Tuesday, 22 December 2015

Cara Naikkn HB semasa hamil

As salam...

Hb rendah semasa hamil memanglah menakutkan. Yela, kesan buruk banyak tau, kepada ibu itu sendiri dn juga bayi yang dalam kandungan.

                  SAMPEL NAJIS

Semasa mengandungkan Aaron, saya memang agak tertekan lah jugak dengan HB saya ni. Dari awal kandungan hingga mencecah ke 5 bulan HB saya memang drop. Yng paling rendah dah bawah 10. Masa Aaira dulu ok, 11-12 bacaan hb saya.

Adoi apa nak buat ni? Nurse dh bagi saya sampul lab suruh saya serahkan sampel najis. Ishhh apa hal pulak sampai nk bagi najis sendiri kat org..Memang rasa bersalah sangat nk bagi najis ni. Saya merayu sangat kat nurse tu bagi saya masa utk saya naikkn HB saya. Nurse suruh saya makan buh oren banyak2.

     VITALEA, SR VITAMIN C DAN OREN.

Start hari tu saya terus ambik 3biji vitalea shaklee bersama 2biji Sr Vitamin C.Dua Vitamin ni kena ambil serentak untuk bantu penyerapan yag lebih optimum. Minum air banyak, makan buah oren. Dan..... Bila tiba hari check up..... jeng jeng jeng, bacaan hb hakak NAIK tau.. Ulang suara, NAIK! Bacaan naik ke 11.

Rasa nk guling - guling depan nurse sebab gembira dan saya tak perlu serahkan sampel najis! Sejak tu memang hb tak drop dah sampai lah bersalin.

Haa... Kat bawah ni lah VITALEA DAN SR VITAMIN C SHAKLEE yang jadi peneman setia saya hingga bersalin dan berpantang.

Kalau ada yang nk cuba naikkan hb boleh lah tiru cara saya. Hubungi saya untuk free consultation dan tempahan.

Juliya. 0192648694
Fb page : My Supplement Closet

Wednesday, 26 August 2015

Pengalaman Demam Semasa Berpantang

As salam..

Aaron Malique dah genap 1y2m rupanya.sekejap je masa berlalu. Dok main dengan Aaron, teringat pulak tragedi yg tak dapat dilupakan masa berpantangkan Aaron. Demam @ orang lama panggil bentan. Bentan!! Jangan buat main.

                Berpantang Sendiri

Huhu masuk je hari yg ke 21, saya dah balik ke rumah sendiri. Nak berpantang sendiri lah katakan. Tapi sebenarnya mak ada je waktu pagi, malam je mak dah balik rumah sebab rumah sewa saya sebelah dengan kedai sarapan pagi mak saya je.

Masa tu dah rasa okey, so balik lah rumah sendiri. Tinggal rumah 3 minggu tu, rumah saya dah kena pecah masuk. Hilang laptop ku 2 buah. DUGAAN.

Ok lah..pengalaman pantang sendiri, saya pun tak buat kerja berat. Petang-petang dok lipat kain je. Yang lain semua bibik mak tolong uruskan. Bab makan, saya masih berpantang,bertungku dan berbarut.

              Demam Menggigil

Tiba hari berpantang ke 44, rasa nk merdeka dah kononnya, saya pun dok kemas laman rumah, cuci stroller Aaira yg akan diwarisikan kepada Aaron dan MENYAPU!!! Oh no! Mak memang dah larang tak boleh menyapu waktu berpantang nanti bentan.

Setengah jam selesai mengemas, tiba - tiba badan sy menggigil dan sejuk. Aduh kenapa pulak ni? Saya ingatkan sebab bengkak susu. Saya takut nk bagitau mak. Cepat - cepat saya buat cara-cara nak redakan bengkak susu. Boleh rujuk kat entry saya tentang tips bengkak susu.

Tapi saya dapat rasakan ianya bukan disebabkan bengkak susu. Terus saya panggil mak. Terus kena ceramah dengan mak n mak sedara . Orang lama ni memang takut kalau demam masa berpantang..

Ok nanti sambung lagi tentang apa yang saya buat bagi meredakan demam menggigil yg memang super duper teruk tu. Aaron is calling.

Bersama bff ku, emy yang datang melawat semasa dalam pantang

Monday, 24 August 2015

Shaklee Jual Losyen?

As salam....
Sambil tunggu anak murid sampai ke kelas, saya dok belek hadiah dari upline saya, ainul. Dia hadiahkan saya losyen tangan Crabtree&Evelyn. So sekarang ada dua losyen dlm handbag saya.. Satu lagi losyen Shaklee.. Eh Bila pulak Shaklee jual losyen ni?

Hehe...saya sebenarnya pengguna setia Herbal Blend Cream Shaklee. Saya terbiasa dah panggil losyen shaklee. Aaira pun sama tau.

              Losyen Serba Guna.

Losyen shaklee ni memang sy bawak kemana mana. Size yg cinonot sesuai lah dengan harganya yang mesra gitu kan, senang saya bawak. Anak kena gigit nyamuk, cari losyen shaklee.. tumit kaki kasar cari losyen shaklee, kena minyak panas cari losyen shaklee lagi, anak batuk selsema sapu losyen shaklee kat dada... memang serba gunalah. Kalau ada selulit tu boleh la try losyen shaklee ni tau. Kegunaan seisi keluarga.

Thursday, 4 June 2015

Play doh homemade

Assalamualaikum..

Play doh ni memang menjadi kegilaan anak daraku, Aaira Nabila. Dia sanggup mengadap handphone semata - mata nk tengok Youtube tentang play doh ni. uishhh nak beli set - set play doh ni bukan murah - murah jugak. Kebanyakan harga rm50 ke atas.

Yang membuatkan saya terfikir nak buat play doh homemade ni adalah bila setiap kali saya beli , aaira main dan tak simpan betul - betul. So play doh ni akan jadi keras. Membazir sungguh.Sempena cuti sekolah 2 minggu ni saya pun ajak la dia buat play doh. Suka sangat dia.

Ok.. bahan - bahan yang diperlukan senang sangat nak dapat. Tak perlu nak sakit otak memikirnya.

Jom tengok apa bahan - bahannya:

a. 4 cawan tepung gandum
b. 1 cawan air
c. 1 @ 1 1/2 cawan garam halus
d. 2 sudu besar Minyak Ganola (minyak sayur) Saya gunakan Corn oil saje.
e. Pewarna (4 warna)

Cara ~ caranya:

1. Campurkan tepung dan garam dan gaul sebati.
2. Sediakan 4 mangkuk.masukkan 1/4 cawan air ke dalam setiap mangkuk.
3. Kemudian 4~5 titiskan warna ke dalam setiap mangkuk.
4. Kemudian masukkan setengah sudu besar minyak ke dalam setiap mangkuk.
5. Masukkan pula 1 cawan adunan tepung ke dalam setiap mangkuk dan gaul sebati. (Kalau adunan keras titis la sikit air).
6. Uli doh hingga sebati dan lembut.
7. Masukkan setiap doh ke dalam plastik kedap udara@plastik sandwich. (Untuk pastikan tahan lebih lama).
8..kids ready to play!!!

Friday, 9 January 2015

BAGAIMANA MULAKAN PEMAKANAN BAYI 6 BULAN

ASSALAMUALAIKUM..


Lagi 2 minggu, Aaron Malique dh cecah umur 6 bulan dan dh boleh mula makan.. Waa, sekejapnya masa berlalu. Rindu pulak bau harum Aaron masa baru lahir. Best kan bau baby. Bila dah umur anak nak masuk 6 bulan ni sibuklah cari info tentang makanan pertama untuk anak. Semata - mata nak pastikan yang saya tak tersalah langkah dalam memberi makanan pada Aaron. Risau juga dengan isu alergi, tercekik dan sebagainya.



Inilah dompot kesayangan saya.


MENGAPA UMUR 6 BULAN?

Jika kita kerap membaca dan berkongsi maklumat dari ibu - ibu atau mungkin juga info dari doktor, kita hanya dibenarkan memberi solid food pada anak setelah mereka berumur 6 bulan. WHO juga mencadangkan bayi diberi makanan setelah berumur 6 bulan. Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia juga menggalakkan ibu menyusukan anak secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain atau air masak) sehingga bayi mereka berusia 6 bulan. Walaubagaimana pun ramai ibu - ibu yang tidak mengendahkan cadangan dan polisi penyusuan ini atas beberapa sebab:
  • anak sering hisap jari tandanya anak lapar
  • anak kerap menyusu dan menangis 
  • Susu ibu yang tidak mencukupi
  • leceh menyusukan anak
  • Malas nak pump susu dan buat stok.
MALAS....MALAS....MALAS....MALAS....TAK TAU NAK KATA APA DAH. Ok tak nak panjang lebar tentang isu menyusu anak ni.. Sensitip dan sebak! Jom kita cerita tentang pemakanan baby lagi afdal.




MAKANAN PENGENALAN




Hasil galian di google dan juga group ibu - ibu pakar, dapat lah beberapa info tentang maknanan pengenalan untuk baby berumur 6 bulan yang baru nak belajar makan ni. Kita mulakan dengan minggu pertama.

1. PUREE BUAH 
  • Mulakan dengan puree buah - buahan seperti aprikot, pisang, betik, epal atau pear.
  • Lenyekkan atau kisar buah - buahan pilihan ibu - ibu. Bila dah yakin hancur, tambahkan dengan susu ibu dan kacau sebati. 
  • Pastikan puree itu tak terlalu pekat.Cair tak pe mudah untuk baby makan. Senang je nak uji kecairan puree tu. Ambil sesudu puree dan tuangkan. Jika mengalir jatuh, maknanya just nice. Ok lah tu.
  • Jika buah yang ibu - ibu pilih jenis yang keras seperti epal atau pear, boleh lah rebus dulu sebelum dilenyekkan.

2. PUREE SAYURAN
  • Masuk minggu kedua, ibu - ibu boleh perkenalkan puree sayuran pula,
  • Elakkan sayu - sayuran yang bergas seperti brokoli dan kobis atau sayuran pahit seperti peria,
  • Ibu - ibu boleh gunakan kentang, labu atau lobak merah.
  • Caranya sama je dengan puree buah. Basuh, potong, rebus atau stim hingga empuk dan lenyek atau kisar hingga hancur. Jangan lupa tambahkan susu ibu ye. Dan mesti cair.

3. PERHATIAN!!
  • Elak paksa anak habiskan makanan. Kalau 3 sudu je bayi anda makan, cukuplah. Jangan dipaksa. dah namanya makanan pengenalan kan.
  • Elakkan buah - buah citrus seperti epal hijau atau oren yang masam. Boleh mengundang sakit perut pula nanti.
  • Jika ibu - ibu mula boring, boleh buat pure dari campuran beberapa buah - buahan seperti pisang + pear, epal + betik dan sebagainya.
  • Bayi yang berusia 6-7 bulan, elakkan beri makanan potensi alergi seperti kekacang, keju, telur, daging atau makanan laut.
  • Elakkan bahan perasa seperti gula dan garam kerana ginjal bayi masih belum matang dan tidak boleh proses natrium.
  • Elakkan beri puree lobak merah dalam kuantiti yang banyak kerana ianya boleh sebabkan najis bayi keras. Try and error ye ibu -ibu.
  • Makanan seperti bubur dan ikan bilis boleh diberi kepada bayi selepas berusia 7 bulan ke atas.
  • Amalkan "4 day rules" bila mulakan solid food ni. Beri anak anda makan makanan yang sama selama 4 hari untuk kita examine ada tak berlaku masalah penghadaman atau alergi pada bayi kita.
  • Jika bayi alergi, kesannya kita dapat lihat 1/2 jam selepas makan atau paling lama 2-3 hari.
  • Perhatikan juga najis baby..Kalau keras, mungkin puree yang kita sediakan tu terlalu pekat.
  • Bagi masalah kembung atau bergas, jika ianya berlaku selama 4 hari berturut - turut maknanya bayi anda tak serasi lah dengan makanan tersebut. Baik tunggu bayi anda besar barulah berikan makanan jenis tu.


Mengikut para ulamak, 'tahnik' atau belah mulut boleh dibuat menggunakan madu atau kurma

Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakah rutob (tamar muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih awla daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).

Ajarlah anak - anak dari kecil makan makanan yang berkhasiat seperti buah dan sayuran supaya besar nanti mereka tak memilih makanan.  Tapi pastikan anak makan ikut sukatan yang dibenarkan. Nanti obes pula. Kalau dah obes boleh mengundang berbagai penyakit.


Excited pula nak sediakan first solid food untuk Aaron ni. Harap Aaron dapat terima dengan baik. Tunggulah entry tentang reaksi Aaron dan penerimaan dia pulak.

KENAPA RAMAI YANG MAKAN CUKA EPAL

ASSALAMUALAIKUM..

Sekarang ni ramai yang bercerita tentang Cuka epal atau ACV (APPLE CIDER VINEGAR). Ramai yang cakap ACV ni bagus untuk kesihatan. Apa hal pula baik untuk kesihatan?


PENGHASILAN ACV



  • Asal ACV tentulah dari epal ye dak? Ye, memang asalnya dari epal. Tapi macam mana epal boleh jadi cuka? Bila sebut cuka, dah tentu ianya melalui proses perapan kan. Kita boleh hasilkan cuka epal ni sendiri tau.. Yelah, nak beli harganya mahal juga.
  • Tapi hati - hati dengan cuka epal di pasaran sekarang, banyak yang tak asli dan melalui proses - proses yang dah di tokok tambah.
  • Baiklah, jom kita tilik macam mana ianya terhasil.
           1. Membuat Cider Epal Yang Bersih Daripada Epal Yang Cukup Masak (Ranum).
           2. Menukar Semua Gula Buah-Buahan Ini Kepada Alkohol. Ini Dinamakan Fermentasi Ragi                   (Yis).
           3. Menukar Semua Alkohol Kepada Asid Asetik. Ini Dinamakan Fermentasi Asid Asetik.
          4. Pasteurize (Panaskan dan sejukkan) Asid Asetik ini untuk menghalang daripada Fermentasi              berterusan dan menjadi busuk sebelum disimpan dalam botol.


MANFAAT ACV


1. Detox & Kuruskan Badan

  • Detox Atau Dalam Bahasa Mudahnya Keluarkan Toksin Dalam Badan, Oleh Itu Secara Tak Langsung, Membantu Mendapatkan Badan Yang Ideal.
  • Selain Tu Acv (Apple Cider Vinegar)  Ni Mengandungi Lecithin Yang Membantu Meningkatkan Metabolisma Lemak Dan Menukarkan Lemak Menjadi Tenaga (Selain Tu Lecithin Ni Juga Boleh Membantu Menguatkan Memori )
2. Gout & Arthritis
  • Sakit Gout, Arthritis Dan Sakit-Sakit Yang Melibatkan Sendi Dan Sengal-Sengal Badan

3. Tekanan Darah
  • Menstabilkan Tekanan Darah Dengan Me’rileks’kan Atau Merehatkan Salur Darah…. (Ok…Ini Adalah Experience Aku Sendiri La…..Aku Ni Badan Je Besar Tapi Tekanan Darah Rendah….Tapi Bila Dalam Sebulan Camtu Makan Apple Cider Ni, Tekanan Darah Aku Jadik Normal )

4. Diabetes
  • Dikatakan Apple Cider Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah Jika Diambil Selepas Makan Dan Juga Ketika Bangun Dari Tidur Kalau Diambil Sebelum Tidur…

5. Jangkitan, Selsema & Sakit Tekak
  • Dapat Kurangkan Simptom-Simptom Selsema, Sakit Tekak Dan Jangkitan Pada Mana-Mana Bahagian Badan (Contoh : Jangkitan Telinga, Kulit, Tekak, Fungus Etc.Juga Boleh Meredakan Serangan Asma….

6. Kulit
  • Acv Sangat Bagus Untuk Kulit Yang Bermasalah Seperti Eczema Dengan Menyapu Acv Di Tempat Yang Bermasalah….Juga Boleh Merawat Kulit Berjerawat, Tompok Hitam Yang Tak Sekata Pada Kulit Dan Selulit.

7 Badan/Mulut Berbau
  • Dengan Meneutralkan Ph Badan/Mulut Dan Membunuh Kuman/Bakteria Penyebab Bau Busuk Tu….Juga Boleh Untuk Kaki Busuk…

8. Keracunan Makanan
  • Kalau Keracunan Makanan, Minum 1 Sudu Acv Setiap 5 Minit Lepas Detect Yang Korang Keracunan…Juga Boleh Merawat Cirit-Birit Dan Diarrhea (Susah Lawas Atau Dalam Bahasa Mudahnya Susah Nak Berak) Kerana Acv Mengandungi Kadar  Pectin Yang Tinggi Yang Boleh Menyelaputi Dinding Kolon Yang Terengsa.

9. Kolestrol
  • Mengurangkan Paras Kolestrol Dengan Adanya Pectin Yang Merupakan Sejenis Fiber Mudah Larut Dalam Air Dan Juga Asid Amino Yang Dapat Meneutralkan Kolestrol Ldl Yang Teroksida…



LAIN - LAIN KELEBIHAN ACV

1. Merawat Hidung Berdarah
2.  Menguatkan Tulang
3.  Lebam-Lebam Dan Melecur (Bukan Yang Tahap Serius)
4.  Kanser
5.  Kejang Otot (Sangat Bagus Untuk Para Atlet)
6.  Kelemumur
7.  Ruam Lampin
8.  Sistem Pencernaan (Berkait Rapat Dengan Fungsi Detox)
9.  Sakit Kepala Dan Migrain
10.Pedih Hulu Hati
11.Sedu (jangan beri pada bayi @ kanak - kanak)
12.Gigitan/Sengatan Binatang
13.Insomnia Atau Sukar Tidur
14.Senggugut
15.Mabuk Pagi (Morning Sickness)

16.Sun Burns
17.Ulcer
18.Sistem Perkumuhan
19.Boleh Masukkan Dalam Masakan Untuk Ganti Penggunaan Cuka Biasa Atau Lemon, Salad Dressing, Etc.


RUMAH YANG MENYIMPAN CUKA TAK AKAN MENDERITA DARI KEMISKINAN..
DIRIWAYATKAN OLEH UMMU, TARMIZI, BAIHAQI










BAGAIMANA NAK PULIHKAN KULIT TERBAKAR

Assalamualaikum..

Kulit terbakar atau 'sunburn' pasti terjadi jika kulit kita terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu lama. Akibatnya muka mula lah berbelang.. Sebelah sini putih, sebelah sana pulak hitam.. Kulit dah ala -ala "Jepun Sunburn" la pulak. Pada mereka yang selalu terlibat dengan aktiviti luar seperti bersukan, konvoi motosikal dan sebagainya, ini adalah masalah utama yang mereka sering hadapi.


Macam ni lah jadinya kalau berjemur tengah panas dan bercermin mata hitam 

Ada tak cara nk rawat "sunburn" dengan segera? Atau biar masa je menentukan bila sunburn ni akan hilang? Tapi kita akan berasa tak selesalah selagi kulit kita tak kembali ke rupa asal kan.

Saya ada google search dan dengar beberapa petua yang dikongsi oleh orang - orang lama juga. Caranya sangat mudah dan tidak perlu berbelanja besar.


1. BUAH TOMATO?

  • Buah tomato kaya dengan anti oksidan. Maka ianya adalah sangat baik untuk kulit kita. Anti aging lah katakan.
  • Caranya, ambil isi buah tomato dan lenyek @ hancurkan isinya. Terpulanglah nak kisar atau hancur secara manual.
  • Isi yang dah hancur tu boleh pupuk di kulit yang sunburn tu. Tapi hati - hati kerana anda akan rasa perit sikit. Ala, "beauty is pain" so tahan lah sikit.
  • Biarkan kering dan kemudian basuh lah. Boleh bilas dengan air sejuk yang di tambah dengan ais ketul.
  • Boleh juga tambah yogurt dalam tomato yang hancur tu. Yogurt akan membuatkan kulit kita rasa sejuk dan nyaman.


2. LENDIR ALOE VERA?



  • Aloe Vera atau lidah buaya dipercayai dapat merawat pelbagai penyakit termasuk penyakit kulit. Kandungannya yang terdiri daripada 96% air menjadi agen utama dapat membekalkan air kepada kulit yang luka memberi kelembapan sepanjang masa. Ini akan membuatkan tisu kulit yang luka akan mudah sembuh.
  • Iskandar Zulkarnain pula dikatakan terpaksa menakluk sebuah pulau semata-mata untuk mendapatkan tanaman ini bagi merawati tentera-tenteranya yang cedera. Begitulah legenda daun lidah buaya yang didakwa mempunyai kuasa menyembuhkan berbagai jenis penyakit yang dikatakan telah digunakan sejak 3500 tahun yang lalu.
  • Cara merawat kulit sunburn ni senang je.. Belah daun lidah buaya ni, kemudian ambil lendirnya. Boleh picit atau kukut dengan sudu. Boleh kisar bersama air dan sapu pada kulit. Buat macam masker tu. 
  • Boleh juga campur lendir aloe vera bersama tepung ubi. Ia akan menambahkan kenyamanan pada kulit.

3. CUKA EPAL?



  • Cuka Adalah Kemudahan Bagi Manusia" Diriwayatkan Oleh Muslim "Allah Telah Meletakkan Berkat Dalam Cuka, Ia Digunakan Oleh Para Nabi Sebelum Aku", Diriwayatkan Oleh Aisyah, Muslim Dan Ibnu Maja
  • Cuka epal dapat merawat masalah seperti ekzema, tona kulit tak sekata dan juga jerawat, tompok hitam dan masalah kulit yang lain.
  • Bagaimana nak hilangkan sunburn guna cuka epal? Senang sangat...hanya sapu cuka epal pada kulit yang terjejas. Cara bancuhannya ialah 1 sudu cuka dengan 3 sudu air bersih. 1:3.


4. SUSU?



  • Susu dapat mengurangkan iritasi pada kulit. So untuk hilangkan sunburn, boleh gunakan susu dan buat masker
  • Caranya, susu dicampur dengan sedit tepung jagung supaya jadi pekat.. Sapukan pada kulit yang sunburn tu..Biar kering.Kemudian bilas dengan air bersih.
  • Untuk extra cantik, boleh juga campur dengan sebiji Vitamin E. Saya suka gunakan Vitamin E sebab ianya berbentuk kapsul. Gunting sikit hujung kapsul dan picit la minyak vitamin E tu keluar.
  • Kepada pengguna Energizing Soy Protien atau nama famousnya ESP Shaklee, boleh juga tambah sesudu kecil ESP dalam campuran susu dan vitamin E tadi dan buat masker.

Rasanya itu saja petua yang kita boleh amalkan untuk hilangkan sunburn. Sebenarnya ada lgi petua yang lain seperti tambahkan madu dalam susu, sapukan putih telur pada kulit, gunakan timun atau ubi kentang. Pokok pangkalnya kalau kita rajin buat dan yakin INSYAALLAH menjadi. Kalau malas, tak tau nak kata lah macam mana.


SELAMAT MENCUBA!!