Sunday 7 September 2014

TIPS JIKA BENGKAK SUSU

Assalamualaikum...

Aduh sakitnya kalau bengkak susu melanda ibu - ibu menyusu ni.. apa tu bengkak susu? Adakah susu kita yang keluar tu berketul - ketul?

Bengkak susu tu bermakna ada saluran susu kita yang tersekat dan susu tak boleh mengalir dengan sempurna. Tapi sebenarnya bengkak susu ni petanda baik bagi ibu-ibu. Ini menandakan susu ibu - ibu sangat meriah dan berpotensi menyusukan anak sehingga 2 tahun atau lebih! Boleh rujuk gambarajah di bawah untuk memahami apa itu bengkak susu.

Sambil santai2 di bilik hotel ni saya nak share sikit tips yang ibu - ibu boleh amalkan jika terkena bengkak susu.

1. Tuam dengan air panas

Boleh guna hot water bag atau kain   yg direndam dengan air panas dan tuam di kawasan yg bengkak.. ulang banyak kali insyaallah rasa lega walaupun bengkak lambat hilang.

2. Gosok dengan minyak

Ini memang kaedah yang selalu saya amalkan..sama ada gunakan khidmat mak bidan atau urut sendiri je.. kalau urut sendiri mulakan di bahagian yang bengkak perlahan-lahan secara membulat.kemudian urut dari bahagian bengkak ke arah puting. Saya ni jenis tahan sakit so saya akan urut kuat. Boleh gunakan minyak panas.

3. Mandi air panas

Saya suka cara ni sebab saya akan rasa calm je.. mandi air panas guna shower dan biarkan tujahan air panas tu di bahagian yg bengkak.. ini mungkin dapat bantu susu yang tersumbat tu mengalir dengan betul.

4. Kerap susukan baby

Ini adalah cara semulajadi. Kita kerap menyusukan baby maka hisapan baby tu akan bantu sedikit sebanyak proses pengaliran susu berjalan lancar.. jika ada anak yang lebih besar masih menyusu itu adalah lebih baik kerana kadar hisapan anak tu lebih kuat.

5. Kerap pump susu

Kurang pump susu juga merupakan satu sebab terjadinya bengkak susu..so ibu - ibu kena lah rajin dan konsisten pump susu ye.. tapi jika bengkak susu dan terjadi, pump lah sekerap mana pun susu susah sangat nak keluar.

6. Ambil supplement LECITHIN

Pengambilan lecithin dapat membantu susu yang tersumbat tu mengalir dengan baik. Banyak jenama supplement lecithin di pasaran tapi saya memilih LECITHIN SHAKLEE.

Rasanya itu saja tips yang saya boleh kongsikan dan saya amalkan jika terkena bengkak susu. Alhamdulillah hasilnya tidaklah mendadak tetapi sakit tu dapat dikurangkan insyaallah.

Jika berminat dengan produk shaklee boleh hubungi saya di nombor seperti di bawah.. insyaallah saya boleh kongsikan tips dan sediakan konsultasi secara percuma.

 
JULIYA  0192648694
FB PAGE : MY SUPPLEMENT CLOSET

0 comments:

Post a Comment