Wednesday 7 January 2015

TEKNIK INTERVENSI UNTUK KANAK - KANAK AUTISME

ASSALAMUALAIKUM..

Sebelum ni saya ada kongsikan maklumat tentang Autisme. Bukan senang kita nak tackle atau ambil hati anak- anak syurga ni kalau tak kena pada tekniknya. Melalui pengalaman berdepan dengan anak - anak autis ini, mengajar saya betapa istimewanya anak autis ini dan betapa beruntungnya kita jika dapat tackle atau ambil hati mereka.



Sesetengah kanak-kanak autistik tidak dapat membangunkan kemahiran pertuturan

mereka sendiri dan memerlukan satu sistem komunikasi yang berkait dengan pengalaman,
persekitaran dan interaksi mereka dengan orang dewasa (Light dan Drager, 2007). Hal ini
menunjukkan kanak-kanak autistik memerlukan pengajaran secara individu



Terdapat beberapa strategi atau teknik yang saya pelajari semasa mengikuti Kursus selama setahun bersama College Of Allied Educators, Singapura. kali ini saya akan berkongsi satu teknik menarik yang boleh kita gunakan untuk berkomunikasi dengan anak - anak autis iaitu Teknik PECS atau PICTURE EXCHANGE COMMUNICATION SYSTEM.




DEFINISI PECS

  1. PECS adalah satu kaedah komunikasi alternatif dimana anak - anak autis di ajar berkomunikasi dengan orang  menggunakan kad gambar. PECS direka untuk latihan @ intervensi komunikasi awal simbolik bukan lisan. Ianya bermaksud, komunikasi ini tidak melibatkan komunikasi secara lisan @ verbal.


2.       Melalui kaedah ini anak - anak autis diberi kad yang mengandungi gambar di 
          atasnya. Gambar tersebut mewakali apa yang ingin mereka sampaikan.Teknik ini 
          bersesuaian dengan anak -  anak autis yang tidak lagi menguasai komunikasi 
          yang tidak bercakap.


3.      Latihan PECS diterapkan sewaktu aktiviti kehidupan sebenar samada di bilik darjah   
         atau rumah.


4.      Anak - anak ini perlu ada tujuan berkomunikasi. Contohnya, jika anak -anak autis ini    
         mahu  minum air, anak - anak ini akan berikan kad mengandungi gambar cawan. 


FASA PERLAKSANAAN PECS


1. BAGAIMANA BERKOMUNIKASI (How To Communicate)

  • Anak - anak ini diajar cara menukar kad gambar tunggal berpandukan minat dia atau apa keingin dia.

2. JARAK DAN KEGIGIHAN ( Distance and Persistence)

  • Masih lagi menggunakan kad gambar tunggal, anak- anak diajar untuk membuat kesimpulan tentang kemahiran ini dengan menggunakannya di tempat yang berbeza, individu yang berbeza dalam pelbagai jarak. Mereka juga diajar supaya lebih cekal dan gigih berkomunikasi.

3. DISKRIMINASI GAMBAR (Picture Discrimination)

  • Anak - anak autis belajar bagaimana cara memilih dari dua atau lebih kad gambar mewakili minat atau kehendak mereka. Kad - kad gambar ini biasanya diletakkan di dalam buku atau di dalam fail dengan ditampal pada jaluran velcro untuk memudahkan ianya ditanggal atau dialih.

4. STRUKTUR AYAT (Sentence Structure)

  • Di fasa ini, anak - anak autis diajar untuk membina ayat mudah pada jaluran ayat yang ditampal pada buku atau kad keras menggunakan "i want picture" diikuti dengan gambar - gambar bahan yang diminta atau diingini oleh mereka.

5. MENJAWAB SOALAN (Answering Question)

  • Anak - anak autis ini kemudiannya menggunakan teknik PECS ini untuk menjawab soalan " Apa yang kamu mahu?"

6. KOMEN @ RESPON (Commenting)

  • Di fasa akhir ini, anak - anak autis ini diajar untuk memberi komen atau respon terhadap soalan seperti "apa yang kamu nampak? Apa yang kamu rasa? Apa itu?"
  • Mereka telah diajar untuk memulakan jawapan dengan ayat " saya lihat, saya rasa, ini ialah atau itu ialah" diikuti dengan jawapan.





Setiap fasa ini perlu dilakukan mengikut urutan.Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah perbendaharaan kata kanak-kanak autistik di samping tingkahlaku yang tidak diingini turut berkurangan. Hal ini menunjukkan bahawa program ini amat sesuai digunakan oleh guru - guru di dalam bilik darjah bagi membantu mereka menangani masalah pertuturan dan bahasa. PECS juga dapat mengurangkan masalah tantrum dikalangan mereka dan dapat membuatkan anak - anak syura ini lebih fokus terhadap persekitaran dan pembelajaran mereka.


Percayalah, aktiviti atau teknik ini sangat menarik untuk dipraktikkan kepada anak - anak autis. Ini dapat melekakan mereka dan dapat mengawal tingkah laku mereka. Terdapat juga teknik - teknik intervensi lain yang boleh dilaksanakan. Yang penting kita mesti tahu tidak semua taknik bersesuaian dengan semua anak - anak autis kerana setiap mereka adalah berbeza dan istimewa. Kita harus tahu cara untuk tackle minat mereka.


Anda boleh klik di link ini untuk melihat video bagaimana teknik PECS dijalankan. Teknik ini dapat menarik minat dan tumpuan anak autis ini.


Jika anda berminat untuk mengetahui beberapa teknik pembelajaran yang lain, boleh hubungi saya untuk berkongsi maklumat dan pengalaman.InsyaAllah saya bantu anda.


JULIYA
0192648694
juliyabaharom@gmail.com



0 comments:

Post a Comment