Monday 5 January 2015

PETUA JAGA MATA PALING MURAH DAN JIMAT

ASSALAMUALAIKUM..

Banyak petua menjaga kesihatan mata ni kita boleh praktikkan..Menjaga mata dari melihat benda yang tak elok pun dah di kira petua juga tu. Jika mata kita hanya melihat benda yang elok - elok nescaya ianya akan membuatkan hati kita sentiasa tenang dan suci je.. Cantikkan mata wanita dalam gambar di bawah.





Mata adalah pancaindera yang sangat penting. Tanpa mata, kita tidak akan dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah ini. Jika pancaindera kita ditarik suatu hari nanti, bagaimana kita nak menjalani kehidupan kita seperti sebelum ini? Tak dapat saya bayangkan betapa siksanya kita tanpa mata. Di negara miskin, ada yang sanggup menderma mata untuk mendapatkan wang bagi menyara keluarga. Kesempitan hidup membuatkan mereka sanggup menggadaikan mata. Jadi, kita yang masih hidup selesa ni, patut bersyukur dan menjaga amanah Allah kepada kita ini.

Walaubagaimanapun, terdapat ancaman luar yang boleh menyebabakan kesihatan mata semakin merosot antaranya dari udara yang tercemar, radiasi sinaran matahari, radiasi akibat terlalu lama di depan komputer, dan gangguan - gangguan lain.

Kajian yang dilakukan oleh EYE DISEASE PREVALENCE RESEARCH GROUP (2004), menjelang tahun 2020, jumlah pesakit mata dan buta bakal mencecah 55 juta orang. Penyakit ini akan semakin meningkat terumatanya kepada individu berumur 65tahun ke atas.


BAGAIMANA NAK JAGA KESIHATAN MATA?


1.REHATKAN MATA

  • Tak salah kita nak menghadap komputer atau laptop hingga 2 @ 3 jam. Kalau dah kita terpaksa bekerja menggunakan laptop atau komputer nak buat macam mana kan? Sebaik - baiknya setelah menghadap laptop atau komputer sehungga 2 jam, ambillah masa merehatkan mata dengan cara melihat kepada objek - objek lain yang menghijau seperti pokok - pokok bunga yang mak kita tanam di luar rumah tu kan. Ini kan membuatkan mata kita relaks dan berehat sekejap.
  • Menghadap komputer terlalu lama boleh membuatkan cecair dalam mata kita yang bertindak sebagai pelincir mula kering.

2. MENCUCI MATA.

  • Semasa mandi atau berwudhu (muslim) pastikan anda tidak pejam mata bila membasuh kepala dan muka. Sebaliknya anda boleh kelip - kelipkan mata supaya air dapat melalui ke dalam mata dan mencuci kotoran yang ada. Memang mata akan rasa sedikit pedih. 

3. CUCIAN AIR SIREH.

  • kalau rajin bolehlah cari beberapa helai daun sireh. Basuh dulu, kemudian ramas hingga lumat. Didihkan ramasan sireh dan tapis airnya dengan kain putih yang bersih. Tinggalkan sekejap hingga suhu menjadi suam- suam kuku..Kemudian rendam atau jirus terus ke mata sambil kelip - kelipkan mata. Kalau rajin buat insyaallah dapat elakkan masalah rabun

4. AWASI JARAK BACAAN.

  • Awasi jarak membaca anda. sebaiknya jarak yang sesuai adalah 30cm dari bahan bacaan. Ini bagi mengelak masalah rabun dekat atau miopi.
  • Membaca sambil berbaring juga boleh menyebabkan masalah miopi.

5. PENCAHAYAAN YANG CUKUP

  • Pastikan anda tidak membaca dalam gelap atau kurang cahaya. Jika membaca menggunakan lampu bacaan, pastikan pencahayaannya tidak terlalu redup. Ini boleh merosakkan mata anda.

6. JANGAN GUNA JARI

  • Jangan 'genyeh' atau sapu mata anda dengan jari. Ini kerana jari kita sudah terkumpul bermacam - macam bakteria. Ini akan menyebabkan mata anda mudah rosak dan di jangkiti bakteria.


  • Biasakan diri anda mengambil makanan untuk kesihatan mata seperti lobak merah yang kaya dengan beta karotena, epal, strawberi, biji anggur, minyak sawit, rumpai laut, ubi kentang, brokoli dan juga tomato bukan GMO. Sayuran dan buah - buahan yang saya sebutkan ini telah dirangkum menjadi supplemen kesihatan yang boleh di dapati di pasaran. Saya cadangkan anda ambil supplement CARATOMAX dari Shaklee.. Semuanya ada dalam CARATOMAX.



Kita juga boleh amalkan doa (muslim) yang Rasulullah S.A.W selalu baca bagi mengelak masalah mata.

Ya Allah, kurniakan kami kemampuan untuk menikmati dengan pendengaran kami, penglihatan kami, dan kekuatan kami apa yang telah engkau izinkan dalam hidup kami. Jadikanlah semua itu pewaris daripada kami."(riwayat al-tirmizi)

Kalau bukan kita, siapa lagi nak jaga mata kita kan. Sayangi mata anda, Itu amanah dari Allah yang tidak ternilai. Tanpa penglihatan, kita tidak dapat menikmati keindahan alam, tidak dapt melihat anak cucu kita membesar di depan mata.











0 comments:

Post a Comment