Friday 2 January 2015

KULIT TEGANG DI USIA 40 - AN

Kulit tegang di usia 40-an adalah idaman setiap wanita..Jangan kata wanita lain, saya pun seriau memikirkan kondisi kulit saya bila mencecah usia 40-an nanti macam mana lah agaknya?

Saya suka tengok kulit arwah wan saya. lembut, dan tidak menggeleber biarpun usia dh mencecah 80-an. Mesti ada petua yang diamalkan untuk dapatkan kulit yang tegangkan?


Kesan jika tidak menjaga kesihatan kulit seawal usia.


Tension kan kalau keadaan seperti dalam gambar di atas terjadi kepada kita. Berjalan dengan suami confirm orang cakap berjalan dengan adik atau anak.. Aduh, pedih telinga mendengarnya. Contoh terdekat adalah bapa saya. Teringat peristiwa bapa saya menjemput kakak saya dari ofisnya. Office mate kakak saya tanya, "zaini, ni abang kau ke"? hehehe...bangga sekejap pak Baharom. perbezaan umur antara emak dan bapa saya adalah 13 tahun. Tapi bapa saya pandai menjaga kesihatan dan nampak muda dari usia dan kurang kedut.. Apa petuanya?

1. MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA
  • Sebaik - baiknya minumlah air masak 8 gelas sehari atau 2 liter sehari. Yang lebih baik adalah mengikut berat badan kita. 1 liter untuk setiap 25kg berat badan kita. Contohnya berat badan saya 75kg, so saya kena ambil 3 liter air masak setiap hari.


2. PEMILIHAN KOSMETIK
  • Ok ini untuk panduan kaum wanita khususnya, pilihlah set kosmetik dan penjagaan kulit yang bertepatan dengan jenis kulit kita. Sebagai contoh jika kulit kering, kita haruslah menggunakan bedak 2 way foundation atau dari water based. Set penjagaan kulit pula haruslah berbentuk gel jika kulit kering.


3. SINARAN MATAHARI
  • Jika sering terdedah kepada sinaran cahaya matahari, kulit akan cepat berkedut. Pancaran sinaran matahari secara langsung akan menyebabkan kemunculan garis - garis halus di sekitar mata dan bibir. So, kalau nak ke tempat yang terdedah secara direct kepada sinaran matahari, boleh lah bergaya dengan cermin mata hitam atau memakai topi yang dapat melindungi mata anda.

4. MEROKOK
  • Merokok akan meyebabkan oksigen berkurangan dalam darah.Kulit juga mudah terhidrasi dan mempercepatkan proses kedutan di wajah.


5. KAFEIN
  • Pengambilan minum berkafein seperti teh dan kopi secara berlebihan mampu membuatkan badan kita terhidrasi dan kulit akan menjadi kering dan mudah berkedut. Nak minum kopi boleh asalkan petua nombor 1 seperti di atas tidak diabaikan..MINUM BANYAK AIR MASAK!


Sebenarnya ada banyak lagi tips untuk dapatkan kulit tegang tapi saya suka nak share yang 5 ni sebab ianya biasa kita buat. Risaunya kalau diusia 40-an, kita disangka mak, ayah, kakak atau abang kepada suami atau isteri kita. Pendek kata kita nampak lebih tua dari pasangan kita!! Sedihnya.

So, bakal berusia 32 tahun, saya dan suami dh siap - siap amalkan pengambilan makanan tambahan untuk memastikan kami sentiasa nampak seusia.. kami amalkan pengambilan:

Vitamin E
Vitamin C Sr
B Complex
Collegen Shaklee Powder
Vivix

Jika nak tau bagaimana vitamin - vitamin ni boleh bantu dalam penghasilan kulit yang tegang, sihat luar dan dalam, boleh lah hubungi saya di talian seperti di bawah. InsyaAllah saya share maklumat yang saya tahu untuk manfaat bersama.


JULIYA BAHAROM
0192648694
juliyabaharom@gmail.com




0 comments:

Post a Comment