Tuesday, 7 February 2017

Atasi Buasir semasa berpantang

Buasir @ hemorrhoid  selepas melahirkan anak

Masalah buasir semasa berpantang adalah satu mimpi ngeri bagi setiap wanita. Alami sakit  akibat koyakan semasa bersalin dan kemudian dijahit di tambah pula dengan masalah buasir yg datang memang bertambah rasa sakit.

Buasir terjadi apabila saluran darah di bajagiam dubur mengembang dan membengkak.

Buasir terjadi di kalangan, ibu hamil, juga kepada ibu berpantang disebabkan banyak faktor antaranya:

1.kurang pengambilan makanan tinggi fiber seperti epal, roti gandum penuh, almond, barli dll.
2. Silap teknik meneran semasa bersalin
3. Mengalami sembelit keterlaluan
4. Duduk @ mencangkung terlalu lama di dalam tandas menyebabkan berlaku tekanan di bahagian rektum dam dubur.
5. Kurang minum air masak

Pengambilan supplement seperti vivix mampu meredakan masalah sistem penghadaman dan pencernaan yang tidak teratur, menguatkan otot2 dalaman dan juga mengurangkan kesakitan (anti radang)

Ostematrix pula membantu meredakan masalah sembelit semasa berpantang

Zinc complex membantu menredakan masalah luka dalaman

Omega Guard bertindak sebagai anti radang dan mengecutkan otot2 yang bengkak.

Untuk keterangan lanjut hubungi saya:
Juliya 0192648694

#projekvivix
#projekvivixcikguJu
#vivixeffects
#setberpantangshaklee
#shakleepahang
#pengedarshakleebentong
#pengedarshakleeraub
#pengedarshakleetemerloh
#pengedarshakleejerantut

Monday, 6 February 2017

Pantang Larang Pesakit Kanser

PEMAKANAN PESAKIT KANSER

Pesakit yang disahkan kanser perlu ambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kanser tidak membesar dan merebak ke tempat lain.
Ini termasuk lah memastikan pemakanan pesakit kanser adalah sihat dan berkhasiat.

JENIS MAKANAN PANTANG UNTUK PESAKIT KANSER.

Makanan berikut adalah pantang untuk pesakit kanser kerana ia berpotensi besar untuk merebakkan dan membantu tumbesaran sel kanser yang memang sedia ganas.

1. MAKANAN YANG TINGGI GLUKOS DAN KARBOHIDRAT

Ini kerana gula dan MSG dalam karbohidrat menggalakkan tumbesaran sel kanser.
Makanan seperti nasi putih boleh digantikan dengan makanan organik seperti nasi perang. Sebaiknya pilih makanan yg tinggi kadar antioksidant dan mengandungi vitamin A, Vivix dan Carotomax Shaklee sangat tinggi antioksidan dan mengandungi Vitamin A

2. MAKANAN YANG BERASID

Makanan yang berasid termasuklah gula, belacan, tapai, berjeruk, bahan pengawet dan daging yang di proses seperti sosej dan hotdog.
Pesakit kanser perlu memastikan banyak makan protein dan sayur-sayuran untuk memastikan tahap darah tidak berasid.
Pesakit kanser juga boleh amalkan pengambilan Alfalfa Shaklee untuk memastikan darah kurang tahap keasidan.

3. MAKANAN BERLEMAK

Kurangkan makanan yang berlemak bergoreng dan dibakar atas api.
Pesakit juga disarankan untuk mengamalkan pengambilan minyak ikan Omega Guard yang mengandungi Omega-3 yang membantu mengelakkan pertumbuhan sel kanser.

Elakkan makanan BERGORENG
Makanan pesakit kanser harus sentiasa organik dan elakkan makanan yang diproses, seperti contoh, makanan dalam tin atau dalam kotak.

Makanan Yang di BAKAR di Atas Api seperti Sate, Ikan Bakar, Ayam Panggang perlu dielakkan oleh pesakit kanser (kerana penghasilan asap akan membentuk karbon pada permukaan makanan dan karbon ini bersifat karsinogen yang boleh membentuk sel kanser lebih agresif)

4. PRODUK MINUMAN DALAM TIN

Minuman Berkarbonat /Bergas yang mempunyai perisa buatan, pemanis buatan, Bahan Pengawet, Pewarna Tiruan Dan Lain-Lain Bahan Tambahan Kimia.

**Semakin tinggi kadar antioksidant makanan yg di ambil semakin bagus utk Pesakit Kanser agar menidurkan Kanser dan mengelakkannya dr membesar dan merebak

Oleh itu pemakanan yang sihat wajib diambil bagi memastikan sel kanser tidak  bercambah dengan lebih aktif. Ramai yang berjaya bebas dari kanser dengan mengamalkan pemakanan dan cara hidup yang sihat.

Rangkaian produk kesihatan dari shaklee terdiri daripada makanan tambahan yang telah dikaji secara terperinci, melalui Landmark Study dari pihak ketiga iaitu bukan dr researcher shaklee sendiri dan dihasilkan dari bahan semulajadi yang tinggi antioksidan seperti VIVIX, VITAMIN E,SR VITAMIN C dan banyak lagi.

Jaga pemakanan dan gaya hidup InsyaAllah sistem pertahanan badan kita akan menjadi lebih sihat dan dapat menangkis pelbagai virus dan bakteria merbahaya.

Jika perlukan khidmat nasihat dan konsultasi percuma tentang rangkaian produk shaklee boleh hubungi saya seperti talian di bawah.

JULIYA BAHAROM
0192648694
FB PAGE: MY SUPPLEMENT CLOSET

#projekVivix
#projekvivixbycikguJu

Friday, 3 February 2017

Sihatkan Buah Pinggang Tanpa Ubat

Ramai antara kita sentiasa merasakan diri kita sihat dan menjadikan ini sebagai alasan untuk tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Tahukah kita bahawa penyakit kronik tidak menunjukkan apa2 tanda sehingga lah ia menjadi kronik.

Salah satu penyakit kronik yang banyak dilapurkan kini adalah kerosakan buah pinggang yang mana pada akhirnya doctor memilih untuk membuang buah pinggang tersebut.

Tanda2 awal yang memungkinkan anda mempunyai masalah buah pinggang.

1. Tubuh badan mudah letih
2. Mudah penat dan semput apabila melakukan aktiviti lasak
3. Ketidakselesaan atau rasa terbakar apabila membuang air kecil
4. Darah keluar bersama-sama air kecil
5. Perubahan pada kekerapan membuang air kecil
6. Sakit belakang
7. Kerap membuang air kecil terutama pada waktu malam
8. Bengkak pada pergelangan kaki dan mata

Jika anda anda tanda2 di atas, saya nasihatkan cepatlah membuat pemeriksaan kesihatan dan Jika anda memang dah disahkan mengalami masalah buah pinggang, anda terpaksa lalui pelbagai jenis rawatan dan terpaksa mengambil pelbagai jenis ubat.

Yang lebih kronik anda mungkin terpaksa menjalani dialisis seumur hidup.

Jadi, harini saya ingin berkongsi pilihan alternatif kepada pesakit buah pinggang untuk membantu mengatasi masalah mereka iaitu dengan pengambilan VIVIX.

6 Cara Bagaimana Vivix Bantu Pesakit Buah Pinggang.

Bahan aktif dalam vivix yang menjadikan Vivix antioksidan terunggul adalah resveratrol. Mengikut kajian, resveratrol membantu pesakit buah pinggang melalui cara:

🍇 Antioksidan; Mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nephron buah pinggang & mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.

🍇 Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal.

🍇 Mengurangkan pengumpalan platlet pada buah pinggang.

🍇 Mengembangkan salur darah pada buah pinggang.

🍇 Mengurangkan proses lipid peroksida.

🍇 Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang.

Vivix pilihan utama pesakit buah pinggang.

Pengedar Shaklee Anda
JULIYA BAHAROM
0192648694

#projekvivix2017
#pengedarvivixbentong
#pengedarshakleebentong
#pengedarshakleepahang

Thursday, 15 December 2016

Resepi Garlicky Alfrefo Shrimp Baked

Ha... Semangkuk besar ku buat harini ingatkan tak abes rupanya lichinnnnn! 

Ramai pulak yang bertanyakan resepi.  Ok meh sini saya nk share resepi campak-campak siap.

Bahan A

1. Butter 3-4 sudu besar
2. Garlic 5-6 ulas chopped
3. Fresh parsley chopped (kalau tak jumpa beli je lah yg dried jenama meriah dalam packet)
4. Shrimp sebanyak yang korang suka.

Bahan B

1. Butter 5-6 sudu besar
2. Tepung gandum 3-4 sudu besar
3. Fresh milk 1gelas
4. Garam dan perasa
5. 1kiub ayam @ stok ayam
6. Pasta dalam 2cawan direbus ye. (ikut korang lah nk pasta jenis macam mana)
7. Sebiji tomato di dadu
8. Sebiji lada benggala di dadu
9. 1/4 cwn parmesan cheese @ ikut suka
10. 1/4 cwn mozarella cheese @ikut suka
11. 1/4 cwn cheddar cheese @ ikut suka

Cara - cara

(bahan A)

1. Panaskan butter, bila dah cair masukkan garlic, dah naik bau masukkan pulak shrimp dan parsley. Masak dalam 2minit dan ketepikan.

(bahan B)

2. Panaskan butter,  bila dah cair masukkan tepung gandum dan kacau cepat -cepat dan terus masukkan susu segar. Kalau pekat sangat white sos ni korang boleh tambah air @susu lagi.

3. Kemudian masukkan garam, perasa dan kiub ayam. 

4. Masukkan pula tomato dan lada benggala.  Saute sekejap. Terus masukkan shrimp (bahan a) dan masukkan segala cheese yang korang nak guna. Gaul sekejap lepas tu masukkan pasta.  Gaul dan tutup api.

5. Sedia untuk di hidangkan.

* korang boleh guna ketiga tiga jenis cheese tu. Memang terangkat lah. Kalau takde,  guna cheddar pun boleh.  Mozarella tu functionnya nak bagi melekit tertarik tarik gitu.

*sukatan ni pandai -pandai korang lah. Ikut kesukaan korang lah.

*white sos tu sebenarnya korang boleh buat banyak-banyak dan bekukan. Next time korang boleh gunakan utk masak spagetti carbonara ke.

Okey selamat mencuba.  Tapi makanan ni memang menakutkan bagi yang sedang nk menguruskan badan.

Tapi saya tak takut sebab saya telan omega guard sebelum makan lepas makan saya ambil pulak lecithin dan alfalfa.  U ols nak kurus tanpa perlu berlapar?  Cubalah set kurus shaklee.

Kalau berminat dan nak dapatkan free consultation hubungi saya ya.

JULIYA 0192648694
FB PAGE: My Suppelement Closet


Monday, 7 November 2016

Mengapa Anak Sukar Fokus?

Murid-murid sering terlentok, termenung dan hilang fokus semasa berada di dalam kelas. Bila ditanya jawapannya seringkali tidur lewat kerana menonton televisyen, bermain permainan di gadget dan banyak lagi jawapan yang membuatkan cikgu terkedu. Ini boleh menyebabkan mereka kurang fokus semasa belajar.

                           


Hasil survey Cikgu Ju terhadap anak - anak murid, ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan murid kurang fokus:

1. Mengantuk

- menonton televisyen hingga lewat malam, bermain gadget tanpa pemantauan ibubapa mengaibatkan murid tidur lewat dan mengantuk di dalam kelas. Masalah juga kan. 

2. Pemakanan

Kalau boleh, ibu bapa elakkan anak - anak dari bersarapan makanan berat sebelum ke sekolah seperti nasi lemak, bihun goreng, roti canai dan sebagainya. Lagipun makanan tu pun tinggi kalori kan.

3. Kurang bersenam

Biasakan membawa anak beriadah di petang hari. Ini akan membuatkan anak-anak lebih cergas dan bila badan cergas, otak juga akan bertambah cerdas. 

4. Makanan tambahan

Bukan semua ibu bapa merasakan makanan tambahan @ supplement ni penting bagi anak-anak mereka. Pada pemerhatian saya, makanan tambahan perlu bagi menyokong sebarang nutrisi yang kekurangan. Kadang kala ibu bapa perlu lebih teliti dan memilih makanan yang seimbang yang bersesuaian dengan anak-anak

Sekarang ni, jumlah murid obesiti semakin meningkat. Masalah ini jika tidak di bendung akan mengakibatkan maslah kesihatan yang lebih rumit seperti masalah kencing manis, hypertension dan serangan jantung di usia muda

                                                     Set Pintar dan Cerdas

Set pintar dan cerdas dari shaklee ini InsyaAllah dapat membantu anak - anak untuk lebih fokus dan aktif semasa berada di kelas. 

1)Lecithin 

- Mengandungi choline yang sangat perlu untuk otak berfungsi dan meningkatkan daya ingatan. Lecitin meningkatkan bekalan choline dan acethylcholine. Acethylcholine penting untuk fungsi otak

- Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.


2)Shaklee B-Complex 

- Membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, 
- Anti stress (sebagai penenang), 
- Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, 
- Menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan 
- Membantu pelajar berfikiran positif sentiasa(mood baik)
- Jadi, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya penumpuan akan menjadi lebih baik. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.


3)SHAKLEE OmegaGuard

- SHAKLEE OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA,dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan otak dan fungsi2 otak.
- Pemakanan yang berzat dan berkualiti amat penting supaya otak dapat berkembang.


4)SHAKLEE Meal Shake

-Dengan kehidupan aktif anak-anak, mereka kurang mempunyai masa untuk duduk dan menikmati makan dengan sempurna. Oleh yang demikian Shaklee Meal Shake merupakan initiatif yang bagus dalam memastikan kita dapat membekalkan nutrient dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak-anak kita.
- Shaklee Meal Shake ini, membekalkan 19 nutrient dan mineral penting yang perlu untuk tumbesaran anak-anak. Selain itu Shaklee Meal Shake ini juga merupakan sumber Kalsium yang tinggi dan diperbuat dari soya bermutu tinggi untuk menampung keperluan protein anak-anak. Di datangkan dalam perisa vanilla yang sangat lazat. 

                     
      

                                                        SET KECERDASAN SHAKLEE
                                    ( mealshake + Omega Guard + B Complex + Lecithin)

Jom kita pastikan anak - anak kita sentiasa aktif, cergas dan cerdas semasa berada di sekolah dan juga di rumah. Bila anak happy, pembelajaran mereka pun akan lebih berfokus dan cemerlang INSYAALLAH.

Sebarang pertanyaan / pesanan boleh hubungi saya:

JULIYA (0192648694)
FB: Juliya Baharom
FB PAGE: My Supplement Closet

  

Sunday, 9 October 2016

Tantrum Dan Cara Atasinya

Tantrum di definisikan sebagai episod kemarahan yang melampau dan juga kekecewaan yang tinggi. Ianya dapat di kategorikan sebagai tangisan, jeritan, gerakan mencederakan tubuh badan seperti membaling objek, menjatuhkan badan ke lantai dan menghempaskan kepala, tangan dan kaki ke arah lantai.

Masalah tantrum di kalangan anak - anak ini dapat kita kesan seawal usia 15 bulan lagi tetapi selalunya ibu bapa mula perasan akan perubahan kepada anak mereka pada usia dua hingga empat tahun.

Kanak - kanak biasanya ingin menunjukkan kepada kita yang mereka sebenarnya kecewa atas sesuatu perkara tetapi tingkah laku yang mereka tunjukkan itu tak dapat mereka kawal maka terjadinya tantrum. kadang kala ianya hanya disebabkan masalah kecil seperti gagal memasang butang di baju, di arah tidur tetapi keinginan mereka untuk pergi bermain. Sebenarnya anak - anak ni ingin tarik perhatian kita dqn kadang kala mereka pandai memanipulasi keadaan.

APA TINDAKAN IBU BAPA BILA ANAK TANTRUM?


Bila anak - anak tantrum ibu bapa perlu bijak tangani nya.. Salah satu cara adalah dengan membiarkan mereka melayan tantrum mereka. Ini kerana mereka sebenarnya nakkan perhatian ibu bapa dan nakkan ibu bapa menurut keinginan mereka. Jika ibu bapa menurut keinginan anak, anak - anak akan set dalam minda mereka yang mereka akan dapat apa yang diingini dengan cara melepas perasaan (tantrum).

Semasa anak tantrum sebaiknya ibu bapa perlu menjauhkan diri dari anak - anak atau menghilangkn diri buat sementara waktu. Tetapi pastikan tiada benda yang boleh membahayakan anak - anak berada berdekatan mereka. Bimbang mereka akan mncederakan diri sendiri. Perhatikan mereka dari jauh atau secara sembunyi.


TANGANI TANTRUM DI TEMPAT AWAM


Cara tangani tantrum di tempat awam adalah sama sahaja seperti cara di atas iaitu dengan membiarkan mereka mengamuk. Cuma ibu bapa perlu asingkan mereka ke tempat yang lebih tertutup dan jauh dari pandangan orang ramai. Mungkin boleh asingkan anak - anak ke tempat yang kurang orang atau masukkan mereka ke dalam kereta dan biarkan mereka melayan perasaan / amukan. 

Ibu bapa juga perlu peka dengan beberapa perkara sewaktu berdepan dengan anak yang sedang tantrum seperti memastikn persekitaran adalah selamat dan jauh dari benda - benda yang merbahaya, juga peka terhadap beberapa tanda bahaya seperti kelaparan, kepenatan dan pening. Jika masalah ini terjadi, ibu bapa boleh mengubah rancangan mendenda dengan beri anak rehat secukupnya, beri makanan atau ubah persekitaran.

Sebagai contoh jika anak tantrum di parti atau mana - mana majlis, ibu bapa boleh bawa pulang anak mereka lebih awal. Ini dinamakan mengubah persekitaran. Kadang kala ada juga ibu bapa akan berdepan dengan anak - anak yang tantrum di kedai @ mall, semasa di kaunter pembayaran kerana inginkan gula - gula atau di kedai permainan. caranya ibu bapa boleh mengikut kehendak anak tetapi menukarnya dengan alternatif atau pilihan yang lain.

Kekecewaan emosi juga boleh berlaku apabila anak - anak ditinggalkan bersama pengasuh atau pusat jagaan harian. Masalah ini boleh di atasi dengan cara dedahkan mereka dengan persediaan awal ke rumah pengasuh atau pusat jagaan harian. Ini untuk membuatkan mereka terbiasa dengan pengasuh dan keadaan sekeliling.


                    TAHAP TANTRUM

Di peringkat kanak - kanak, tantrum lebih kerap terjadi dn lebih sukar untuk ditangani oleh ibu bapa terutamanya. Ini disebabkan mereka masih tiada komunikasi yang lengkap, masih belum memahami banyak perkara, psi motor juga masih lemah. Ini akan menyebabkan mereka sukar menyampaikan keinginan mereka dengan lebih jelas, tidak dapat melaksanakan sesuatu perkara dengan betul dan tepat.

Bagaimanapun apabila mereka sudah bergelar murid ( sudah bersekolah) kekerapan tantrum sudah berkurangan disebabkan mereka sudah boleh memahami sesuatu perkara, sudah boleh menyampaikan sesuatu keinginan dan boleh difahami. Waktu ini peranan ibu bapa sangat penting dalam mengawal tantrum mereka. Sebagai contoh, jika anak tidak dapat menyelesaikan kerja rumah yang guru bagi disebabkan tidak faham dan sebagainya, mereka akan mula mengamuk. Ibu bapa perlu stabilkan emosi mereka, slow talk dengan mereka dan beri nasihat dan kata - kata yang membina. 


Ingat lah kawalan tantrum ini bukan bertujuan untuk menyakiti emosi mereka tapi untuk mendidik emosi dan jiwa mereka supaya menjadi lebih sabar. Mungkin ramai akan berfikir bahawa ianya agak kejam dengan membiarkan anak menangis dan mengamuk jika kita tidak tunaikan keinginan mereka lebih - lebih lagi di depan orang ramai tetapi percayalah ianya satu terapi yang sangat berkesan. 

Kita tidak mahu mereka memanipulasi keadaan itu dengan cara mengamuk keinginan mereka akan ditunaikan. Ibu bapa pula akan jadi mengikut saja kata dan keinginan mereka kerana takut anak akan mengamuk.





    

Wednesday, 21 September 2016

Rawat Ketumbit Dari Rumah

Ha...kalau sebut je mata ketumbit ramai lah yang teringat mitos org melayu...ketumbit sebab suka mengintai orang mandi.

Dulu saya selalu kena ketumbit..orang kata punca ketumbit sebab darah kotor..entah betul entah tidak.

Mengikut portal www.myhealth.gov.my :

Kelopak mata mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak yang membantu melembapkan permukaan hadapan bola mata dan bulu mata yang berfungsi memerangkap habuk daripada memasuki mata. Ketumbit (hordeolum luaran) adalah bisul kecil hasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulumata.Sebaliknya, penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat mengakibatkan chalazion (hordeolum dalaman).

Senang cakap ketumbit terjadi disebabkan oleh bakteria dan kedua disebabkan oleh saluran kelenjar yang tersumbat. Biasanya ketumbit akan berakhir dalam 3-7 hari.tapi jika berlarutan, itu tandanya dah merebak dan perlu dapatkan antibiotik.

Dulu-dulu kalau saya dijangkiti ketumbit, saya akan tumbuk sebiji bawang putih atau saya hiriskan supaya juice bawang putih tu keluar kemudian saya sapu je kat bahagian yang terjejas.. huh pedih jangan cakap lah..Sampai tahap melompat tepi sinki dapur.

Tapi sekarang tidak lagi. Tak perlu bersusah - susah melompat menahan pedih sapu juice bawang putih ke mata. Saya gunakan bawang putih shaklee je. Buka botol ambil 2 tablet dan telan. Tak perlu dah merana pedih mata.

        Khasiat Bawang Putih Shaklee

- Juice yang keluar bila bawang putih di hiris namanya Allicin (bersulfur). Itu lah yang menghasilkan bau pada bawang putih. Allicin dalam Garlic Complex Shaklee sangat tinggi dan tidak langsung terjejas semasa proses penghasilannya.

- Secara amnya, bawang putih ni bersifat antibakteria, antiviral, antifungus, anti beku darah (anti-coagulant) dan antikarsinogen iaitu anti kanser.

- Namun ada yang mengatakan khasiatnya berkurangkan apabila dimasak, sebaiknya dimakan mentah. Mampu ke nak makan macam tu saja? Sebab tu sesetengah orang ambil supplement garlic jer.

- Melancarkan peredaran darah (mengekalkan tekanan darah yang normal).

- Menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi.

- Membantu meredakan batuk, lelah dan selsema.

- Meningkatkan kekebalan sistem imun.

- Membuang angin dari badan.

Jadi tak perlu dah bersusah payah tenyeh bawang putih pada mata, makan bawang putih mentah.. Bertukar je kepada Garlic Complex Shaklee.

Untuk Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian seperti di bawah.

Juliya 0192648694
Fb page: My Supplement Closet
Fb: Juliya Baharom


Garlic Complex Shaklee
Mata ketumbit