Wednesday 26 August 2015

Pengalaman Demam Semasa Berpantang

As salam..

Aaron Malique dah genap 1y2m rupanya.sekejap je masa berlalu. Dok main dengan Aaron, teringat pulak tragedi yg tak dapat dilupakan masa berpantangkan Aaron. Demam @ orang lama panggil bentan. Bentan!! Jangan buat main.

                Berpantang Sendiri

Huhu masuk je hari yg ke 21, saya dah balik ke rumah sendiri. Nak berpantang sendiri lah katakan. Tapi sebenarnya mak ada je waktu pagi, malam je mak dah balik rumah sebab rumah sewa saya sebelah dengan kedai sarapan pagi mak saya je.

Masa tu dah rasa okey, so balik lah rumah sendiri. Tinggal rumah 3 minggu tu, rumah saya dah kena pecah masuk. Hilang laptop ku 2 buah. DUGAAN.

Ok lah..pengalaman pantang sendiri, saya pun tak buat kerja berat. Petang-petang dok lipat kain je. Yang lain semua bibik mak tolong uruskan. Bab makan, saya masih berpantang,bertungku dan berbarut.

              Demam Menggigil

Tiba hari berpantang ke 44, rasa nk merdeka dah kononnya, saya pun dok kemas laman rumah, cuci stroller Aaira yg akan diwarisikan kepada Aaron dan MENYAPU!!! Oh no! Mak memang dah larang tak boleh menyapu waktu berpantang nanti bentan.

Setengah jam selesai mengemas, tiba - tiba badan sy menggigil dan sejuk. Aduh kenapa pulak ni? Saya ingatkan sebab bengkak susu. Saya takut nk bagitau mak. Cepat - cepat saya buat cara-cara nak redakan bengkak susu. Boleh rujuk kat entry saya tentang tips bengkak susu.

Tapi saya dapat rasakan ianya bukan disebabkan bengkak susu. Terus saya panggil mak. Terus kena ceramah dengan mak n mak sedara . Orang lama ni memang takut kalau demam masa berpantang..

Ok nanti sambung lagi tentang apa yang saya buat bagi meredakan demam menggigil yg memang super duper teruk tu. Aaron is calling.

Bersama bff ku, emy yang datang melawat semasa dalam pantang

0 comments:

Post a Comment