Monday 27 October 2014

Apa itu Autisme

Assalamualaikum..

Harini terpanggil nk share tentang salah satu masalah pembelajaran yang sesetengah kanak-kanak hadapi iaitu AUSTIME.

                  MAKNA AUTISME

AUSTISME asalnya dicedok dari perkataan 'greek' iaitu AUTOS yang membawa makna sendiri. Maka dengan itu autisme membawa maksud hidup dalam dunia sendiri.. so, kita dah boleh gambarkan keadaan kanak - kanak autisme ni macam mana kan.

Austime ini adalah ketidakupayaan yang berlaku dari segi mental. Ini kerana otak nya gagal berfungsi dengan baik. Tapi JANGAN sesekali kita gelarkan anak syurga ini pesakit mental ya. Ia juga boleh berlaku serentak dengan gangguan mental.

Autisme ini terjadi tanpa mengenal bangsa, agama, status atau etnik. Kebarangkalian ianya terjadi kepada kanak- kanak lelaki adalah empat kali lebih tinggi dari kanak - kanak perempuan.

            CIRI - CIRI AUTISME

Ibu bapa perlu tahu dan ambil berat tentang anak mereka. Ini kerana ciri - ciri autisme dapat dikesan seawal anak-anak berusia 3 tahun. Kanak - kanak ini bermasalah dalam memnina hubungan sosial dan emosi dengan orang sekeliling. Mereka suka memencil diri dan tidak faham dengan kehidupan mereka dan apa yang merek lihat.

Antara ciri-ciri autisme:
1. Kurang @ tiada eye contact
2. Suka memencil diri @ tak suka berkawan.
3. Tiada ekspresi muka
4. Tidak berkongsi minat @ kegembiraan dengan orang lain.
5. Lewat @ tiada perkembangan bahasa
6. Suka terhadap sesuatu bahagian pada objek.
7. Suka mengamuk jika hajat tak dipenuhi.
8. Suka mengulang perkataan - perkataan yang tertentu.
9. Tidak suka jika kegiatan rutinnya diubah.
10. Kurang bermain dengan permainan bervariasi.

              PERANAN IBU BAPA

Jika ibu/bapa mengesan terdapat ciri - ciri seperti di atas pada anak- anak anda, silalah rujuk anak anda ke hospital untuk dapatkan khidmat nasihat dan rawatan.

Masalah ini tidak dapat diatasi dengan ubat - ubatan. Sebaliknya terdapat beberapa terapi yang boleh membantu anak - anak istimewa ini. Antaranya adalah terapi cara kerja,terapi pertuturan dan ' Applied Behavioural Analysis Therapy. Ibu bapa perlu peka terhadap program - program yang boleh membantu anak - anak istimewa ini. Dengan menyertai program - program ini, mungkin perubahan positif dapat dilihat di masa akan datang.

Ok itu saja perkongsian saya buat masa ini.. untuk next entry nanti saya share pula tentang apa itu HIGH FUNCTION AUTISME.


Ada juga saranan supplement untuk mengurangkan tingkah laku negatif anak -anak autise ini.

Ingin mengetahuinya? Boleh hubungi saya di talian yang tertera dibawah.


Juliya  0192648694
Fb: Juliya Baharom
Fb page: My Supplement Closet