Wednesday 12 April 2017

Kulit Muka Bernanah Akibat Produk Pasar Malam.

Bila berjalan di pasar malam banyaknya yang menjual produk kecantikan seperti compact powder, eyeliner,blusher, gincu dan lain-lain produk. Yang menjadi tanda tanya, eh dari mana mereka ambil barang - barang ni? Ada Landmark study ke? Ada ujian klinikal ke?
  
Kesan buruk penggunaan produk kosmetik yang merbahaya


Macam - macam produk sekarang ni tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Risau nya lah.tak kurang juga ramai yang 'menghasilkan' produk sendiri. Mudah nya! Saintis shaklee bertahun tahun duduk dalam r&d department menjalankan kajian yang detail keatas sesuatu produk keluaran shaklee sebelum boleh dipasarkan. 

Lagi satu isu ciplak! Banyak juga produk kecantikan jenama terkenal seperti M#*, B#@# B* #& dan lain - lain turut dijual di pasar malam! Eh biar betul, setahu saya produk jenama - jenama terkenal ni hanya dijual di kaunter - kaunter rasmi mereka.. Itu pun saya tak faham juga.

Kita sebagai pengguna perlulah bijak. Bijak menilai, bijak membaca,bijak membuat sedikit kajian, bijak berfikir. Janganlah bila tengok harga murah terus beli.. Tengok selebriti terkenal yang jadi duta terus beli. 


Bahan Toksik yang sering digunakan dalam penghasilan produk kecantikan

Rata - rata sekarang ramai yang teruja dengan kehadiran produk kecantikan yang memberi hasil putih instant, gebu instant dan macam - macam lagi.. Meskipun banyak produk kecantikan dan kesihatan yang dihasilkan menggunakan bahan semulajadi seperti kolagen dari sisik ikan merah, anggur merah yang tinggi antioksidan tetapi tak kurang juga hebatnya dengan produk yang dihasilkan menggunakan bahan toksik seperti merkuri, rhodamin B, hidrokinon dan Retin A. 
Kebanyakan bahan - bahan ni bersifat tidak larut dalam air.. Efeknya, penggunaan yang panjng akan membuatkan bahan -bahan ini kekal menempel di kulit muka dan boleh mengakibatkan kerosakan kulit muka secara kekal.

1. Merkuri


Merkuri atau HG/ air raksa baNyak digunakan dalam produk pencerah wajah. Merkuri merupakan zat beracun merbahaya yang bersifat Zat karsinogenik.

Akibat dari penggunaan bahan bermekuri:
- Alergi
- Iritasi kulit
- Pembentukan tompok atau bintik hitam pada kulit.
- Kerosakan kekal pada susun saraf, otak dan ginjal.
- Perubahan warna kulit
- Gangguan pada perkembangan janin
- Muntah, cirit birit.

2. Hidrokinon

Hidrokinon antara bahan yang agak keras dan dari kategori larut air. Hidrokinon banyak digunakan dalam produk kosmetik kerana ianya bersifat antioksidan dan berperanan dalam pembentukan melanine sehingga dapat mengurangkan warna gelap pada kulit. Namum lebih banyak negatif dari positifnya.

Hidrokinon biasanya digunakan dalam produk pewarna rambut, pewarna kuku, penghasilan cat, varnish dan bahan bakar minyak.

Kesan minimal dari hidrokinon adalah kulit terbakar dan iritasi. Manakala kesan teruknya adalah terjadinya Vitiligo ( perubahan pigmentasi kulit hingga kelihatan putih seperti panau)  dan Okronosis dimana kulit menjadi biru atau hitam.

3. Rhodamin B

Rhodamin B biasanya digunakan dalam industri kertas dan tekstil. Ianya bwrsifat larut air dan sering kali digunakan dalam produk kosmetik yang merbahaya. Zat ini seringkali digunakan dalam produk makanan dan kosmetik 

Rhodamin B sangat bahaya jika terkena pada mata, kulit, terhirup atau tertelan. KesanNya boleh mengakibatkan iritasi pada salur pernafasan, iritasi pada kulit, iritasi pada sistem pencernaan, iritasi pada mata dan kanser hati.

4. Retin A

Bahan ini sering digunakan dalam prodyk kosmetik pemutih, menentang jerawat dan memperbaiki kulit akibat sinaran uv . Ia dipercayai memveri efek pemutih sebab itu ia banyak digunakan dalam krim pemutih.

Penggunaannya dapat memberi iritasi pada kulit yang sensitif. Malah penggunaan konsisten dan jangka masa lama dapatmemberi efek buruk pada janin seperti kecacatan.

NUTRIWHITE SHAKLEE

Shaklee menghasilkan set penjagaan kulit Nutriwhite menggunakan bahan bahan semulajadi yang sangat baik kepada kulit.

Kulit muka akan kelihatan sihat,segar dan bersih kerana bahan semulajadi yang digunakan seperti rumpai laut, alga hijau, strawberi begonia dan lain - lain.

Saintis Jepun dan Amerika mengambil masa 3 TAHUN untuk mengkaji dan menghasilkanset Nutriwhite ini. maka 16 baham semulajadi telah terpilih
    


Antara kebaikan Nutriwhite:

1. Membantu mengatasi masalah keradangan kulit
2. Memberi kelegaan pada kulit
3. Mengurangkan tompokan pada kulit
4. Memberi kecerahan pada kulit dan menyelesaikan masalah pigmentasi.
5. Melembapkan kulit dan menghalang kulit daripada kerosakan.
6. Menegangkan kulit wajah
8. membuang toksin.

Set Nutriwhite tang tahan lama, semulajadi dan selamat

Jika anda mencari produk penjagaan kulit yang selamat, dihasilkan tanpa bahan toksik boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Nutriwhite pasti selamat.

Juliya Baharom
(id:973463)
Shaklee Independent Distributor
Fb page: My Supplement Closet.

Monday 27 March 2017

Lelaki Pakai Boxer Lebih Subur

Masalah ketidaksuburan menjadi antara masalah yang semakin serius apabila 10% daripada setiap populasi negara menghadapinya. Setiap 10 pasangan yang berkahwin, satu pasangan pasti mengalami masalah ketidaksuburan.

Namun masyarakat kita sering menuding jari kepada kaum wanita bila berkait dengan masalah ketidaksuburan atau kemandulan padahal peratus punca ketidaksuburan antara lelaki dan wanita adalah sama sahaja.

Pakar Runding dan bedah Urologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Muhilan Parameswaran berkata, masalah ketidaksuburan lelaki lebih sukar dirawat berbanding wanita. Pasangan yang sudah setahun berkahwin atau 6 bulan bagi usia 35 tahun ke atas dan masih belum berjaya hamil perlu merujuk ke Pakar Puan dan juga Urologi bagi lelaki.

Masalah kesuburan lelaki boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu:


  1. Hormon
  2. Penis
  3. Sperma

Jangka suhu di kawasan  testis memainkan peranan yang penting. Untuk membolehkan testis menghasilakan sperma yang mencukupi dan berkualiti, suhu di kawasan testis mestilah lebih rendah dari suhu badan manusia yang sepatutnya.

 Penghasilan sperma yang normal adalah sekitar 60 juta setiap sentimeter padu dan mereka yang mengeluarkan kurang daripada 20 juta sperma disahkan mempunyai masalah kesuburan. Suhu yang tidak stabil atau terlalu panas akan menjejaskan penghasilan sperma dan kuantitinya bakal merudum.

Antara faktor yang boleh menyebabkan gangguan penghasilan sperma yang mencukupi dan sihat adalah:

  • sering meletakkan komputer riba dan atas riba dalam masa yang panjang.
  • Pengambilan dadah seperti kokain turut menurunkan produksi sperma
  • Ubat - ubatan yang mengganggu pengeluaran sperma seperti ubat darah tinggi iaitu calcium channel blocker dan ubat kulat.
  • Penggunaan Seluar dalam yang terlalu ketat, skinny jeans mampu merencatkan pengeluaran hormon dan sperma yang berkualiti. Hujah ini juga turut disokong melalui beberapa kajian antaranya Boxer vs Briefs: Increasing Sperm Count.
   
               Sumber dari LelakiSihat.com

Amalkan beberapa perkara yang boleh membantu meningkatkan kesuburan lelaki dengan cara:

  • Elakkan pemaikan seluar dalam dan jeans yang ketat.
  • Elakkan suhu yang terlalu panas . mandian air panas dan kerap bersauna dikatakan antara penyebab ketidaksuburan.
  • Kurangkan pendedahan kepada bahan kimia dan radiasi bebas.
  • Elakkan makan pembunuh sperma seperti minuman alkohol dan daging merah.
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok dan jauhi perokok
  • Elakkan stress kerana ianya boleh mengganggu penghasilan dan keseimbangan hormon
  • Bersenam untuk dapatkan berat badan yang ideal.
  • Tingkatkan pengambilan vitamin dan makanan tinggi antioksida

VIVIX TINGGI ANTIOKSIDA UNTUK KESUBURAN.

  • Vivix merupakan campuran botani Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine. Elderberry Eropah dan Lobak Ungu kaya dengan polifenol. merupakan revolusi pemakanan polifenol dalam bentuk minuman botani. Polifenol pula adalah bentuk fitokimia yang mengandungi sebatian tanaman berkhasiat seperti tinggi dengan antioksidan dan sel anti penuaan semulajadi
  • Apa yang penting untuk anda tahu, ialah kenali apa itu vivix. Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage". Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya. Sperma dan Ovum juga merupakan salah satu sel bagi badan kita yang harus dijaga rapi.
  • Kajian juga menunjukkan vivix boleh membantu meningkatkan tenaga sel, merawat sel yang rosak dan tercemar akibat serangan radikal bebas saban hari, dan juga aktiviti seharian yang tidak sihat.
  • Dengan penggunaan vivix secara konsisten dengan dos tertentu, ramai yang berjaya meningkatkan kesuburan dan hamil.
          

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan vivix boleh hubungi saya di talian:

JULIYA BAHAROM
0192648694
FB PAGE: MY SUPPLEMENT CLOSET

Wednesday 22 March 2017

Kanak - Kanak Obes Sasaran utama Penyakit Kencing Manis.

Sering kali kita mendengar cakap - cakap pujian dari rakan atau orang keliling apabila melihat kanak - kanak yang gemuk sebagai "Comel". Tahu kah anda mereka ini adalah sasaran utama kepada penyakit diabetes?

Saban hari saya akan mengamati seorang anak murid saya yang belajar di tahun 2. Murid ini baru kehilangan ibu tersayang dan juga abang akibat kemalangan jalan raya. Yang menjadi kerisauan kepada saya adalah saiz badannya yang semakin membesar. Hinggakan baju uniform sekolah yang dia pakai sudah sendat dan kelihatan hampir 'pecah'. Sedihnya saya jika dia adalah salah seorang kanak - kanak berisiko tinggi mendapat diabetes.

Semakin ramai golongan muda, termasuk kanak-kanak seawal usia tujuh tahun, menghidap penyakit Kencing Manis Jenis 2 (T2D) dan kini, angka itu semakin meningkat.
   
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata dianggarkan 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan jumlahnya boleh mencecah dua kali ganda jika diambil kira kes-kes yang tidak dilaporkan.
   
Beliau berkata, semakin ramai golongan muda menghidap penyakit diabetes berikutan peningkatan kadar obesiti di kalangan mereka yang berkait rapat dengan tabiat pemakanan tidak seimbang.

Ibu bapa rata - rata kini dengan senang nya memberi anak - anak makanan ringan yang sangat ekspres untuk di hidangkan selain menjadi kegemaran anak - anak. Tabiat pemakanan yang tidak sihat ini akan menjejaskan kesihatan anak - anak yang masih lagi diperingkat rebung ini.

Menurut Dr Hilmi, penyakit diabetes bukan sekadar mempunyai kandungan gula berlebihan dalam sistem darah, malah lebih serius ia boleh menjejaskan organ penting pesakit seperti jantung, buah pinggang, saraf dan mata.

Bagaimanapun, Perunding Endocrinologis dan Ketua Unit Endokrinologi dan Diabetes Hospital Pulau Pinang Dr Nor Azizah Aziz berkata penyakit diabetes kronik boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan permakanan seimbang.

"Bagi mereka yang dijangkiti, komplikasi diabetes boleh dilambat atau dihalang," katanya.

Beliau menambah, selain tabiat permakanan yang tidak betul, waktu makan yang tidak teratur turut menyumbang kepada peningkatan trend T2D di kalangan orang muda.

Justeru, beliau menasihati rakyat Malaysia agar mencegah, mengurus diabetes dan komplikasinya dengan mengekalkan gaya hidup sihat dan membuat pilihan yang lebih baik dalam diet mereka. - Bernama
       

Justeru itu Ibu bapa boleh mengamalkan beberapa aktiviti sihat yang boleh mencegah anak - anak daripada penyakit diabetes ini:

1. Amalkan pemakanan yang seimbang

- Ajar anak - anak supaya makan sayur, buah buahan yang tinggi vitamin dan antioksidan
- Jika anak - anak bersikap memilih makan, ibu bapa perlu lebih kreatif dqlam menyediakan juadah.
- Pengambilan makanan tambahan juga dilihat dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan anak - anak. 

2. Bersenam/ riadah 

- Jadikan aktiviti riadah waktu petang bersama keluarga sebagai rutin keluarga. Senaman dapat membakar lemak dan menyihatkan jantung.

3. Pantau Pemakanan anak - anak

- Lebih baik jika ibu menyediakan bento @ bekal makanan untuk anak - anak bawa ke sekolah. Dengan cara ini, ibu akan dapat memantau apa yang anak - anak akan makan di sekolah.

4. Bersikap lebih tegas

Ibu bapa perlulah lebih tegas dengan anak - anak apabila berkait rapat dengan keinginan mereka terhadap makanan ringan, makanan segera, gula - gula dan sebagainya. Ini kerana, jika didikan tidak diberikan maka anak - anak akan cenderung membeli makanan yang tidak sihat ini di luar pengetahuan ibu bapa.

5. Beri didikan tentang kesihatan

Tidk semestinya doktor sahaja yang boleh menyampaikan ilmu kesihatan.. Kita sebagai ibu bapa juga perlu selalu memberi kesederan kepada anak anak tentang bahaya pemakanan yang tidak seimbang.

Pengambilan makanan tambahan juga sangat penting bagi menyokong kelompongan nutrient yang tiada dalam badan anak - anak kita akibat terlalu memilih makan.

Mealshake shaklee antara makanan tambahan kegemaran ibu bapa kerana ianya mengandungi :
📍19mineral dan vitamin penting yang        diperlukan oleh badan
📍9 jenis asid amino
📍kaya dengan serat dan protien
📍 Tinggi kalsium
📍 Rendah Indeks Glisemik yang mana ianya sangat baik untuk pesakit diabetes.

VIVIX juga antara makanan tambahan yang sangat membantu mencegah masalah diabetes dari berlaku kerana:
📍Mengawal kepekatan gula dalam darah
📍Mengurangkan sindrom Resistansi Insulin
📍Mencegah penghasilan protien AGE ( gula berlebihan protien)

CEGAH SEBELUM KENA. SAYANGI ANAK ANDA.


JULIYA BAHAROM
0192648694
FB PAGE: MY SUPPLEMENT CLOSET

Monday 6 March 2017

Antioksida Merencatkan Sel Kanser

Sekarang ni seringkali kita dengar rakan, saudara mara yang menghidap kanser.. Mudahnya kanser menyerang. Kanser mulut, kanser usus, kanser payudara, dan macam macam lagi lah.

Tidak dapat dipastikan secara terperinci apa punca sebenar penyakit pembunuh ini. Yang pasti kanser terjadi apabila sel sel kanser dalam badan kita telah 'dikejutkan dari tidur yang lena'. Badan kita terdiri dari berbillion sel. Akibat dari radikal bebas, pencemaran,pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat telah menyebabkan sel sel badan kita merosak dan membentuk sel kanser. Bila mana sel kanser ini sudah membiak, ia mula akan menjangkiti sel sel sihat yang lain.

Di sinilah peranan sistem pertahanan badan atau sistem imun. Merekalah perisai kepada sel sel badan kita yg masih sihat. Persoalannya, bagaimana nak memastikan sistem imun kita kekal tegap berdiri menghalang sel sel kanser ini?

PEMAKANAN YANG SEIMBANG

1. Apa yang kita makan akan menentukan kesihatan kepada badan kita kerana setiap makanan pasti ada nutrisinya. Pesakit kanser perlu mengambil makanan yang tinggi nutrisi dan dan seimbang kerana setiap nutisi ini akan memberikan impak kepada sistem pertahanan badan kita.

2. Tidak kurang pentingnya adalah makanan yang anda makan perlu untuk memberi kekuatan kepada badan melawan penyakit dan mencegah dari menghidap penyakit berjangkit, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, kanser dan lain-lain. Antara nutrient yang kita perlukan dari makanan yang kita ambil adalah:


A. MAKRONUTRIN (Macronutrients) yang terdiri dari Protin, Karbohidrat, dan Lemak. Manusia memerlukan makronutrin pada kadar yang banyak. Air dan serat juga dikategorikan sebagai makronutrin tetapi mereka tidak menghasilkan  tenaga.

BMIKRONUTRIN (Micronutrients) yang terdiri dari vitamin dan bahan mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit tetapi sangat penting.


RAWATAN PESAKIT KANSER

1. pesakit kanser perlu melalui beberapa rawatan bagi melumpuhkan sel sel kanser seperti pembedahan,kemoterapi atau radioterapi bergantung kepada tahap kanser seseorang.

2.Semasa rawatan dijalankan, sistem pertahanan badan perlu kuat. Ini kerana rawatan kanser yang diberikan akan melumpuhkan sel kanser dan juga memberi kesan kepada sel badan yang masih sihat.. Kesannya pesakit akan mengalami kesan sampingan seperti cirit birit, ulser mulut, loya dan muntah, kekurangan sel dara& putih dan merah, keletihan serta keguguran rambut.


PENGAMBILAN SUMBER ANTIOKSIDA OLEH PESAKIT KANSER

Anti-oksidan adalah molekul yang bertindak ke atas radikal bebas supaya dapat mencegah radikal bebas dari menyerang sel-sel yang normal.  Di antara elemen-elemen yang termasuk di dalam kategori anti-oksidan adalah beta-karoten, vitamin A, C, E,selenium dan zink, termasuk beberapa jenis enzim dan banyak lagi sumber-sumber antioksidan. 

Pengambilan makanan yang mengandungi antioksidan mempunyai manfaat kesihatan iaitu ianya meneutralkan molekul radikal bebas yang boleh merosakkan selaput sel, protin dan DNA di dalam sel. Kerosakan ini juga dikenali sebagai kerosakan oksidatif ("oxidative damage"). Kerosakan DNA ini boleh dikaitkan juga dengan punca berlakunya pelbagai jenis penyakit.




   Antioksidan Mencegah Kerosakan Sel


Vivix

 



Kandungan antioksidan yang tinggi dalam Vivix dapat membantu merencatkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel sel badan yang sihat. Radikal bebas juga boleh mempercepatkan sel sel kanser merebak. 

Vivix mempunyai 10 kali ganda resveratrol. Mengikut kajial klinikal, Resveratrol sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas. 

Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil disebabkan pencemaran, cahaya matahari dan pembakaran lemak dalam badan. Ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk 
kanser dan sakit jantung.

Jaga sel badan kita sebelum terlambat dengan vivix.


JULIYA BAHAROM
0192648694 
FB PAGE: my Supplement Closet

Sel Penyebab Kanser Dan Sakit Kronik

APOPTOSIS vs NECROSIS.

tak pernah terfikir pun saya nk study hal2 dalam bidang perubatan ni. Tetapi bila terjerumus ke dalam bisnes shaklee ni, saya memaksa diri sendiri untuk study dan study tentang kesihatan. Shaklee tak jual ubat ye.

Setelah membaca beberapa post rakan2 dan juga melalui pembacaan di medical website, saya mula faham konsep sel2 badan kita ni. Betapa hebat ciptaan Allah!

Okey ini sedikit ringkasan dalam bahasa yg mudah tentang sel badan kita.

Badan kita terdiri dari ber billion sel yg setiap hari ada yg lahir dan ada yg mati. Hidup mati dah memang lumrah alam kan. Mcm manusia lah, bila mati disebabkan sakit tua kita akan lebih redha. Tetapi jika kematian di sebabkan kanser, sakit kronik kita akan rasa sedih kerana di waktu sihat kita lalai untuk menjaga kesihatan yg Allah dah kurniakan.

1. APOPTOSIS

adalah satu keadaan di mana sel - sel badan kita mati di sebabkan sudah tiba ajal nya..sel sel ini akan mengecut, mengecil dan terbelah kepada serpihan kecil. Sel ini mati atas kerelaan sendiri bagi mengelak dari di jangkiti virus dan sebagainya...waktu inilah akan hidup pula sel sel baru yg sihat. Cycle kehidupan.

2. NECROSIS

adalah satu keadaan di mana, sel sel badan mati sebelum usia dan mati TANPA KERELAAN. Sel mati sebelum tempoh matang.Ianya mati disebabkan oleh tekanan dari radiasi, jangkitan kuman, bisa haiwan, gaya hidup yg tidak sihat seperti merokok, dan lain2 aktiviti yg boleh merencatkan sel yang sihat. Sel sel yang tidak sihat ini akan membengkak dan pecah. Serpihan kecil yg pecah ini lah berpotensi menjangkiti sel sel sihat yang lain. Mendapan sel2 rosak iNilah yang akan berkumpul dan membentuk berbagai penyakit antara ya diabetes, kanser, penyakit auto immune yang lain.



Proses Berlakunya Apoptrosis dan Necrosis


Gangrane adalah salah satu contoh NECROSIS. Berlaku kematian sel yang dijangkiti kuman, merosak dan menghitamkan anggota badan dan menyebabkan anggota badan itu tercabut. Rawatannya adalah bahagian yg rosak dibuang. Tetapi sejauh mana sel sel rosak itu mampu di buang? 100% licin ke?

Antara rawatan yang diberikan adalah antibiotik, pembedahan membuang bahagian yg rosak, pengambilan makanan tinggi antioksida.

Vivix merupakan makanan tambahan yang dihasilakan dari sumber yang tinggi antioksida. Antioksida berperanan menyerap ke dalam sel2 yg sihat mahupun yang rosak dan membaja mereka dengan khasiat. 

Dengan ini, sel2 yg masih sihat akan kekal sihat manakala yg semakin merosak akan di beri 'baja'. Macam pokok limau purut saya yg kat belakang rumah ni lah..duduk dalam pasu asik kena ambush dik ulat hijau tu je. Bila saya alih ke atas tanah dan letak baja alhamdulillah elok sihat menghijau. Dah boleh guna masak tomyam dan paprik.

Yang penting kita ikhtiar nak menyihatkan dari kita biarkan ia merosak lagi parah kan.



Nak tau tentang vivix?
Juliya Bhaharom 0192648694
Fb page: My Supplement Closet


Sunday 5 March 2017

Bagaimana Suami Elakkan Isteri Meroyan

Sekiranya suami peka dan ambil tahu tentang tanda-tanda meroyan, berkemungkinan sesuatu yang buruk tidak akan berlaku kepada isteri.

Secara logiknya, adakah seorang ibu sanggup melakukan sesuatu yang tidak baik kepada anak sendiri sedangkan dia telah mengandungkan bayinya selama 9 bulan?

Adakah seorang ibu yang normal mentalnya sanggup mendera atau menampar anaknya sendiri?

Ibu berkenaan tentunya seorang yang berpendidikan dan juga datang daripada keluarga yang mementingkan kasih sayang. Persoalannya, mengapa seorang ibu sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya seorang ibu lakukan kepada anak sendiri?

Sebenarnya, masyarakat kita hari ini terutama Melayu amat menyedari dan tahu akan penyakit meroyan ini akan menyerang seorang ibu selepas bersalin iaitu hilang pertimbangan atau mengalami gangguan mental.

Sebutan gila meroyan bunyinya sangat kejam dan seolah-olah menghina, namun itulah nama sebenar penyakit ini yang akan menyerang para ibu selepas melahirkan anak.

Keprihatinan seorang suami terhadap seorang isteri adalah amat penting kerana hanya suami orang yang paling terdekat dan akan menyedari akan tanda-tanda meroyan sebelum ianya berlaku dengan lebih teruk lagi.

Tetapi adakah semua lelaki yang bergelar suami memahami akan situasi dan tanda meroyan ini? Jadi, semua lelaki wajib mengambil tahu serba sedikit tentang ini agar perkara yang tidak diingini akan berlaku kepada isteri.

Postnatal depression adalah suatu penyakit yang harus dirawat dengan segera. Lelaki dan masyarakat keseluruhannya seharusnya lebih memahami tentang penyakit ini.

Keadaan meroyan ini biasanya menyerang ibu yang pertama kali melahirkan. Ingat, dia akan bertindak agresif dan tidak dapat mengawal diri dan ada kalanya mencederakan orang. Jadi amat bahaya jika ibu ini dibiarkan menjaga bayi.

Istilah psikologinya: psikosis puerpera. Mengikut perangkaan kajian luar Negara, penyakit ini menyerang kurang 1.5 daripada setiap 1,000 kelahiran. Istilah perubatan pula postnatal depression yang bersangkut paut dengan kelakuan aneh sebagai kesan emosi (kejiwaan) yang dihadapi oleh wanita selepas melahirkan anak.

Tanda-Tanda Awal Meroyan Boleh Dilihat Selepas Dua Hari Bersalin

1) gangguan tidur

2) keresahan

3) sensitif

4) rendah diri

5) kurang selera makan

6) selalu bersedih.

7) Sikapnya juga berubah, dari periang menjadi pendiam. Sentuhan dengan dunia realiti akan hilang.

Biasanya pesakit akan bersikap luar biasa seperti fenomena halusinasi dan delusi. Halusinasi, kononnya melihat lembaga menakutkan atau mendengar suara ghaib yang menyuruh melakukan sesuatu.

Delusi pula apabila dia merasa yang ada orang merancang untuk memusnahkannya. Keadaan itu menyebabkan dia berasa waswas dan syak wasangka dengan orang. Sering berhadapan halusinasi dan delusi, si ibu tidak akan kisah kebajikan anak yang baru dilahirkan. Dia akan terdorong melakukan jenayah, seperti membunuh anaknya.

Faktor Menyebabkan Meroyan

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan penyakit mental ini:

1. Faktor genetik atau baka

2. Perubahan tahap hormon seperti progesterone dan estrogen secara mendadak

3. Tekanan emosi ketika dalam pantang

4. Kualiti perhubungan suami isteri serta perhubungan dengan bayi yang baru lahir

Suami Biasanya Tidak Faham Akan Emosi Dan Tekanan Si Isteri

- Sebenarnya tekanan emosi wanita baru bersalin berbeza. Tidak dinafikan anak merupakan pengikat kasih antara pasangan suami isteri dan kebanggaan keluarga keseluruhannya. Tetapi bagaimana jika anak yang dilahirkan tidak dikehendaki? Contohnya pasangan yang belum bersedia menambah ahli keluarga atau tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

- Emosi semakin tertekan apabila wanita itu sendiri tidak mempunyai hubungan baik dengan ibunya atau mentua.

- Sakit bersalin. Walau anak ketiga, keempat atau kelima, kesakitannya tetap tiada tandingan, hanya Tuhan yang mengetahuinya. Namun suami menganggap isteri telah biasa.

Langsung tidak mahu membantu menjaga anak yang menangis saban malam. Isteri tidak dapat berehat dengan secukupnya dan ini membuatkan tiada kegembiraan dalam menimang cahaya mata sebaliknya membosankan.

Lagi teruk, suami masih beranggapan isteri akan pulih selepas dua tiga hari dan mahu makan minumnya terhidang seperti biasa dan marah melihat rumah masih bersepah.

Rawatan Meroyan

Sokongan daripada suami adalah yang terpenting dan dikatakan penawar yang paling mujarab dalam membendung penyakit meroyan ini. Sokongan emosi daripada orang atau ahli keluarga terdekat adalah perlu. Pesakit disarankan mendapatkan rawatan lanjut di hospital sekiranya keluarga tidak lagi dapat mengawalnya.

Selain itu, kaunseling hubungan suami isteri harus dilakukan kerana wanita yang mempunyai penyakit ini didapati amat membenci hubungan seksual. Kaunseling harus dilakukan segera demi meyelamatkan rumahtangga.

Persediaan Sebelum Mempunyai Anak

- Bersedia dari segi mental, fizikal dan material.

- Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat persediaan menghadapi kelahiran.

- Jumpa kaunselor untuk sesi kaunseling perkahwinan supaya berbincang tentang aspek persediaan emosi dan persediaan menimang cahaya mata.

- Dapatkan ilmu tentang sebelum dan selepas kelahiran anak.

Sumber: Forum Mesra.net

Penjagaan kesihatan emosi, mental dan tubuh badan sangat - sangat diperlukan semasa proses berpantang agar dapat menghalang masih meroyan dari terjadi.

Suami perlu tahu keperluan isteri.. Cuba dapatkan makanan tambahan yang boleh memberi tenaga tambahan, yang dapat memberi rehat dan kelegaan sakit bersalin. Baru lah isteri akan sentiasa rasa disayangi, dan rasa moment berpantang tu seronok sangat.

Ramai dah suami2 yang mula belikan supplement shaklee untuk isteri mereka semasa berpantang antaranya:

1. Vitalea
2. B complex
3. Ostematrix
4. Sr Vitamin C
5. Esp
6. Vivix

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

JULIYA BAHAROM
0192648694
FB PAGE : My Supplement Closet

Tuesday 7 February 2017

Atasi Buasir semasa berpantang

Buasir @ hemorrhoid  selepas melahirkan anak

Masalah buasir semasa berpantang adalah satu mimpi ngeri bagi setiap wanita. Alami sakit  akibat koyakan semasa bersalin dan kemudian dijahit di tambah pula dengan masalah buasir yg datang memang bertambah rasa sakit.

Buasir terjadi apabila saluran darah di bajagiam dubur mengembang dan membengkak.

Buasir terjadi di kalangan, ibu hamil, juga kepada ibu berpantang disebabkan banyak faktor antaranya:

1.kurang pengambilan makanan tinggi fiber seperti epal, roti gandum penuh, almond, barli dll.
2. Silap teknik meneran semasa bersalin
3. Mengalami sembelit keterlaluan
4. Duduk @ mencangkung terlalu lama di dalam tandas menyebabkan berlaku tekanan di bahagian rektum dam dubur.
5. Kurang minum air masak

Pengambilan supplement seperti vivix mampu meredakan masalah sistem penghadaman dan pencernaan yang tidak teratur, menguatkan otot2 dalaman dan juga mengurangkan kesakitan (anti radang)

Ostematrix pula membantu meredakan masalah sembelit semasa berpantang

Zinc complex membantu menredakan masalah luka dalaman

Omega Guard bertindak sebagai anti radang dan mengecutkan otot2 yang bengkak.

Untuk keterangan lanjut hubungi saya:
Juliya 0192648694

#projekvivix
#projekvivixcikguJu
#vivixeffects
#setberpantangshaklee
#shakleepahang
#pengedarshakleebentong
#pengedarshakleeraub
#pengedarshakleetemerloh
#pengedarshakleejerantut

Monday 6 February 2017

Pantang Larang Pesakit Kanser

PEMAKANAN PESAKIT KANSER

Pesakit yang disahkan kanser perlu ambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kanser tidak membesar dan merebak ke tempat lain.
Ini termasuk lah memastikan pemakanan pesakit kanser adalah sihat dan berkhasiat.

JENIS MAKANAN PANTANG UNTUK PESAKIT KANSER.

Makanan berikut adalah pantang untuk pesakit kanser kerana ia berpotensi besar untuk merebakkan dan membantu tumbesaran sel kanser yang memang sedia ganas.

1. MAKANAN YANG TINGGI GLUKOS DAN KARBOHIDRAT

Ini kerana gula dan MSG dalam karbohidrat menggalakkan tumbesaran sel kanser.
Makanan seperti nasi putih boleh digantikan dengan makanan organik seperti nasi perang. Sebaiknya pilih makanan yg tinggi kadar antioksidant dan mengandungi vitamin A, Vivix dan Carotomax Shaklee sangat tinggi antioksidan dan mengandungi Vitamin A

2. MAKANAN YANG BERASID

Makanan yang berasid termasuklah gula, belacan, tapai, berjeruk, bahan pengawet dan daging yang di proses seperti sosej dan hotdog.
Pesakit kanser perlu memastikan banyak makan protein dan sayur-sayuran untuk memastikan tahap darah tidak berasid.
Pesakit kanser juga boleh amalkan pengambilan Alfalfa Shaklee untuk memastikan darah kurang tahap keasidan.

3. MAKANAN BERLEMAK

Kurangkan makanan yang berlemak bergoreng dan dibakar atas api.
Pesakit juga disarankan untuk mengamalkan pengambilan minyak ikan Omega Guard yang mengandungi Omega-3 yang membantu mengelakkan pertumbuhan sel kanser.

Elakkan makanan BERGORENG
Makanan pesakit kanser harus sentiasa organik dan elakkan makanan yang diproses, seperti contoh, makanan dalam tin atau dalam kotak.

Makanan Yang di BAKAR di Atas Api seperti Sate, Ikan Bakar, Ayam Panggang perlu dielakkan oleh pesakit kanser (kerana penghasilan asap akan membentuk karbon pada permukaan makanan dan karbon ini bersifat karsinogen yang boleh membentuk sel kanser lebih agresif)

4. PRODUK MINUMAN DALAM TIN

Minuman Berkarbonat /Bergas yang mempunyai perisa buatan, pemanis buatan, Bahan Pengawet, Pewarna Tiruan Dan Lain-Lain Bahan Tambahan Kimia.

**Semakin tinggi kadar antioksidant makanan yg di ambil semakin bagus utk Pesakit Kanser agar menidurkan Kanser dan mengelakkannya dr membesar dan merebak

Oleh itu pemakanan yang sihat wajib diambil bagi memastikan sel kanser tidak  bercambah dengan lebih aktif. Ramai yang berjaya bebas dari kanser dengan mengamalkan pemakanan dan cara hidup yang sihat.

Rangkaian produk kesihatan dari shaklee terdiri daripada makanan tambahan yang telah dikaji secara terperinci, melalui Landmark Study dari pihak ketiga iaitu bukan dr researcher shaklee sendiri dan dihasilkan dari bahan semulajadi yang tinggi antioksidan seperti VIVIX, VITAMIN E,SR VITAMIN C dan banyak lagi.

Jaga pemakanan dan gaya hidup InsyaAllah sistem pertahanan badan kita akan menjadi lebih sihat dan dapat menangkis pelbagai virus dan bakteria merbahaya.

Jika perlukan khidmat nasihat dan konsultasi percuma tentang rangkaian produk shaklee boleh hubungi saya seperti talian di bawah.

JULIYA BAHAROM
0192648694
FB PAGE: MY SUPPLEMENT CLOSET

#projekVivix
#projekvivixbycikguJu

Friday 3 February 2017

Sihatkan Buah Pinggang Tanpa Ubat

Ramai antara kita sentiasa merasakan diri kita sihat dan menjadikan ini sebagai alasan untuk tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Tahukah kita bahawa penyakit kronik tidak menunjukkan apa2 tanda sehingga lah ia menjadi kronik.

Salah satu penyakit kronik yang banyak dilapurkan kini adalah kerosakan buah pinggang yang mana pada akhirnya doctor memilih untuk membuang buah pinggang tersebut.

Tanda2 awal yang memungkinkan anda mempunyai masalah buah pinggang.

1. Tubuh badan mudah letih
2. Mudah penat dan semput apabila melakukan aktiviti lasak
3. Ketidakselesaan atau rasa terbakar apabila membuang air kecil
4. Darah keluar bersama-sama air kecil
5. Perubahan pada kekerapan membuang air kecil
6. Sakit belakang
7. Kerap membuang air kecil terutama pada waktu malam
8. Bengkak pada pergelangan kaki dan mata

Jika anda anda tanda2 di atas, saya nasihatkan cepatlah membuat pemeriksaan kesihatan dan Jika anda memang dah disahkan mengalami masalah buah pinggang, anda terpaksa lalui pelbagai jenis rawatan dan terpaksa mengambil pelbagai jenis ubat.

Yang lebih kronik anda mungkin terpaksa menjalani dialisis seumur hidup.

Jadi, harini saya ingin berkongsi pilihan alternatif kepada pesakit buah pinggang untuk membantu mengatasi masalah mereka iaitu dengan pengambilan VIVIX.

6 Cara Bagaimana Vivix Bantu Pesakit Buah Pinggang.

Bahan aktif dalam vivix yang menjadikan Vivix antioksidan terunggul adalah resveratrol. Mengikut kajian, resveratrol membantu pesakit buah pinggang melalui cara:

🍇 Antioksidan; Mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nephron buah pinggang & mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.

🍇 Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal.

🍇 Mengurangkan pengumpalan platlet pada buah pinggang.

🍇 Mengembangkan salur darah pada buah pinggang.

🍇 Mengurangkan proses lipid peroksida.

🍇 Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang.

Vivix pilihan utama pesakit buah pinggang.

Pengedar Shaklee Anda
JULIYA BAHAROM
0192648694

#projekvivix2017
#pengedarvivixbentong
#pengedarshakleebentong
#pengedarshakleepahang