Monday, 27 October 2014

Apa itu Autisme

Assalamualaikum..

Harini terpanggil nk share tentang salah satu masalah pembelajaran yang sesetengah kanak-kanak hadapi iaitu AUSTIME.

                  MAKNA AUTISME

AUSTISME asalnya dicedok dari perkataan 'greek' iaitu AUTOS yang membawa makna sendiri. Maka dengan itu autisme membawa maksud hidup dalam dunia sendiri.. so, kita dah boleh gambarkan keadaan kanak - kanak autisme ni macam mana kan.

Austime ini adalah ketidakupayaan yang berlaku dari segi mental. Ini kerana otak nya gagal berfungsi dengan baik. Tapi JANGAN sesekali kita gelarkan anak syurga ini pesakit mental ya. Ia juga boleh berlaku serentak dengan gangguan mental.

Autisme ini terjadi tanpa mengenal bangsa, agama, status atau etnik. Kebarangkalian ianya terjadi kepada kanak- kanak lelaki adalah empat kali lebih tinggi dari kanak - kanak perempuan.

            CIRI - CIRI AUTISME

Ibu bapa perlu tahu dan ambil berat tentang anak mereka. Ini kerana ciri - ciri autisme dapat dikesan seawal anak-anak berusia 3 tahun. Kanak - kanak ini bermasalah dalam memnina hubungan sosial dan emosi dengan orang sekeliling. Mereka suka memencil diri dan tidak faham dengan kehidupan mereka dan apa yang merek lihat.

Antara ciri-ciri autisme:
1. Kurang @ tiada eye contact
2. Suka memencil diri @ tak suka berkawan.
3. Tiada ekspresi muka
4. Tidak berkongsi minat @ kegembiraan dengan orang lain.
5. Lewat @ tiada perkembangan bahasa
6. Suka terhadap sesuatu bahagian pada objek.
7. Suka mengamuk jika hajat tak dipenuhi.
8. Suka mengulang perkataan - perkataan yang tertentu.
9. Tidak suka jika kegiatan rutinnya diubah.
10. Kurang bermain dengan permainan bervariasi.

              PERANAN IBU BAPA

Jika ibu/bapa mengesan terdapat ciri - ciri seperti di atas pada anak- anak anda, silalah rujuk anak anda ke hospital untuk dapatkan khidmat nasihat dan rawatan.

Masalah ini tidak dapat diatasi dengan ubat - ubatan. Sebaliknya terdapat beberapa terapi yang boleh membantu anak - anak istimewa ini. Antaranya adalah terapi cara kerja,terapi pertuturan dan ' Applied Behavioural Analysis Therapy. Ibu bapa perlu peka terhadap program - program yang boleh membantu anak - anak istimewa ini. Dengan menyertai program - program ini, mungkin perubahan positif dapat dilihat di masa akan datang.

Ok itu saja perkongsian saya buat masa ini.. untuk next entry nanti saya share pula tentang apa itu HIGH FUNCTION AUTISME.


Ada juga saranan supplement untuk mengurangkan tingkah laku negatif anak -anak autise ini.

Ingin mengetahuinya? Boleh hubungi saya di talian yang tertera dibawah.


Juliya  0192648694
Fb: Juliya Baharom
Fb page: My Supplement Closet

Saturday, 27 September 2014

Kenapa SHAKLEE???

Assalamualaikum..

Asik - asik shaklee. Tak de benda lain ke ko nak cerita? Tak de vitamin lain ke yang ko nak jual? Kenapa shaklee?

Awak ni dah kenapa? Apa salah saya? Apa salah shaklee? Kenapa marah sangat?

Tak de la, aku buka fb ramai nya yang jual shaklee, kat opis aku pun ramai kawan-kawan jual shaklee.

Hah, bagus lah. Ni menunjukkan shaklee tu mendapat tempat di hati orang ramai. Dapat kepercayaan orang ramai. Jadi pilihan orang ramai.

Benda baik dah tentu kita nak kongsikan dengan orang sekeliling kita kan. Macam saya ni, ambil ostematrix masa berpantang, alhamdulillah dapat atasi masalah sembelit. Susu badan untuk anak saya pun alhamdulillah meriah. Dah bagi kesan positif pada saya, tak kan saya nk kunci mulut saya ni dari share kebaikan yang saya dapat dengan orang sekeliling saya?

               TAK TAKUT MATI!

Saya ni dah 4 kali bercuti di Bandung. Suka sangat sebab boleh shopping. Kalau pergi ke bandung pergilah ke Pasar Baru. Di tingkat berapa ntah saya pun tak ingat, banyak toko-toko yang menjual produk pelangsingan, produk kecantikan, ubat kuat pun ada. Masa saya pergi ke sebuah toko, owner nya offer saya beli produknya, bawa balik malaysia dan letak lah jenama sendiri. Ishhhh macam tu ke? Kata pemandu pelancong saya, " buk, ramai yang ke mara borong bawa pulang dan bikin jenama sendiri".. OMG OMG. takutnya saya dengar. Tak buat kajian terhadap produk tu secara terperinci tapi berani juga jual dan letak jenama sendiri pula! Tak takut mati ke?

     SHAKLEE BAGUS SANGAT KE?

Memang bagus! Kalau tak bagus tak adalah yang berjaya hamil lepas consume set kesuburan.

Memang bagus! Kalau tak bagus, tak adalah yang berjaya kurus dengan set kurus shaklee.

Sebab bagus la bersepah - sepah orang jual shaklee dan up status tentang kebaikan shaklee.

            SHAKLEE SELAMAT?

DAH TENTU LAH SELAMAT!.  Shaklee menjalankan lebih dari 83,000 ujian kualiti setiap tahun ke atas produknya.

Shaklee juga menjalankan lebih dari 350 ujian ke atas bahan - bahan botani yang baru.

Produknya juga sentiasa memberi kesan positif kepada kesihatan kerana ianya paling tulen dan dan tiada bahan terlarang..Boleh GOOGLE ye.

               UKHWAH TERJALIN

Yang ni paling best! Jumpa dan kenal ramai orang - orang positif dalam business ni.

Saya ada Group wassup Geng 3 Pagi. Geng apa ni? Ha, ni lah geng - geng leader hebat yang akan kejut satu sama lain untuk bangun solat tahajjud! Menarik kan. Sebelum ni liat nk bangun tahajjud.

Leader-leader hebat ni lah juga yang akan update ajak solat dhuha, remind each other sentiasa zikir, sedekah dan bagi kata - kata semangat. Yang ni saya paling suka!

Disebabkan semua di atas ni lah yang membuatkan saya tak pikir panjang untuk join shaklee.. sebab banyak kesan positif berlaku ke atas diri saya sendiri.

Ok tu je saya nk share..kalau ada yang nk alami kesan positif mcm saya alami boleh hubungi saya..kita berbual dengan lebih mesra ya. Kita cuba dulu baru kita tau hasilnya. TAK CUBA TAK TAHU

Juliya Baharom
0192648694
Shaklee Independent Distributor

Wednesday, 24 September 2014

Selfie or Selfish???

Assalamualaikum.

Term 'selfie' sangat - sangat famous amos sekarang ye. Mula - mula saya pelik jugak tiba - tiba ramai sangat yang update status kt fb berselfie.

Boleh baca di sini untuk makna selfie . Bila duduk lepak dengan member - member tapi dok sibuk berselfie, mula la mencerminkan kita ni selfish pulak kan..yela member ajak berborak kita sibuk dengan diri sendiri kan.

Ada juga keburukan dari tabiat berselfie ni kan. Boleh rujuk di sini kalau nak tahu akibat buruk berselfie yang melampau.

Saya ni pulak jenis yang kurang bergambar memang dari kecil lagi.. agaknya sebab masa kecil saya memang kurang koleksi bergambar.

Bagi saya, tak salah berselfie tapi biarlah bertempat. Jangan la sampai dok dalam jamban pun nak berselfie kan.

Hehe..sekadar gurauan


Saturday, 20 September 2014

D.I.Y Cosmetic Box

Asaalamualaikum..

Okey untuk cabaran 30 hari blogging, harini saya nak share cara saya susun barangan penjagaan diri dan juga barang kosmetik sy.

Saya beli DIY wooden cosmetic box dari kawan saya di fb. Mula - mula ingatkan ringan dan biasa - biasa je tapi bila dah dapat, waaa dah namanya wooden memang agak berat dan kukuh! Nanti tengok gambar nya kat bawah ye.

Simple je, kita pasang sendiri je. Tapi saya seperti biasa akan suruh suami lah yang pasang sebab saya pandai beli je..hehe

Barang - barang lebih tersusun.

- ada 2 drawer yang mana saya suka sangat sebab saya boleh gunakan untuk letak aksesori spt rantai, cincin, brooch, gelang dan lain - lain.

- sebelum ni barang - barang terabur dan letak merata. Brooch ada je dalam handbag lah, dalam purse lah. Sekarang ni kita sumbat je dalam box ni.

Beli kat mana??

- DIY box ni saya beli dari kawan saya di fb.. pada yang berminat boleh le fb kawan saya Norishah Jaafar Full. Harga pun murah je, sesuai dengan kualitinya..

Sekian.

Wednesday, 17 September 2014

Resepi Spagetti Aglio Olio

Assalamualaikum...

Haaa..arini nak share sikit resepi spagetti aglio olio versi saya.. anak sulung saya suka sangat spagetti ni.
Mak saya pun suka sebab ianya tak lah kebaratan sangat kan.

BAHAN - BAHAN

1. Sekampit spagetti
2. Lada bulat @ lada benggala (dadu)
3. Udang
4. Crab stick
5. Cili flakes
6. Cheese powder
7. Carrot
8. Cendawan butang
9. Brokoli
10. Garam
11. Olive oil
12. Bawang holland (dadu)

CARA - CARANYA

1. Rebus spagetti hingga lembut. Boleh rujuk cara merebus pada plastik pembungkus ye.

2. Panaskan olive oil dalam 3-4 sudu besar. Kemudian masukkan bawang holland dan tumis sekejap je. Kemudian masukkan carrot.

3. Kemudian masukkan cili flakes. ( ikut suka kalau nak pedas letak la banyak - banyak)

4. Masukkan cendawan, lada benggala, udang, crab stick dan brokoli. Agak - agak dah masak boleh masukkan garam dan perasa kalau suka.

5. Masukkan spagetti yang dah direbus tadi..kalau kering sgt boleh tambah sikit olive oil dan sedikit air. Gaul hingga rata.

6. Akhir sekali masukkan cheese powder. Saya suka letak cheese powder banyak - banyak.

7. Hidangkan spagetti comey - comey dan tabur lagi cheese powder.

8. Sedia untuk di makan..sila lah cuba resepi saya yang biasa - biasa je ni.

Spagetti Aglio Olio ku...

SIAPA SAYA?

Assalamualaikum..

Arini nak cerita sikit tentang diri saya..alahai mcm selebriti la pulak.

1. SAYA SEORANG IBU

Saya ibu kepada 2 orang cahaya mata, Aaira Nabila 4y dan Aaron Malique 2m. Telah mendirikan rumah tangga hampir 5 tahun.

2. SAYA SEORANG GURU

Ini adalah tanggungjawab hakiki saya selain seorang ibu dan isteri. Tahun ni dah masuk 6 tahun saya menjadi pendidik. Seorang guru lepasan KPLI PEMULIHAN KHAS. Opsyen saya adalah mengajar kelas pemulihan khas. " pelanggan" saya adalah murid- murid lemah yang masih belum menguasai 3 kemahiran penting iaitu membaca, menulis dan mengira. Ada juga dikalangan murid saya yang mengalami masalah pembelajaran seperti DISLEKSIA, AUTISME DAN HYPERAKTIF.

3. SAYA MAK ANDAM!

Haa.. ini adalag salah satu pekerjaan saya tapi bukanlah sepenuh masa. Saya mempunyai sebuah butik pengantin, Jari Manis Bridal. Saya memang suka dengan kerja kawen ni so saya decide buat bisnes ni secara kecil - kecilan. ALHAMDULILLAH, saya set up semuanya semasa majlis perkahwinan saya. Saya juga menyediakan perkhidmatan buaian berendoi. Ni tengah plan untuk majlis berendoi anak teruna pula.

4. SAYA SEORANG DUTA

Ini salah satu kerja sambilan saya yang memberi saya pendapatan sampingan. JADI DUTA!!. Duta produk SHAKLEE.. setelah jatuh cinta dengan produk shaklee tahun lepas, saya pun join keahlian shaklee dan cuba slow - slow buat bisnes ni..sambil berkongsi kebaikan produk shaklee sambil tu boleh jana pendapatan..sapa tak nak kan?? Kemana mana saya pergi saya akan bawa semua vitamin yang saya consume. Di sekolah kawan - kawan pun akan cari saya bila perlukan produk shaklee..SO, SAYA NI DUTA lah kan?

Itu saja tentang diri saya. Jika perlukan perkhidmatan buaian berendoi, perkahwinan, nak tau pasal murid pemulihan, cara pengajaran dan pembelajaran di kelas saya atau nk tau tentang produk shaklee, jangan segan boleh hubungi saya di talian seperti di bawah..bye

JULIYA  0192648694
FB: JULIYA BAHAROM
FB PAGE: MY SUPPLEMENT CLOSET
               : JARI MANIS BRIDAL

Hasil keras tangan saya.

Sertai saya di Amazing Club
Family kecil ku

Monday, 15 September 2014

Murtabak Makasar Best

Assalamualaikum..

Masih lagi berholiday di Kuantan.. kami kalau ke kuantan keje nya food hunting je.

Untuk malam ni kami nak cari diner yang lite je..sebab semalam dh ke Tanjung Lumpur makan seafood. So suamiku ajak makan murtabak makasar.Murtabak Makasar ni famous kat Pekan, Pahang.

Ok kalau korang nak try kebetulan ke Kuantan boleh la try murtabak ni..BEST WOO.. kami stay kat Zenith Hotel so dekat je la.. Gerai nye sempi je tepi jalan kat Jalan Bukit Sekilau. Sebelah je sgn UiTM Kampus Bukit Sekilau.

Nak share sikit harga murtabaknya.

Murtabak biasa rm8
Murtabak special rm9.. dibalut dengan telur berempah.
Murtabak mix rm10.

Ni nak share pic murtabak yang sempat di snap sebelum di ngap..