Apa tu vitamin D? Apa kebaikannya? Vitamin D dari sumber apa?

Haa...bila saya buat bacaan tentang Bibir Perokok Yang Hitam, baru saya jumpa tentang Vitamin D ni. So boleh lah saya share sedikit info yang saya dapat kat sini.


PENGHASILAN VITAMIN D

Vitamin D adalah kelompok yang larut dalam lemak prohormones, terdiri dari dua bentuk iaitu Vitamin D2 (ergocalciferol) dan Vitamin D3 ( cholecalciferol).
Vitamin D dihasilkan oleh badan apabila terdedah kepada sinaran matahari secara langsung. Apabila sinaran UV terkena kulit kita, ianya akan menukarkan kolestrol dalam kulit kepada Vitamin D. Calcitriol adalah bentuk aktif Vitamin D yang dijumpai dalam badan manusia.





PERANAN VITAMIN D
  • Menguatkan tulang dan gigi.
                      - Vitamin D membantu menyerap kaslsium ke dalam badan.
                      - Dapat mengelakkan masalah tulang rapuh.
  • Membantu menyokong kesihatan fungsi jantung.
- Kekurangan Vitamin D dapat meningkatkan risiko diserang sakit jantung.
  • Membantu menurunkan berat badan. 
                    - Kajian mendapati orang yang gemuk mempunyai paras Vitamin D yang rendah dalam badan.
  • Mengurangkan risiko kanser. 
                  - Kajian mendapati individu yang mempunyai kandungan Vitamin D yang mencukupi jarang berisiko terkena serangan kanser

  • Mengurangkan risiko Multiple Sclerosis
  • Bantu meningkatkan sistem imun.
                     - Vitamin D berupaya mencegah penyakit yang berkait dengan sitem imun kita seperti batuk, selsema dan demam.


Selain dari sumber cahaya matahri, Vitamin D boleh di dapati dari sumber makanan seperti:

  • Kuning telur
  • Marjerin
  • Salmon
  • Susu

Punca Kekurangan Vitamin D
  • Berumur 50 tahun ke atas
  • Bukan penggemar susu dan laktosa
  • Masalah hati dan pencernaan
  • Masalah berat badan berlebihan.

Cadangan keperluan Vitamin D
  • 600 IU kepada yang berumur sehingga 70 tahun.
  • 800 IU kepada yang berumur 71 tahun ke atas.

Jika anda perlukan VITAMIN D, bolehlah bangun awal pagi dan 'expose'kan diri anda pada cahaya matahari. Tapi pastikan cahaya di waktu pagi.

Alternatif nya, boleh dapatkan supplement yang mengandungi kandungan Vitamin D seperti OSTEMATRIX DAN VITALEA dari Shaklee.

Jika berminat, boleh dapatkan produk shaklee dengan menghubungi saya di talian seperti di bawah.

Juliya Baharom
0192648694
CLICK GAMBAR UNTUK MEMBUAT PESANAN





CLICK GAMBAR UNTUK MEMBUAT PESANAN













                    

Friday 12 December 2014

BIBIR PEROKOK HITAM?

ASSALAMUALAIKUM..


Baru - baru ni saya dan kawan - kawan di group wassup ada discuss pasal tabiat merokok ni. Rata - rata bersetuju perokok ni memang susah sangat nk tinggalkan tabiat yang satu ni. Pada saya, merokok ni dh buatkan mereka ketagih. 
Perasan tak bibir perokok makin lama akan menjadi gelap @ hitam? Apa punca nya? Betapa comelnya kalau bibir kita merah dan nampak fresh je macam dalam gambar kat bawah ni. Nak bibir fresh? berhenti merokok.ermmmmmm


Ok, disebabkan suami saya pun perokok, saya pun search la apa punca bibir perokok ni hitam.

1. Nikotin

  • Nikotin yang terkandung dalam rokok akan membuatkan kulit perokok menjadi kusam, rosak dan menukarkan warna semulajadi bibir.
  • Nikotin juga mempengaruhi sistem peredaran darah perokok. Ini kerana nikotin akan menyentuh sistem saraf utama, menyebabkan sistem badan bertindak balas dan melepaskan lemak yang tersimpan, masuk ke saluran darah dan melekat pada pembuluh darah dan lama kelamaan pembuluh darah akan mengeras.
  • Pembuluh darah yang mengeras lama kelamaan akan menyempit dan berlaku lah saluran darah tersumbat dan menyebabkan oksigen tidak dapat disalurkan dengan mencukupi.
  • Bila perokok kekurangan oksigen, kesannya adalah pada kulit di mana kulit mula kering dan menjadi pucat. Ini termasuklah kulit bibir yang mula menghitam.
  • Kesan lain juga adlah penyerapan zat besi kan mula berkurangan dan menyebabkan proses pembentukan hemoglobin darah terganggu dan ini menyebabkan bibir jadi hitam.

2. Kekurangan VITAMIN D

  • Tabiat merokok yang melampau juga akan membuatkan badan kita kekurangan Vitamin D. Bila badan kekurangan vitamin D, sistem pertahanan badan kita akan lemah terhadap Sinar UV. Ini akan membuatkan sinar UV ini senang meresap ke kulit kita dan akan merosakkan bibir dan menyebabkannya menjadi gelap dan hitam.


3. Dehidrasi

  • Tabiat merokok yang melampau akan menyebabkan tubuh badan kita kekurangan air atau dehidrasi. Contoh paling mudah, bila kita kurang minum air, kulit kita akan menjadi kering dan boleh merosakkan kulit.
  • haba panas dari rokok juga membuatkan bibir menjadi kering dan sel - sel bibir menjadi rosak. ini kerana kulit bibir adalah sangat nipis dan sangat sensitif
Bibir perokok menjadi hitam bukalah dalam masa yang singkat tetapi mengambil masa yang lama. Sebab tu kalau baru nak berjinak - jinak dalam dunia merokok ni, bibir nampak fresh lagi kan. So tak kesah sangat lah. Tapi lama kelamaan barulah bibir jadi hitam, orang keliling menegur, barulah rasa menyesal.

Sebab tulah, saya nasihatkan banyakkan minum air sekurang kurangnya 8 gelas sehari @ 2 liter sehari bagi mengelakkan masalah dehidrasi.

Pengambilan supplement juga sedikit sebanyak boleh membantu masalah kekurangan VITAMIN D.
VITALEA iaitu Multivitamin dari Shaklee mengandungi 28 nutrient dan salah satu nya adalah Vitamin D.



JULIYA BAHAROM
0192648694
fb Page: My Supplement Closet