Sunday 9 October 2016

Tantrum Dan Cara Atasinya

Tantrum di definisikan sebagai episod kemarahan yang melampau dan juga kekecewaan yang tinggi. Ianya dapat di kategorikan sebagai tangisan, jeritan, gerakan mencederakan tubuh badan seperti membaling objek, menjatuhkan badan ke lantai dan menghempaskan kepala, tangan dan kaki ke arah lantai.

Masalah tantrum di kalangan anak - anak ini dapat kita kesan seawal usia 15 bulan lagi tetapi selalunya ibu bapa mula perasan akan perubahan kepada anak mereka pada usia dua hingga empat tahun.

Kanak - kanak biasanya ingin menunjukkan kepada kita yang mereka sebenarnya kecewa atas sesuatu perkara tetapi tingkah laku yang mereka tunjukkan itu tak dapat mereka kawal maka terjadinya tantrum. kadang kala ianya hanya disebabkan masalah kecil seperti gagal memasang butang di baju, di arah tidur tetapi keinginan mereka untuk pergi bermain. Sebenarnya anak - anak ni ingin tarik perhatian kita dqn kadang kala mereka pandai memanipulasi keadaan.

APA TINDAKAN IBU BAPA BILA ANAK TANTRUM?


Bila anak - anak tantrum ibu bapa perlu bijak tangani nya.. Salah satu cara adalah dengan membiarkan mereka melayan tantrum mereka. Ini kerana mereka sebenarnya nakkan perhatian ibu bapa dan nakkan ibu bapa menurut keinginan mereka. Jika ibu bapa menurut keinginan anak, anak - anak akan set dalam minda mereka yang mereka akan dapat apa yang diingini dengan cara melepas perasaan (tantrum).

Semasa anak tantrum sebaiknya ibu bapa perlu menjauhkan diri dari anak - anak atau menghilangkn diri buat sementara waktu. Tetapi pastikan tiada benda yang boleh membahayakan anak - anak berada berdekatan mereka. Bimbang mereka akan mncederakan diri sendiri. Perhatikan mereka dari jauh atau secara sembunyi.


TANGANI TANTRUM DI TEMPAT AWAM


Cara tangani tantrum di tempat awam adalah sama sahaja seperti cara di atas iaitu dengan membiarkan mereka mengamuk. Cuma ibu bapa perlu asingkan mereka ke tempat yang lebih tertutup dan jauh dari pandangan orang ramai. Mungkin boleh asingkan anak - anak ke tempat yang kurang orang atau masukkan mereka ke dalam kereta dan biarkan mereka melayan perasaan / amukan. 

Ibu bapa juga perlu peka dengan beberapa perkara sewaktu berdepan dengan anak yang sedang tantrum seperti memastikn persekitaran adalah selamat dan jauh dari benda - benda yang merbahaya, juga peka terhadap beberapa tanda bahaya seperti kelaparan, kepenatan dan pening. Jika masalah ini terjadi, ibu bapa boleh mengubah rancangan mendenda dengan beri anak rehat secukupnya, beri makanan atau ubah persekitaran.

Sebagai contoh jika anak tantrum di parti atau mana - mana majlis, ibu bapa boleh bawa pulang anak mereka lebih awal. Ini dinamakan mengubah persekitaran. Kadang kala ada juga ibu bapa akan berdepan dengan anak - anak yang tantrum di kedai @ mall, semasa di kaunter pembayaran kerana inginkan gula - gula atau di kedai permainan. caranya ibu bapa boleh mengikut kehendak anak tetapi menukarnya dengan alternatif atau pilihan yang lain.

Kekecewaan emosi juga boleh berlaku apabila anak - anak ditinggalkan bersama pengasuh atau pusat jagaan harian. Masalah ini boleh di atasi dengan cara dedahkan mereka dengan persediaan awal ke rumah pengasuh atau pusat jagaan harian. Ini untuk membuatkan mereka terbiasa dengan pengasuh dan keadaan sekeliling.


                    TAHAP TANTRUM

Di peringkat kanak - kanak, tantrum lebih kerap terjadi dn lebih sukar untuk ditangani oleh ibu bapa terutamanya. Ini disebabkan mereka masih tiada komunikasi yang lengkap, masih belum memahami banyak perkara, psi motor juga masih lemah. Ini akan menyebabkan mereka sukar menyampaikan keinginan mereka dengan lebih jelas, tidak dapat melaksanakan sesuatu perkara dengan betul dan tepat.

Bagaimanapun apabila mereka sudah bergelar murid ( sudah bersekolah) kekerapan tantrum sudah berkurangan disebabkan mereka sudah boleh memahami sesuatu perkara, sudah boleh menyampaikan sesuatu keinginan dan boleh difahami. Waktu ini peranan ibu bapa sangat penting dalam mengawal tantrum mereka. Sebagai contoh, jika anak tidak dapat menyelesaikan kerja rumah yang guru bagi disebabkan tidak faham dan sebagainya, mereka akan mula mengamuk. Ibu bapa perlu stabilkan emosi mereka, slow talk dengan mereka dan beri nasihat dan kata - kata yang membina. 


Ingat lah kawalan tantrum ini bukan bertujuan untuk menyakiti emosi mereka tapi untuk mendidik emosi dan jiwa mereka supaya menjadi lebih sabar. Mungkin ramai akan berfikir bahawa ianya agak kejam dengan membiarkan anak menangis dan mengamuk jika kita tidak tunaikan keinginan mereka lebih - lebih lagi di depan orang ramai tetapi percayalah ianya satu terapi yang sangat berkesan. 

Kita tidak mahu mereka memanipulasi keadaan itu dengan cara mengamuk keinginan mereka akan ditunaikan. Ibu bapa pula akan jadi mengikut saja kata dan keinginan mereka kerana takut anak akan mengamuk.