Wednesday 17 September 2014

SIAPA SAYA?

Assalamualaikum..

Arini nak cerita sikit tentang diri saya..alahai mcm selebriti la pulak.

1. SAYA SEORANG IBU

Saya ibu kepada 2 orang cahaya mata, Aaira Nabila 4y dan Aaron Malique 2m. Telah mendirikan rumah tangga hampir 5 tahun.

2. SAYA SEORANG GURU

Ini adalah tanggungjawab hakiki saya selain seorang ibu dan isteri. Tahun ni dah masuk 6 tahun saya menjadi pendidik. Seorang guru lepasan KPLI PEMULIHAN KHAS. Opsyen saya adalah mengajar kelas pemulihan khas. " pelanggan" saya adalah murid- murid lemah yang masih belum menguasai 3 kemahiran penting iaitu membaca, menulis dan mengira. Ada juga dikalangan murid saya yang mengalami masalah pembelajaran seperti DISLEKSIA, AUTISME DAN HYPERAKTIF.

3. SAYA MAK ANDAM!

Haa.. ini adalag salah satu pekerjaan saya tapi bukanlah sepenuh masa. Saya mempunyai sebuah butik pengantin, Jari Manis Bridal. Saya memang suka dengan kerja kawen ni so saya decide buat bisnes ni secara kecil - kecilan. ALHAMDULILLAH, saya set up semuanya semasa majlis perkahwinan saya. Saya juga menyediakan perkhidmatan buaian berendoi. Ni tengah plan untuk majlis berendoi anak teruna pula.

4. SAYA SEORANG DUTA

Ini salah satu kerja sambilan saya yang memberi saya pendapatan sampingan. JADI DUTA!!. Duta produk SHAKLEE.. setelah jatuh cinta dengan produk shaklee tahun lepas, saya pun join keahlian shaklee dan cuba slow - slow buat bisnes ni..sambil berkongsi kebaikan produk shaklee sambil tu boleh jana pendapatan..sapa tak nak kan?? Kemana mana saya pergi saya akan bawa semua vitamin yang saya consume. Di sekolah kawan - kawan pun akan cari saya bila perlukan produk shaklee..SO, SAYA NI DUTA lah kan?

Itu saja tentang diri saya. Jika perlukan perkhidmatan buaian berendoi, perkahwinan, nak tau pasal murid pemulihan, cara pengajaran dan pembelajaran di kelas saya atau nk tau tentang produk shaklee, jangan segan boleh hubungi saya di talian seperti di bawah..bye

JULIYA  0192648694
FB: JULIYA BAHAROM
FB PAGE: MY SUPPLEMENT CLOSET
               : JARI MANIS BRIDAL

Hasil keras tangan saya.

Sertai saya di Amazing Club
Family kecil ku

2 comments: