Wednesday 17 September 2014

Resepi Spagetti Aglio Olio

Assalamualaikum...

Haaa..arini nak share sikit resepi spagetti aglio olio versi saya.. anak sulung saya suka sangat spagetti ni.
Mak saya pun suka sebab ianya tak lah kebaratan sangat kan.

BAHAN - BAHAN

1. Sekampit spagetti
2. Lada bulat @ lada benggala (dadu)
3. Udang
4. Crab stick
5. Cili flakes
6. Cheese powder
7. Carrot
8. Cendawan butang
9. Brokoli
10. Garam
11. Olive oil
12. Bawang holland (dadu)

CARA - CARANYA

1. Rebus spagetti hingga lembut. Boleh rujuk cara merebus pada plastik pembungkus ye.

2. Panaskan olive oil dalam 3-4 sudu besar. Kemudian masukkan bawang holland dan tumis sekejap je. Kemudian masukkan carrot.

3. Kemudian masukkan cili flakes. ( ikut suka kalau nak pedas letak la banyak - banyak)

4. Masukkan cendawan, lada benggala, udang, crab stick dan brokoli. Agak - agak dah masak boleh masukkan garam dan perasa kalau suka.

5. Masukkan spagetti yang dah direbus tadi..kalau kering sgt boleh tambah sikit olive oil dan sedikit air. Gaul hingga rata.

6. Akhir sekali masukkan cheese powder. Saya suka letak cheese powder banyak - banyak.

7. Hidangkan spagetti comey - comey dan tabur lagi cheese powder.

8. Sedia untuk di makan..sila lah cuba resepi saya yang biasa - biasa je ni.

Spagetti Aglio Olio ku...

0 comments:

Post a Comment