Wednesday 26 August 2015

Pengalaman Demam Semasa Berpantang

As salam..

Aaron Malique dah genap 1y2m rupanya.sekejap je masa berlalu. Dok main dengan Aaron, teringat pulak tragedi yg tak dapat dilupakan masa berpantangkan Aaron. Demam @ orang lama panggil bentan. Bentan!! Jangan buat main.

                Berpantang Sendiri

Huhu masuk je hari yg ke 21, saya dah balik ke rumah sendiri. Nak berpantang sendiri lah katakan. Tapi sebenarnya mak ada je waktu pagi, malam je mak dah balik rumah sebab rumah sewa saya sebelah dengan kedai sarapan pagi mak saya je.

Masa tu dah rasa okey, so balik lah rumah sendiri. Tinggal rumah 3 minggu tu, rumah saya dah kena pecah masuk. Hilang laptop ku 2 buah. DUGAAN.

Ok lah..pengalaman pantang sendiri, saya pun tak buat kerja berat. Petang-petang dok lipat kain je. Yang lain semua bibik mak tolong uruskan. Bab makan, saya masih berpantang,bertungku dan berbarut.

              Demam Menggigil

Tiba hari berpantang ke 44, rasa nk merdeka dah kononnya, saya pun dok kemas laman rumah, cuci stroller Aaira yg akan diwarisikan kepada Aaron dan MENYAPU!!! Oh no! Mak memang dah larang tak boleh menyapu waktu berpantang nanti bentan.

Setengah jam selesai mengemas, tiba - tiba badan sy menggigil dan sejuk. Aduh kenapa pulak ni? Saya ingatkan sebab bengkak susu. Saya takut nk bagitau mak. Cepat - cepat saya buat cara-cara nak redakan bengkak susu. Boleh rujuk kat entry saya tentang tips bengkak susu.

Tapi saya dapat rasakan ianya bukan disebabkan bengkak susu. Terus saya panggil mak. Terus kena ceramah dengan mak n mak sedara . Orang lama ni memang takut kalau demam masa berpantang..

Ok nanti sambung lagi tentang apa yang saya buat bagi meredakan demam menggigil yg memang super duper teruk tu. Aaron is calling.

Bersama bff ku, emy yang datang melawat semasa dalam pantang

Monday 24 August 2015

Shaklee Jual Losyen?

As salam....
Sambil tunggu anak murid sampai ke kelas, saya dok belek hadiah dari upline saya, ainul. Dia hadiahkan saya losyen tangan Crabtree&Evelyn. So sekarang ada dua losyen dlm handbag saya.. Satu lagi losyen Shaklee.. Eh Bila pulak Shaklee jual losyen ni?

Hehe...saya sebenarnya pengguna setia Herbal Blend Cream Shaklee. Saya terbiasa dah panggil losyen shaklee. Aaira pun sama tau.

              Losyen Serba Guna.

Losyen shaklee ni memang sy bawak kemana mana. Size yg cinonot sesuai lah dengan harganya yang mesra gitu kan, senang saya bawak. Anak kena gigit nyamuk, cari losyen shaklee.. tumit kaki kasar cari losyen shaklee, kena minyak panas cari losyen shaklee lagi, anak batuk selsema sapu losyen shaklee kat dada... memang serba gunalah. Kalau ada selulit tu boleh la try losyen shaklee ni tau. Kegunaan seisi keluarga.