Thursday, 15 December 2016

Resepi Garlicky Alfrefo Shrimp Baked

Ha... Semangkuk besar ku buat harini ingatkan tak abes rupanya lichinnnnn! 

Ramai pulak yang bertanyakan resepi.  Ok meh sini saya nk share resepi campak-campak siap.

Bahan A

1. Butter 3-4 sudu besar
2. Garlic 5-6 ulas chopped
3. Fresh parsley chopped (kalau tak jumpa beli je lah yg dried jenama meriah dalam packet)
4. Shrimp sebanyak yang korang suka.

Bahan B

1. Butter 5-6 sudu besar
2. Tepung gandum 3-4 sudu besar
3. Fresh milk 1gelas
4. Garam dan perasa
5. 1kiub ayam @ stok ayam
6. Pasta dalam 2cawan direbus ye. (ikut korang lah nk pasta jenis macam mana)
7. Sebiji tomato di dadu
8. Sebiji lada benggala di dadu
9. 1/4 cwn parmesan cheese @ ikut suka
10. 1/4 cwn mozarella cheese @ikut suka
11. 1/4 cwn cheddar cheese @ ikut suka

Cara - cara

(bahan A)

1. Panaskan butter, bila dah cair masukkan garlic, dah naik bau masukkan pulak shrimp dan parsley. Masak dalam 2minit dan ketepikan.

(bahan B)

2. Panaskan butter,  bila dah cair masukkan tepung gandum dan kacau cepat -cepat dan terus masukkan susu segar. Kalau pekat sangat white sos ni korang boleh tambah air @susu lagi.

3. Kemudian masukkan garam, perasa dan kiub ayam. 

4. Masukkan pula tomato dan lada benggala.  Saute sekejap. Terus masukkan shrimp (bahan a) dan masukkan segala cheese yang korang nak guna. Gaul sekejap lepas tu masukkan pasta.  Gaul dan tutup api.

5. Sedia untuk di hidangkan.

* korang boleh guna ketiga tiga jenis cheese tu. Memang terangkat lah. Kalau takde,  guna cheddar pun boleh.  Mozarella tu functionnya nak bagi melekit tertarik tarik gitu.

*sukatan ni pandai -pandai korang lah. Ikut kesukaan korang lah.

*white sos tu sebenarnya korang boleh buat banyak-banyak dan bekukan. Next time korang boleh gunakan utk masak spagetti carbonara ke.

Okey selamat mencuba.  Tapi makanan ni memang menakutkan bagi yang sedang nk menguruskan badan.

Tapi saya tak takut sebab saya telan omega guard sebelum makan lepas makan saya ambil pulak lecithin dan alfalfa.  U ols nak kurus tanpa perlu berlapar?  Cubalah set kurus shaklee.

Kalau berminat dan nak dapatkan free consultation hubungi saya ya.

JULIYA 0192648694
FB PAGE: My Suppelement Closet


Monday, 7 November 2016

Mengapa Anak Sukar Fokus?

Murid-murid sering terlentok, termenung dan hilang fokus semasa berada di dalam kelas. Bila ditanya jawapannya seringkali tidur lewat kerana menonton televisyen, bermain permainan di gadget dan banyak lagi jawapan yang membuatkan cikgu terkedu. Ini boleh menyebabkan mereka kurang fokus semasa belajar.

                           


Hasil survey Cikgu Ju terhadap anak - anak murid, ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan murid kurang fokus:

1. Mengantuk

- menonton televisyen hingga lewat malam, bermain gadget tanpa pemantauan ibubapa mengaibatkan murid tidur lewat dan mengantuk di dalam kelas. Masalah juga kan. 

2. Pemakanan

Kalau boleh, ibu bapa elakkan anak - anak dari bersarapan makanan berat sebelum ke sekolah seperti nasi lemak, bihun goreng, roti canai dan sebagainya. Lagipun makanan tu pun tinggi kalori kan.

3. Kurang bersenam

Biasakan membawa anak beriadah di petang hari. Ini akan membuatkan anak-anak lebih cergas dan bila badan cergas, otak juga akan bertambah cerdas. 

4. Makanan tambahan

Bukan semua ibu bapa merasakan makanan tambahan @ supplement ni penting bagi anak-anak mereka. Pada pemerhatian saya, makanan tambahan perlu bagi menyokong sebarang nutrisi yang kekurangan. Kadang kala ibu bapa perlu lebih teliti dan memilih makanan yang seimbang yang bersesuaian dengan anak-anak

Sekarang ni, jumlah murid obesiti semakin meningkat. Masalah ini jika tidak di bendung akan mengakibatkan maslah kesihatan yang lebih rumit seperti masalah kencing manis, hypertension dan serangan jantung di usia muda

                                                     Set Pintar dan Cerdas

Set pintar dan cerdas dari shaklee ini InsyaAllah dapat membantu anak - anak untuk lebih fokus dan aktif semasa berada di kelas. 

1)Lecithin 

- Mengandungi choline yang sangat perlu untuk otak berfungsi dan meningkatkan daya ingatan. Lecitin meningkatkan bekalan choline dan acethylcholine. Acethylcholine penting untuk fungsi otak

- Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.


2)Shaklee B-Complex 

- Membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, 
- Anti stress (sebagai penenang), 
- Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, 
- Menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan 
- Membantu pelajar berfikiran positif sentiasa(mood baik)
- Jadi, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya penumpuan akan menjadi lebih baik. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.


3)SHAKLEE OmegaGuard

- SHAKLEE OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA,dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan otak dan fungsi2 otak.
- Pemakanan yang berzat dan berkualiti amat penting supaya otak dapat berkembang.


4)SHAKLEE Meal Shake

-Dengan kehidupan aktif anak-anak, mereka kurang mempunyai masa untuk duduk dan menikmati makan dengan sempurna. Oleh yang demikian Shaklee Meal Shake merupakan initiatif yang bagus dalam memastikan kita dapat membekalkan nutrient dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak-anak kita.
- Shaklee Meal Shake ini, membekalkan 19 nutrient dan mineral penting yang perlu untuk tumbesaran anak-anak. Selain itu Shaklee Meal Shake ini juga merupakan sumber Kalsium yang tinggi dan diperbuat dari soya bermutu tinggi untuk menampung keperluan protein anak-anak. Di datangkan dalam perisa vanilla yang sangat lazat. 

                     
      

                                                        SET KECERDASAN SHAKLEE
                                    ( mealshake + Omega Guard + B Complex + Lecithin)

Jom kita pastikan anak - anak kita sentiasa aktif, cergas dan cerdas semasa berada di sekolah dan juga di rumah. Bila anak happy, pembelajaran mereka pun akan lebih berfokus dan cemerlang INSYAALLAH.

Sebarang pertanyaan / pesanan boleh hubungi saya:

JULIYA (0192648694)
FB: Juliya Baharom
FB PAGE: My Supplement Closet

  

Sunday, 9 October 2016

Tantrum Dan Cara Atasinya

Tantrum di definisikan sebagai episod kemarahan yang melampau dan juga kekecewaan yang tinggi. Ianya dapat di kategorikan sebagai tangisan, jeritan, gerakan mencederakan tubuh badan seperti membaling objek, menjatuhkan badan ke lantai dan menghempaskan kepala, tangan dan kaki ke arah lantai.

Masalah tantrum di kalangan anak - anak ini dapat kita kesan seawal usia 15 bulan lagi tetapi selalunya ibu bapa mula perasan akan perubahan kepada anak mereka pada usia dua hingga empat tahun.

Kanak - kanak biasanya ingin menunjukkan kepada kita yang mereka sebenarnya kecewa atas sesuatu perkara tetapi tingkah laku yang mereka tunjukkan itu tak dapat mereka kawal maka terjadinya tantrum. kadang kala ianya hanya disebabkan masalah kecil seperti gagal memasang butang di baju, di arah tidur tetapi keinginan mereka untuk pergi bermain. Sebenarnya anak - anak ni ingin tarik perhatian kita dqn kadang kala mereka pandai memanipulasi keadaan.

APA TINDAKAN IBU BAPA BILA ANAK TANTRUM?


Bila anak - anak tantrum ibu bapa perlu bijak tangani nya.. Salah satu cara adalah dengan membiarkan mereka melayan tantrum mereka. Ini kerana mereka sebenarnya nakkan perhatian ibu bapa dan nakkan ibu bapa menurut keinginan mereka. Jika ibu bapa menurut keinginan anak, anak - anak akan set dalam minda mereka yang mereka akan dapat apa yang diingini dengan cara melepas perasaan (tantrum).

Semasa anak tantrum sebaiknya ibu bapa perlu menjauhkan diri dari anak - anak atau menghilangkn diri buat sementara waktu. Tetapi pastikan tiada benda yang boleh membahayakan anak - anak berada berdekatan mereka. Bimbang mereka akan mncederakan diri sendiri. Perhatikan mereka dari jauh atau secara sembunyi.


TANGANI TANTRUM DI TEMPAT AWAM


Cara tangani tantrum di tempat awam adalah sama sahaja seperti cara di atas iaitu dengan membiarkan mereka mengamuk. Cuma ibu bapa perlu asingkan mereka ke tempat yang lebih tertutup dan jauh dari pandangan orang ramai. Mungkin boleh asingkan anak - anak ke tempat yang kurang orang atau masukkan mereka ke dalam kereta dan biarkan mereka melayan perasaan / amukan. 

Ibu bapa juga perlu peka dengan beberapa perkara sewaktu berdepan dengan anak yang sedang tantrum seperti memastikn persekitaran adalah selamat dan jauh dari benda - benda yang merbahaya, juga peka terhadap beberapa tanda bahaya seperti kelaparan, kepenatan dan pening. Jika masalah ini terjadi, ibu bapa boleh mengubah rancangan mendenda dengan beri anak rehat secukupnya, beri makanan atau ubah persekitaran.

Sebagai contoh jika anak tantrum di parti atau mana - mana majlis, ibu bapa boleh bawa pulang anak mereka lebih awal. Ini dinamakan mengubah persekitaran. Kadang kala ada juga ibu bapa akan berdepan dengan anak - anak yang tantrum di kedai @ mall, semasa di kaunter pembayaran kerana inginkan gula - gula atau di kedai permainan. caranya ibu bapa boleh mengikut kehendak anak tetapi menukarnya dengan alternatif atau pilihan yang lain.

Kekecewaan emosi juga boleh berlaku apabila anak - anak ditinggalkan bersama pengasuh atau pusat jagaan harian. Masalah ini boleh di atasi dengan cara dedahkan mereka dengan persediaan awal ke rumah pengasuh atau pusat jagaan harian. Ini untuk membuatkan mereka terbiasa dengan pengasuh dan keadaan sekeliling.


                    TAHAP TANTRUM

Di peringkat kanak - kanak, tantrum lebih kerap terjadi dn lebih sukar untuk ditangani oleh ibu bapa terutamanya. Ini disebabkan mereka masih tiada komunikasi yang lengkap, masih belum memahami banyak perkara, psi motor juga masih lemah. Ini akan menyebabkan mereka sukar menyampaikan keinginan mereka dengan lebih jelas, tidak dapat melaksanakan sesuatu perkara dengan betul dan tepat.

Bagaimanapun apabila mereka sudah bergelar murid ( sudah bersekolah) kekerapan tantrum sudah berkurangan disebabkan mereka sudah boleh memahami sesuatu perkara, sudah boleh menyampaikan sesuatu keinginan dan boleh difahami. Waktu ini peranan ibu bapa sangat penting dalam mengawal tantrum mereka. Sebagai contoh, jika anak tidak dapat menyelesaikan kerja rumah yang guru bagi disebabkan tidak faham dan sebagainya, mereka akan mula mengamuk. Ibu bapa perlu stabilkan emosi mereka, slow talk dengan mereka dan beri nasihat dan kata - kata yang membina. 


Ingat lah kawalan tantrum ini bukan bertujuan untuk menyakiti emosi mereka tapi untuk mendidik emosi dan jiwa mereka supaya menjadi lebih sabar. Mungkin ramai akan berfikir bahawa ianya agak kejam dengan membiarkan anak menangis dan mengamuk jika kita tidak tunaikan keinginan mereka lebih - lebih lagi di depan orang ramai tetapi percayalah ianya satu terapi yang sangat berkesan. 

Kita tidak mahu mereka memanipulasi keadaan itu dengan cara mengamuk keinginan mereka akan ditunaikan. Ibu bapa pula akan jadi mengikut saja kata dan keinginan mereka kerana takut anak akan mengamuk.





    

Wednesday, 21 September 2016

Rawat Ketumbit Dari Rumah

Ha...kalau sebut je mata ketumbit ramai lah yang teringat mitos org melayu...ketumbit sebab suka mengintai orang mandi.

Dulu saya selalu kena ketumbit..orang kata punca ketumbit sebab darah kotor..entah betul entah tidak.

Mengikut portal www.myhealth.gov.my :

Kelopak mata mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak yang membantu melembapkan permukaan hadapan bola mata dan bulu mata yang berfungsi memerangkap habuk daripada memasuki mata. Ketumbit (hordeolum luaran) adalah bisul kecil hasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulumata.Sebaliknya, penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat mengakibatkan chalazion (hordeolum dalaman).

Senang cakap ketumbit terjadi disebabkan oleh bakteria dan kedua disebabkan oleh saluran kelenjar yang tersumbat. Biasanya ketumbit akan berakhir dalam 3-7 hari.tapi jika berlarutan, itu tandanya dah merebak dan perlu dapatkan antibiotik.

Dulu-dulu kalau saya dijangkiti ketumbit, saya akan tumbuk sebiji bawang putih atau saya hiriskan supaya juice bawang putih tu keluar kemudian saya sapu je kat bahagian yang terjejas.. huh pedih jangan cakap lah..Sampai tahap melompat tepi sinki dapur.

Tapi sekarang tidak lagi. Tak perlu bersusah - susah melompat menahan pedih sapu juice bawang putih ke mata. Saya gunakan bawang putih shaklee je. Buka botol ambil 2 tablet dan telan. Tak perlu dah merana pedih mata.

        Khasiat Bawang Putih Shaklee

- Juice yang keluar bila bawang putih di hiris namanya Allicin (bersulfur). Itu lah yang menghasilkan bau pada bawang putih. Allicin dalam Garlic Complex Shaklee sangat tinggi dan tidak langsung terjejas semasa proses penghasilannya.

- Secara amnya, bawang putih ni bersifat antibakteria, antiviral, antifungus, anti beku darah (anti-coagulant) dan antikarsinogen iaitu anti kanser.

- Namun ada yang mengatakan khasiatnya berkurangkan apabila dimasak, sebaiknya dimakan mentah. Mampu ke nak makan macam tu saja? Sebab tu sesetengah orang ambil supplement garlic jer.

- Melancarkan peredaran darah (mengekalkan tekanan darah yang normal).

- Menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi.

- Membantu meredakan batuk, lelah dan selsema.

- Meningkatkan kekebalan sistem imun.

- Membuang angin dari badan.

Jadi tak perlu dah bersusah payah tenyeh bawang putih pada mata, makan bawang putih mentah.. Bertukar je kepada Garlic Complex Shaklee.

Untuk Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian seperti di bawah.

Juliya 0192648694
Fb page: My Supplement Closet
Fb: Juliya Baharom


Garlic Complex Shaklee
Mata ketumbit

Monday, 19 September 2016

Turunkan Bacaan Gula Dalam Masa Sebulan

Di bawah ni merupakan testimoni dari Encik Sani yang ikhtiar membeli VIVIX untuk ibunya yang mengalami diabetes kronik.

20 August 2016 hingga 19 September 2016

Nak dekat sebulan lah kan. Tadi tergerak hati untuk follow up keadaan ibu Encik Sani ni. Dapat perkabaran gembira rupanya.

Sangat cepat close sale Vivix dengan Encik Sani ni, sebab dia bimbangkan keadaan ibunya yang ada kencing manis. Tinggi bacaannya hingga mencecah 18. Encik Sani kata rendah2 pun 10 aje. Kesihatan ibu tu sangat berharga kan. Terus je dia bank in petang tu.

Setelah sebulan ikhtiar dengan Vivix dan juga ambil ubat seperti biasa (jangan stop pulak tau, marah doktor nanti)

Bacaan gula dalam darah ibu Encik Sani menurun, kini bacaan nya ialah  5.
Syukur Alhamdulillah.

Lagi seorang customer yang dapat kebaikan Vivix. Vivix ialah makanan yang baik untuk sel badan kita.

Semuanya bermula dari sel badan.jika sihat sel badan maka sihat lah kita. Beri lah sel badan kita makanan yang berkualiti dan sihat.

Hargai kesihatan.
Jom terus sebarkan kebaikan Vivix, semoga lebih ramai yang mendapat manfaat darinya. Hubungi saya untuk konsultasi secara percuma.

Juliya Baharom
0192648694
Fb Page: My Supplement Closet

Tuesday, 13 September 2016

Atasi Gastrik Kronik Dengan Cepat

Gastrik ni memang boleh buat aktiviti seharian kita terhenti jika tak di atasi. Nak berpuasa pun takut-takut, tak yakin bimbang gastrik datang.

Sebulan sebelum ramadhan yang lepas, kawan saya hubungi saya. Dia tanya ada tk produk shaklee yang dapat kurangkan masalah gastrik ayah nya. Ayah nya nk berpuasa tapi bimbang jadi macam sebelum - sebelum ni. Tak dapat berpuasa penuh gara - gara gastrik menyerang.

Sebelum ni kalau gastrik melanda, mereka terpaksa bawa ayah ke klinik untuk dapatkan suntikan bagi mengurangkan kesakitan.. Seksa nya. Kawan saya dah mula risau bila nk dekat ramadhan ni. Itu lah di terus teringat nak tanya saya kalau - kalau ada produk shaklee yang boleh membantu.

Saya Jawab memang ada! "Ina, awk patut cuba bagi ayah awak minum ESP. Saya yakin ayah awk boleh berpuasa nanti". Jadi, dia pun oder ESP satu tong untuk ayah nya.

Selepas beberapa minggu berpuasa saya tanya kawan saya tentang ayahnya. Dia jawab ayahnya boleh berpuasa macam biasa!. tak ada dah gastrik datang. semasa sahur ayahnya bancuh ESP secawan. Memang berhasil!.

Abang nya siap call dan tanya, "kat mana nk beli 'susu tepung' yang ayah minum tu?". haha, susu tepung ye. Sebelum bercuti raya haji baru ni, dia oder lagi 2 tong ESP untuk bawa balik ke kampung. Dia lega sangat sebab ayahnya tak perlu lagi ke klinik untuk disuntik bila gastrik datang.

Jika ada masalah gastrik boleh lah cuba ikhtiar dengan ESP kerana ESP diperbuat daripada soya non GMO. Soya non GMO ini sangat berkesan untuk memperbaiki lapisan mukosa perut dari terhakis akibat lebihan asid hidroklorik semasa proses pencernaan yang tidak lengkap.

Di bawah ni saya sertakan testimoni dari kawan saya sendiri.

Jika perlukan maklumat lanjut baerkaitan ESP, dan nak dapatkan konsultasi perca boleh hubungi saya.

Juliya 0192648694
Fb page: My Supplement Closet
Fb: Juliya Baharom

Saturday, 27 August 2016

Punca Sakit Semasa Haid.


Kenapa ya bila kita datang haid (period) badan rasa lesu dan penat, sakit kepala, sakit pinggang, sakit belakang? Itu tandanya badan kita kehilangan banyak nutrien semasa haid.

Menurut pakar, berlaku penurunan atau kehilangan beberapa nutrien penting dari badan semasa haid Antaranya adalah:

1. Zat Besi

- Setiap hari semasa haid, ketika kita kehilangan darah, kita juga kehilangan 1mg zat besi. Nampak sedikit je kami. Kalau yang jenis heavy flow, memang banyak la zat besi yang hilang. Umum nya manusia hanya memerlukan 10mg zat besi/hari.

- TETAPI...wanita dalam haid seharusnya menerima 15mg zat besi sehari. Jadi wanita semasa haid banyakkan makan daging(ayam,ikan, daging merah) tetapi elakkan masakan berminyak. So masak lah sup ye. Lagi satu sumber kekacang, sayuran hijau gelap(bayam) juga adalah sumber zat besi. So sehari dapat sepiring syur bayam pun dah memadai.

2. Kalsium

- Kalsium merupakan salah satu mineral terpenting yang diperlukan oleh badan kita. Ketika haid, kandungan kalsium akan menjadi turun baik dan selalalunya akan berkurangan.

- Wanita yang menyusukan anak, dan sudah melewati 30 an sangat-sangat perlukan kalsium. Penyelesaiannya, ambil lah makanan yang dapat menyumbangkan banyak kalsium seperti Hazelnut, almond, jeruk, keju, yogurt dan susu berkalsium tinggi.

3. Vitamin D

- Vitamin D umpama pelengkap dan kawan rapat kepada kalsium. Vitamin D berfungsi menyerap kalsium. Jadi kalau kita beria makan makanan penambah kalsium tapi Vitamin D kita ciput je dalam badan no point juga. Begitu juga sebaliknya. Tiada effect langsung!

- Untuk menambah kandungan Vitamin D boleh lah kita ambil tuna, salmon, belut dan juga kuning telur. Vitamin D juga kita boleh dapat dari sinaran matahari pagi ( 6 - 10 pagi sahaja). sebab tu atlit suka berlatih waktu pagi.

4. Vitamin C

- Pernah tak waktu haid tiba - tiba kita rasa mengidam? Tu tandanya badan kita memerlukan vitamin C. Vitamin C fungsinya membantu tubuh menyerap Zat Besi dengan lebih mudah. Kita boleh dapatkan Vitamin C dari buah kiwi, oren, jeruk dan sebagainya. Vitamin C berdos tinggi pun dah banyak di pasaran tapi pastikan bukan yang sintetik ye.

5. Asid Folat (termasuk dalam Vitamin B-kompleks)

- nutrisi ini membantu menghasilkan sel darah merah, jadi bagus untuk jaga-jaga semasa haid dimana wanita agak kehilangan banyak darah selama beberapa hari.

- Sayuran hijau dan kekacang merupakan sumber zat besi yang sekaligus memberi sumber asid folat.

- Asid folat juga boleh dijumpai dalam pasta atau roti yang dibuat dari tepung gandum (whole wheat).
Asam folat juga bisa ditemukan di pasta atau roti yang terbuat dari gandum (whole wheat).

Sesedia mana pun badan kita semasa haid, tetap rasa juga sakit badan, sakit sana, sakit sini.

Jadi saya sarankan para wanita bersiap sedia sentiasa dengan supplement untuk memastikan badan kita sentiasa fit dan bersedia menghadapi " zon merah" setiap bulan.

Ostematrix shaklee mengandungi Vitamin D, Kalsium, Magnesium, boron adalah cukup lengkap bagi menggantikan nutrisi yang hilang semasa haid.

B complex shaklee didatangkan bersama asid folat yang mana sangat penting dalam menghasilkan sel darah merah.

SR Vitamin C Shaklee yang dihasilkan dari 7 1/2 bj oren bagi setiap tablet cukup sekadar sebiji sehari di ambil kerana ianya berdos tinggi dan yang penting bukan bersifat sintetik.

Vitamin - vitamin ini merupakan vitamin asas yang perlu kita ambil setiap hari. Jika berminat dengan vitamin shaklee dan ingin dapatkan konsultasi secara percuma boleh hubungi saya di talian seperti di bawah.

Juliya 0192648694 / 0192678694
fb page: My Supplement Closet
fb : Juliya Baharom

Sunday, 21 August 2016

Land Mark Study terhadap Produk Shaklee

Siapa Dr. Gladys Block kepada Shaklee? Dan apa kaitannya dengan Land Mark Study?
############################

Jika rajin membaca dan mengkaji tentang nutrisi anda akan kenal siapa Doktor Gladys Block. Beliau merupakan professor dan pakar dalam bidang Epidemiology dan nutrisi. Beliau lah yang memperkenalkan piramid makanan yang kita selalu ikut tu.

Ikatan Doktor Gladys dgn Shaklee bermula apabila pada tahun 2002, Kathleen M. Fairfield & Robert H. Fletcher dr Harvard Medical School telah membuat satu land mark study berkenaan kebaikan mengambil Multivitamin di kalangan org dewasa. Land Mark study ni kiranya kajian yang dilakukan oleh pakar yang boleh dijadikan panduan lah kiranya. Kesannya banyak iklan-iklan di tv memperkenalkan Multivitamin dan promote kepentingan mengambil multivitamin.

Gladys jadi tak puas hati dengan kajian tersebut dan cuba utk buat kajiannya sendiri. Bila Gladys dapat tahu CEO shaklee, Roger Barnett nak dapatkan data saintifik ttg kebaikan produk shaklee, Gladys mula ambil peluang. Beliau sendiri approach shaklee utk buat Land mark Study ke atas vitamin shaklee. So Roger Barnett yakin dengan PRODUK SHAKLEE itu sendiri dan bg full control pd Gladys utk jalankn kajian dan minta result kajian tu dia publish dalam Jurnal Peer Review supaya apa yg Gladys buat boleh dipantau oleh pihak ketiga dan memperkukuhkan lagi keputusan yg Gladys dapat adalah tepat dan meyakinkan.

Agak - agak ada tak company supplement lain nak tawar diri dan offer kepada Dr. Gladys utk jalankan kajian ke atas produk mereka? kalau ternyata result nya tak bagus, malu tak? Tapi Roger Barnett tak takut sebab beliau YAKIN DENGAN SHAKLEE.

Jadi kajian ini telah Gladys jalankan ke atas 3 kategori pengguna:

1. pengamal tegar Shaklee (hijau)
2. pengamal multivitamin jenama lain (merah)
3. bukan pengamal mana2 multivitamin (biru)

Bila saya study result dr Land Mark study oleh Dr Gladys Block seperti dalam graf di bawah, keyakinan saya terhadap produk shaklee semakin tinggi dan saya rasa berbaloi utk saya terus menjadi pengamal tegar shaklee hingga kini DAN semakin yakin utk terus maju dalam bisnes shaklee ini. Anda boleh rujuk hasil Land Mark Study seperti dalam gambar di bawah.

Anda pula bagaimana? Jika nak jadi salah seorang pengguna vitamin shaklee hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Juliya. 0102648694
Mentor Shaklee Anda
Fb Page: My Supplement Closet
fb: Juliya Baharom

Sunday, 14 August 2016

Luka Pembedahan kali kedua lebih cepat sembuh

Semasa di kelas blog, sempat mendengar pengalaman bff saya, Tancik tentang kesah luka pembedahan kali kedua melahirkan lebih cepat sembuh.

Beliau sudah dikurniakan 2 orang cahayamata. Yang pertama, dikurniakan anak lelaki sekarang dh berumur 3 tahun. Anak yang kedua sekarang ni dah berumur 6 bulan setengah. Kawan saya ni bersalin secara pembedahan. Kedua - dua anak dia tau. so memang excited lah nak dengar sebab saya memang tak ada pengalaman bersalin secara pembedahan.

BFF saya ni cerita, memang berbeza lah semasa berpantang anak pertama dan kedua. Semasa anak pertama, siap ada keluar cecair mcm juice di tempat luka. Azzfar dah berumur 1 tahun lebih masih rasa berdenyut dan perit dari dalam. Saya terus teringat kisah cikgu di sekolah saya yang luka pembedahannya lambat sembuh hingga terpaksa sambung cuti sakit. Siap keluar air juice lagi.

Tapi.... luka pembedahan selepas melahirkan Naura memang sangat - sangat berbeza dari Azzfar. Lepas bersalinkan Naura, Tancik terus consume Postnatal Set Shaklee. Dalam masa berpantang rasa bertenaga, luka pun cepat kering.Seminggu tu dah mula rasa selesa di tempat jahitan. Jadi selepas tu Tancik terus ambil Vivix!
Lagi lah rasa sihat dan kawasan pembedahan cepat sembuh tak mcm selepas lahirkan Azzfar.

Ada jiran saya, sekarang anak nya dah 6 bulan tapi luka pembedahan masih belum elok.. Pertama sebab tak berpantang betul- betul, kedua memang tak ambil sebarang supplement. Ngeri dengar cerita dia yg terpaksa buka semula jahitan dan cuci sebab nanah dah terlalu banyak di dalam!

Pengambilan Vivix memang sangat - sangat membantu mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam. Vivix umpama ginseng, menghangatkan badan, mengecutkan dan mengeringkan luka dengan lebih cepat.

Tak kenal maka tak Chenta. Ibu -ibu boleh cuba VIVIX dan juga Postnatal set shaklee. InsyaAllah sangat - sangat membantu terutamanya ibu - ibu yang berpantang sendiri.

Hubungi saya untuk free consultation dan maklumat lanjut.

Juliya. 0192648694
fb page : My supplement Closet
fb : Juliya Baharom

Saturday, 13 August 2016

Anggur Muscadine dalam Vivix

Umum mengetahui buah anggur ni tinggi antioksidan tapi satu spesis anggur ni berkali - kali ganda lagi tinggi antioksidan dari anggur merah biasa yang kita beli di pasaraya tu. Nama anggur ni Muscadine.
Anggur muscadine ni kita takkan jumpa kat Malaysia melainkan kita beli Vivix. Kenapa Shaklee pilih anggur muscadine ni sebagai salah satu ramuan bagi menghasilkan Vivix?

Keistimewaan Anggur Muscadine

1. Anggur liar yang hidup di kawasan panas dan lembab.

2. Tidak memerlukan semburan air atau bahan kimia lain. Ia boleh menahan suhu panas dan lindungi diri sendiri dari bakteria @ fungus.

3. Kulitnya yang tebal dan keras.sangat berbeza dari anggur biasa.

4. Saiz nya yang besar menjadikan ia buah anggur super size. Boleh membesar sehingga besar bola golf! Sebiji anggur muscadine mampu mencecah rm100 !

5. Mempunyai 20 kromosom berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai 19 kromosom. Ini menjadikan ia tahan lasak dan boleh merawat diri sendiri apabila diserang serangga @ burung. Unik kan.

6. Muscadine mengandungi ORAC ( Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi berbanding pomegranates, Bluberries dan anggur merah - Brunswick Biomedical Lab. Of Wareham, Massachusetts, 2003.

7. ORAC ini yang akan menentukan tahap antioksidan yang terdapat dalam sesuatu bahan.

8. Muscadine adalah 6 - 8 kali lebih tinggi antioksidan berbanding bluberries. Antioksidan yang terkandung di dalamnya dikenali sebagai Oligomeric Proanthocyanidins ( OPC ) . OPC tinggibkuasa antioksida berbanding Vitamin C dan Vitamin E.

9. Muscadine juga 6 kali lebih tinggi RESVERATROL dari anggur merah. Ia merupakan satu  - satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid - sebagai Anti Kanser dan Anti Radang.

10. RESVERATROL terkandung dalam biji anggur muscadine. Manakala antioksidan dan fitonutrient terkandung dalam kulitnya.

Kerana 10 fakta inilah menjadikan Anggur Muscadine antara anggur terbaik di dunia dan di pilih Shaklee sebagai ramuan utama dalam menghasilkan VIVIX.

Hebatkan Muscadine ni. sebab tu ia mampu tembus ke DNA manusia dan memperbaiki sel kita dari dalam. tengok lah, anggur muscadine ni pun mampu protect diri dia dari ancaman.

Nak dapatkan Anggur ni memang dalam mimpi lah rasanya. Solutionnya, beli saja Vivix. Sedap rasa Vivix ni tau. Nak rasa? Cari lah Vivix.

Juliya. 0192648694
Fb page: My Supplement Closet

Wednesday, 10 August 2016

Atasi Impetigo Dengan Vivix

Impetigo merupakan suatu penyakit kulit yang menular yang disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes.

Penularan penyakit ini boleh terjadi secara langsung melalui sentuhan kulit dengan kulit atau melalui barang-barang perantara, seperti seluar, baju, atau peralatan makanan yang telah mengandungi bakteria.

Penyakit ini lebih banyak terjadi kepada kanak - kanak berbanding orang dewasa kerana kanak- kanak lebih terdedah kepada sentuhan dan juga permainan yang terdapat di taman permainan atau di sekolah.

Impetigo terbahagi kepada 2 jenis:

Impetigo Bulosa
~ . Impetigo bulosa adalah kulit yang melepuh dan berisi cairan.
~ Biasanya muncul di bahagian tubuh badan hingga ke leher

Impetigo Nonbulosa
~ Impetigo Nonbulosa pula adalah kulit menjadi bintik - bintik merah seperti luka yang meninggalkan kerak berwarna kuning kecoklatan.
~Nonbulosa ini tidak melepuh tetapi lebih kerap terjadi jika dibandingkan dengan Impetigo Bulosa.
~ Biasanya muncul di bahagian sekitar mulut dan hidung. Ia juga boleh merebak ke bahagian lain melalui sentuhan dengan jari.

Faktor - faktor yang boleh menyebabkan Impetigo :

~ Melakukan aktiviti yang banyak melibatkan sentuhan kulit, misalnya olahraga bela diri, bola keranjang, atau bola sepak.

~ Memiliki sistem kekebalan tubuh yang lemah.

~ Tinggal di kawasan yang padat. Misalnya anak-anak yang tinggal di taska juga di sekolah. Sistem kekebalan tubuh anak - anak juga belum terbentuk dengan sempurna di bandingkan dengan orang dewasa.

~ Suhu lembap dan hangat. Bakteria penyebab impetigo cenderung lebih mudah berkembang biak pada tempat yang memiliki suhu lembap dan hangat.

~ Membawa bakteria impetigo tanpa disedari. contohnya kita mempunyai luka di hidung. Tangan yang mengandungi bakteria akan mengakibatkan bakteria merebak ke bahagian lain setelah menyentuh hidung yang luka.

~ Berpenyakit diabetes. Gejala luka yang dimiliki penderita diabetes akan memudahkan bakteri impetigo untuk masuk dan menyebarkan bakteria tersebut.

Ubati Impetigo dengan Shaklee.

Vivix merupakan tonik yang tinggi antioksidan dan mampu menyerap ke DNA manusia.Oleh itu VIVIX mampu memperbaiki sel2 kulit yang telah dijangkiti bakteria dan menggantikannya dengan sel yang baru.

Selain dari Vivix, pesakit impetigo boleh menggunakan SR Vitamin C bagi memperkukuhkan sistem kekebalan badan.

~ Pesakit impetigo juga boleh mengamalkan vitamin Garlic Complex yang bertindak sebagai anti fungus dan juga bateria..

Hargai orang yang tersayang. Jika ada yang ingin dapatkan free consultation boleh hubungi saya di talian 0192648694.

Gambar di bawah ini menunjukkan kesan yang di alami oleh adik yang mengalami masalah impetigo sesudah menggunakan Vivix.

This entry was posted in

Friday, 29 July 2016

Daging Cepat Tumbuh Dengan Vivix

Fenomena sekarang ramai yang bercerita tentang Vivix di laman sosial terutamanya. Apa yang hebat sangat tentang Vivix?

Kalini saya nk share cerita tentang seorang pakcik yang sembuh dari luka akibat terkena racun selepas menggunakan Vivix

Pakcik ni kakinya luka kemudian terkena racun pula semasa meracun sawah. Kesannya luka merebak infection dan bernanah sehingga doktor terpaksa korek buang isi betis kakinya sedalam lebih kurang satu inci. Rujuk gambar kedua.

Pakcik pulun minum Vivix 25/3/16,2 botol dalam masa lebih kurang dua minggu,
2 sudu pagi, dua sudu malam. Syukur alhamdulillah, isi kakinya elok je naik dan penuh. Rujuk gambar ketiga. Doktor tak bekalkan sebarang ubat hanya dressing. Alhamdulillah beliau sgt berpuas hati dengan Vivix.

Bagaimana Vivix merawat?

Vivix merupakan tonik yang tinggi antioksidan.Ianya dapat menembusi DNA manusia dan memperbaiki sel yang telah rosak, malah ia juga menggantikan sel yang telah rosak dengan sel baru.

Vivix juga sebagai agen detoks darah. Ianya akan membuang semua toksin dan kekotoran yang ada dalam darah agar darah kita sentiasa bersih dan sihat.

Terhasil dari buah buahan yang tinggi antioksida dan sukar diperolehi membuatkan Viviv antara tonik yang sangat bermutu tinggi.

Sayangi kesihatan anda lebih dari segala -galanya.

Jika inginkan maklumat yang lebih lanjut tentang Vivix, boleh hubungi saya di talian seperti yang tertera dibawah.

Juliya 0192649694
Fb : Juliya Baharom
Fb Page: My Supplement Closet

This entry was posted in

Monday, 18 July 2016

Parut Keloid Selepas Bersalin semakin sembuh


Kawan2 selalu bercerita tentang parut cinta yang mereka dapat selepas bersalin secara pembedahan.. boleh hilang ke?

Menurut Dr. Ko, Pakar Kulit, parut terhasil apabila luka sudah mulai sembuh. Parut terbahagi kepada 2 kategori.

Parut Hypertrofik

- Gatal
- Kemerahan
- Membengkak dari permukaan kulit
- Boleh terus menebal
- Tak akan berkembang dari had luka asal.

Parut Keloid

- Akibat pertumbuhan tisu yang berlebihan
- Terus berkembang walaupun luka telah  .   sembuh
- Gatal
- Tidak kelihatan berbulu
- Berkilat
- Tumbuh melebihi saiz luka asal.

Kulit merupakan organ terbesar tubuh kita. Parut tu sebenarnya sel-sel yang mati, yang tidak berjaya digantikan dengan sel baru. Maksudnya sel dah mati tapi sel baru tak tumbuh. Atau sel baru tumbuh, tapi menyerupai sel mati.

Bagi tujuan menghilangkan parut, saya  sarankan tambahan ESP dan Vita C SR Plus. 

Kenapa?

1. ESP membantu memperbaharui sel kulit dan penghasilan sel kulit baru yang sihat. Jadi no more dead cells atau sel mati yang diulang copy banyak kali.

2. Vita C SR Plus penting untuk pertumbuhan tisu, membantu membaik pulih tisu, merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya untuk free consultation.

Juliya. 0192648694
fb : Juliya Baharom
fb page : My Supplement Closet

Testimoni: Parut Keloid kecut dan makin pudar

Friday, 15 July 2016

KENAPA BUSINESS SHAKLEE

Alhamdulillah dah 3 tahun join business shaklee. dari tak tau ape ttg vitamin, sekarang ni banyak la juga ilmu ttg vitamin.

Saya berjaya kekalkn berat badan dgn izin Allah gunakan produk shaklee (lepas puasa dah turun lg ke 52kg) suami pernah berjaya kurus dgn vitamin shaklee, bertambah kawan2 kerana shaklee.

Duit bonus shaklee bagi tiap2 bulan..mesti dapat dan saya sentiasa pastikan saya sentiasa layak dapat bonus. dgn bonus shaklee,saya pernah top up bayar insurans kereta, belanja aaira makan kt favourite place dia, TGI friday. dia akan tnye bonus shaklee mami dah dpt? boleh g TGI,..Alhamdulillah boleh je pegi tanpa pikir duit dalam wallet ada tk, belanja mak ayah dan mertua vitamin shaklee. Bila vitamin dia org abes saya akan bagi yang baru. Mak ayah memang takkan cakap vitamin dia orang dah abes sebab anak asik kasi free je.hehe

Jadi saya rasa takde sebab utk saya give up dan stop buat bisness shaklee ni sb saya dpt happykn org2 yg saya sayang, dapat bantu mereka semampunya, dapat kesihatan yang baik selagi diizinkn Allah

Ni target nk belanja aaira n aaron g holiday oversea pulak dgn bonus dan keuntungan shaklee.

Pada rakan2 yang nk cuba business shaklee boleh hubungi saya.. Jangan malu2. sama2 kita berjaya dengan Shaklee.

Juliya
0192648694
Shaklee Independent Distributor
Id 973463

Bergambar raya 2016 bersama family kecil ku