Wednesday, 17 September 2014

Resepi Spagetti Aglio Olio

Assalamualaikum...

Haaa..arini nak share sikit resepi spagetti aglio olio versi saya.. anak sulung saya suka sangat spagetti ni.
Mak saya pun suka sebab ianya tak lah kebaratan sangat kan.

BAHAN - BAHAN

1. Sekampit spagetti
2. Lada bulat @ lada benggala (dadu)
3. Udang
4. Crab stick
5. Cili flakes
6. Cheese powder
7. Carrot
8. Cendawan butang
9. Brokoli
10. Garam
11. Olive oil
12. Bawang holland (dadu)

CARA - CARANYA

1. Rebus spagetti hingga lembut. Boleh rujuk cara merebus pada plastik pembungkus ye.

2. Panaskan olive oil dalam 3-4 sudu besar. Kemudian masukkan bawang holland dan tumis sekejap je. Kemudian masukkan carrot.

3. Kemudian masukkan cili flakes. ( ikut suka kalau nak pedas letak la banyak - banyak)

4. Masukkan cendawan, lada benggala, udang, crab stick dan brokoli. Agak - agak dah masak boleh masukkan garam dan perasa kalau suka.

5. Masukkan spagetti yang dah direbus tadi..kalau kering sgt boleh tambah sikit olive oil dan sedikit air. Gaul hingga rata.

6. Akhir sekali masukkan cheese powder. Saya suka letak cheese powder banyak - banyak.

7. Hidangkan spagetti comey - comey dan tabur lagi cheese powder.

8. Sedia untuk di makan..sila lah cuba resepi saya yang biasa - biasa je ni.

Spagetti Aglio Olio ku...

SIAPA SAYA?

Assalamualaikum..

Arini nak cerita sikit tentang diri saya..alahai mcm selebriti la pulak.

1. SAYA SEORANG IBU

Saya ibu kepada 2 orang cahaya mata, Aaira Nabila 4y dan Aaron Malique 2m. Telah mendirikan rumah tangga hampir 5 tahun.

2. SAYA SEORANG GURU

Ini adalah tanggungjawab hakiki saya selain seorang ibu dan isteri. Tahun ni dah masuk 6 tahun saya menjadi pendidik. Seorang guru lepasan KPLI PEMULIHAN KHAS. Opsyen saya adalah mengajar kelas pemulihan khas. " pelanggan" saya adalah murid- murid lemah yang masih belum menguasai 3 kemahiran penting iaitu membaca, menulis dan mengira. Ada juga dikalangan murid saya yang mengalami masalah pembelajaran seperti DISLEKSIA, AUTISME DAN HYPERAKTIF.

3. SAYA MAK ANDAM!

Haa.. ini adalag salah satu pekerjaan saya tapi bukanlah sepenuh masa. Saya mempunyai sebuah butik pengantin, Jari Manis Bridal. Saya memang suka dengan kerja kawen ni so saya decide buat bisnes ni secara kecil - kecilan. ALHAMDULILLAH, saya set up semuanya semasa majlis perkahwinan saya. Saya juga menyediakan perkhidmatan buaian berendoi. Ni tengah plan untuk majlis berendoi anak teruna pula.

4. SAYA SEORANG DUTA

Ini salah satu kerja sambilan saya yang memberi saya pendapatan sampingan. JADI DUTA!!. Duta produk SHAKLEE.. setelah jatuh cinta dengan produk shaklee tahun lepas, saya pun join keahlian shaklee dan cuba slow - slow buat bisnes ni..sambil berkongsi kebaikan produk shaklee sambil tu boleh jana pendapatan..sapa tak nak kan?? Kemana mana saya pergi saya akan bawa semua vitamin yang saya consume. Di sekolah kawan - kawan pun akan cari saya bila perlukan produk shaklee..SO, SAYA NI DUTA lah kan?

Itu saja tentang diri saya. Jika perlukan perkhidmatan buaian berendoi, perkahwinan, nak tau pasal murid pemulihan, cara pengajaran dan pembelajaran di kelas saya atau nk tau tentang produk shaklee, jangan segan boleh hubungi saya di talian seperti di bawah..bye

JULIYA  0192648694
FB: JULIYA BAHAROM
FB PAGE: MY SUPPLEMENT CLOSET
               : JARI MANIS BRIDAL

Hasil keras tangan saya.

Sertai saya di Amazing Club
Family kecil ku

Monday, 15 September 2014

Murtabak Makasar Best

Assalamualaikum..

Masih lagi berholiday di Kuantan.. kami kalau ke kuantan keje nya food hunting je.

Untuk malam ni kami nak cari diner yang lite je..sebab semalam dh ke Tanjung Lumpur makan seafood. So suamiku ajak makan murtabak makasar.Murtabak Makasar ni famous kat Pekan, Pahang.

Ok kalau korang nak try kebetulan ke Kuantan boleh la try murtabak ni..BEST WOO.. kami stay kat Zenith Hotel so dekat je la.. Gerai nye sempi je tepi jalan kat Jalan Bukit Sekilau. Sebelah je sgn UiTM Kampus Bukit Sekilau.

Nak share sikit harga murtabaknya.

Murtabak biasa rm8
Murtabak special rm9.. dibalut dengan telur berempah.
Murtabak mix rm10.

Ni nak share pic murtabak yang sempat di snap sebelum di ngap..

Monday, 8 September 2014

BERJAYA BERSAMA SHAKLEE

Assalamualaikum,

Pernahkan anda terfikir hanya bermodalkn rm65 dan menjadi ahli shaklee, anda boleh berjaya menjana pendapatan sampingan seberapa banyak yang anda mahu? ANDA TENTUKAN SENDIRI!

Jalan untuk berjaya, tips - tips berharga, kata semangat dan motivasi yg berkesan sudah terhidang di dalam group eksklusif apabila menyertai SHAKLEE. Kita hanya perlu IKUT dan LAKSANAKAN. Tetapi untuk memacu kejayaan itu adalah DIRI KITA SENDIRI dan perlulah ada KEYAKINAN!

1.YAKIN DENGAN PRODUK SHAKLEE

- Shaklee telah melaburkan sebanyakUSD250 juta setiap tahun, 83,000 ujian klinikal bagi memastikan setiap produk nya berkualiti, berkesan dan diyakini seluruh dunia.

- Shaklee juga menghasilkn produknya dari alam semulajadi dan menyokong alam sekitar. Tiada keraguan ke atas setiap produk yang dihasilkan.

- Produk Shaklee diperakui HALAL oleh Islamic Society of America (ISA), dimana ISA adalah badan yang telah diakreditasi oleh Jabatan 

- Shaklee mempunyai barisan saintis yang tersohor.

2. YAKIN DENGAN SISTEM YANG ADIL

 - Yuran keahlian SHAKLEE             sebanyak rm65 adalah SEUMUR HIDUP!. Tiada sponsoring bonus. Ini bermakna SHAKLEE adalah PATUH SYARIAH.


- SHAKLEE bukanlah sebuah sistem piramid. TIADA ISTILAH UPLINE GOYANG KAKI!. Setiap ahli perlu bekerja untuk mendapat reward untuk diri sendiri. Malah ada juga CAR BONUS downline lebih banyak berba ding upline yang lebih lama bertapak. Downline juga boleh memotong rank upline nya, yang penting SIAPA USAHA LEBIH GIGIH!

3. YAKIN ANDA HEBAT

 - Untuk melakar kejayaan, kita mesti YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI bukannya orang lain. Bila keyakinan mula menebal, tiada masalah untuk mencipta kejayaan

- TANGKIS SEGALA CAS -CAS NEGATIF di sekeliling kita. Jangan mudah melatah atau terguris dengan segala ancaman atau sindiran. Ambil ianya sebagai penguat semangat untuk berjaya.

 - Yakin suatu hari kita akan menjadi PRESIDENTIAL MASTER COORDINATOR, rank tertinggi di dalam shaklee dengan income mencecah 6 @ 7 angka!.

- Yakin bahawa kita akan dapat merealisasikan impian kedua ibu bapa kita dengan hasil titik peluh kita sendiri

Untuk melakar kejayaan,  mesti ada MATLAMAT YANG JELAS. Set kan apa matlamat anda, bila anda akan capai dan yang penting, BUKTIKAN anda dapat mencapai matlamat tersebut.

Saya mencari rakan niaga yang BERSEMANGAT dan BERKEYAKINAN untuk membantu manaikkan taraf ekonomi keluarga, membantu ibu bapa, membantu membangunkan ummah dan bermacam lagi MATLAMAT.

INSENTIF ISTIMEWA bakal diberikan kepada yang berjaya bergelar NEW SUPERVISOR pada september 2014. Jangan tunggu lagi kerana kejayaan tidak menunggu kita, kitalah yang mesti mengejarnya.

        HUBUNGI SAYA SEGERA!!!!

Sunday, 7 September 2014

TIPS JIKA BENGKAK SUSU

Assalamualaikum...

Aduh sakitnya kalau bengkak susu melanda ibu - ibu menyusu ni.. apa tu bengkak susu? Adakah susu kita yang keluar tu berketul - ketul?

Bengkak susu tu bermakna ada saluran susu kita yang tersekat dan susu tak boleh mengalir dengan sempurna. Tapi sebenarnya bengkak susu ni petanda baik bagi ibu-ibu. Ini menandakan susu ibu - ibu sangat meriah dan berpotensi menyusukan anak sehingga 2 tahun atau lebih! Boleh rujuk gambarajah di bawah untuk memahami apa itu bengkak susu.

Sambil santai2 di bilik hotel ni saya nak share sikit tips yang ibu - ibu boleh amalkan jika terkena bengkak susu.

1. Tuam dengan air panas

Boleh guna hot water bag atau kain   yg direndam dengan air panas dan tuam di kawasan yg bengkak.. ulang banyak kali insyaallah rasa lega walaupun bengkak lambat hilang.

2. Gosok dengan minyak

Ini memang kaedah yang selalu saya amalkan..sama ada gunakan khidmat mak bidan atau urut sendiri je.. kalau urut sendiri mulakan di bahagian yang bengkak perlahan-lahan secara membulat.kemudian urut dari bahagian bengkak ke arah puting. Saya ni jenis tahan sakit so saya akan urut kuat. Boleh gunakan minyak panas.

3. Mandi air panas

Saya suka cara ni sebab saya akan rasa calm je.. mandi air panas guna shower dan biarkan tujahan air panas tu di bahagian yg bengkak.. ini mungkin dapat bantu susu yang tersumbat tu mengalir dengan betul.

4. Kerap susukan baby

Ini adalah cara semulajadi. Kita kerap menyusukan baby maka hisapan baby tu akan bantu sedikit sebanyak proses pengaliran susu berjalan lancar.. jika ada anak yang lebih besar masih menyusu itu adalah lebih baik kerana kadar hisapan anak tu lebih kuat.

5. Kerap pump susu

Kurang pump susu juga merupakan satu sebab terjadinya bengkak susu..so ibu - ibu kena lah rajin dan konsisten pump susu ye.. tapi jika bengkak susu dan terjadi, pump lah sekerap mana pun susu susah sangat nak keluar.

6. Ambil supplement LECITHIN

Pengambilan lecithin dapat membantu susu yang tersumbat tu mengalir dengan baik. Banyak jenama supplement lecithin di pasaran tapi saya memilih LECITHIN SHAKLEE.

Rasanya itu saja tips yang saya boleh kongsikan dan saya amalkan jika terkena bengkak susu. Alhamdulillah hasilnya tidaklah mendadak tetapi sakit tu dapat dikurangkan insyaallah.

Jika berminat dengan produk shaklee boleh hubungi saya di nombor seperti di bawah.. insyaallah saya boleh kongsikan tips dan sediakan konsultasi secara percuma.

 
JULIYA  0192648694
FB PAGE : MY SUPPLEMENT CLOSET

Thursday, 4 September 2014

BERAT BADAN TURUN 9KG DENGAN SET KURUS SHAKLEE

Terujanya hari ini bila saya di sapa oleh customer melalui private message di facebook. Hampir 6 bulan kami tak berjumpa. Saya pun dh bersalin anak kedua.

Ceritanya, 6 bulan lepas customer saya ni merangkap anak angkat emak saya datang ke rumah.. saya perasan yang badannya semakin berisi. Saya pun tanya kenapa dia nampk semakin gemuk? Dia cakap sejak pindah ke putrajaya, dia sering makan lewat malam. Owhhh patut lah makin gemuk.
Kalau kita makan lewat malam dan tidur, ini lah penyebab kepada masalah kegemukkan..sebabnya kita tak sempat bersenam@jalankn apa-apa aktiviti pembakaran lemak.

Saya pun suggest dia cuba set kurus basic iaitu LECITHIN DAN ALFALFA. Kemudian dia tanya vitamin untuk kulit..saya cuma syorkan ESP.

               Selepas tiga minggu

Selepas 3 minggu, saya hubungi dia untuk dapatkan feedback. Dia beritahu berat badannya tak turun banyak. Hanya 2kg. Tapi katanya kulit muka makin lembut dan kurang berminyak. Rakan ofis pun nampak perubahan positif pada kulit dia. Dia cakap "takpelah turun sikit pun asalakn kulit saya dh makin ok". Customer saya ni LELAKI OK!. kaki pun dh kurang sengal kata dia.

Sebulan kemudian dia oder lecithin. Kemudian sy pm dia di facebook dh tak berjawab! Mungkin sibuk.

                Setelah 6 bulan!

Harini dia PM saya! Katanya berat badan dia dh turun dr 89 ke 80kg. Ermmm 9kg dalam masa 6 bulan?  Lambatnya turun, dalam hati saya.
Dia happy sangat dapat turunkn 9kg dalam masa 6 bulan tanpa control makan dan workout!!

Kalau dia workout mungkin turun 9kg dalam masa 2 bulan. Tapi dia happy sangat sebab masalah sengal dan sakit kaki bila bangun pagi dah tak ada.

Itulah saya bagitau dia, ini hanyalah supplement bukannya ubat kurus!.   Sambil kesihatan badan dapat ditingkatkn, sambil tu dapat juga turunkan berat badan...memang best kan!

Ok bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang ALFALFA, LECITHIN DAN ESP bole hubungi saya. Free consultation akan diberi.

Juliya  0192648694
juliyabaharom@gmail.com

Tuesday, 19 August 2014

BAHAYA SEMBELIT SEMASA BERPANTANG

Alhamdulillah hari ni sy dh berpantang hari yang ke 41. Mummy n baby alhamdulillah sihat sejahtera.
Saya nak kongsi sikit cerita semasa berpantang ni, masalah sembelitlah yang saya paling takut sekali.. semasa berpantang anak pertama, saya gunakan set bersalin nona roguy. Saya gunakan produk utk luaran saja sebab anak saya jaundis. So tak berani nk makan pil n air akar kayu nya. Anak dah betul betul bebas jaundis baru sy mula makan. Mungkin sebab tu saya ada masalah sembelit di awl berpantang.
Berpantang anak yg kedua ni saya amalkn set berpantang shaklee. Set berpantang ni saya ambil sejak awal pregnant sebab ianya set yang sama. Cuma untuk berpantang ni saya tambah alfalfa sebagai milkbooster.
Ok cerita pasal sembelit ni, saya memang tak risau dah sebab kali ni saya ambil OSTEMATRIX dalam set hamil dan berpantang shaklee ni. Memang saya tak ada masalah sembelit dari pregnant lg.. nak di jadikan cerita semasa berpantang hari ke 11 & 12 saya terlupa ambil ostematrix sebelum tidur disebabkn dua hari tu anak saya berjaga malam.saya dok ulik anak sampai sy tertidur dan lupa lah nk telan ostematrix.
         APA YANG TERJADI??
Perkara yang paling ditakuti telah terjadi.. SEMBELIT!!!!
YA ALLAH, siksanya hanya ALLAH yang tahu. Berpantang di rumah mak pulak. Tak ada tandas duduk! Dari pagi sampai ke malam saya tak berjaya membuang.. menangis, meraung dalam toilet. (Tapi control lg raungan tu).
Magrib tu saya ke rumah mak sedara. (Tumpang tandas duduknya) masih tak berjaya..saya jadi takut sgt2.
Malam saya telan ostematrix awl2.. esok pagi bangun perut dh merengat. Bergegas ke tandas dan alhamdulillah semuanya selesai..sakit tak trkira..tahan sakit 3 hari.
Start dari hari tu memang saya takut sgt kalau tak amik ostematrix. Suami pulak jdi reminder.
Kepada ibu berpantang atau sesiapa saja yang ada masalah sukar membuang @ sering sembelit saya suggest ambil OSTEMATRIX insyaallah masalah sembelit selesai.
Juliya  0192648694
Shaklee Independent Distributor