Thursday 13 February 2014

KANAK - KANAK ISTIMEWA

Profesion pendidik tak pernah terlintas dalam fikiran saya. Bila Allah buka rezki saya sebagai pendidik, ini menjadi cabaran besar buat saya."Okey, mengajar jelah macam cikgu - cikgu aku mengajar aku dulu". Tu jelah yang aku fikirkan. 2008 adalah tahun aku posting di SK Sulaiman Bentong.Mengajar lah kelas pemulihan khas (dah itu memang opsyen masa di maktab). Jumlah murid memang lah sikit berbanding kelas aliran perdana tetapi........

Aras murid di kelas pemulihan adalah jauh berbatu-batu lebih rendah dari murid di aliran perdana. Yelah murid di kelas pemulihan khas ni lemah dan tercicir dalam subjek bahasa melayu dan matematik. silibus nya pulak memang berbeza dr kelas aliran perdana. bayangkan murid darjah 3 masih ada yang tak kenal huruf dan tak kenal nombor...Huh memang kena sabar 200% jadi guru pemulihan khas ni. Setiap tahun mesti ada menerima murid Orang Asli. Huh, ni lagi lah menguji kesabaran saya. Tahun pertama dan kedua memang agak tertekan dan mencabar bagi saya..Yelah ni pengalaman pertama berdepan dengan murid mcm ni. Alhamdulillah kini saya dh bergelar guru pemulihan khas hampir 6 tahun dan saya mula rasa enjoy dengan tugas saya ni..

Apa yang dapat menggembirakan saya adalah apabila anak murid saya yg dh bertahun tak boleh membaca kini dah boleh membaca ayat - ayat mudah, menulis dan mengeja dengan betul...dh mampu membilang dengan laju, boleh menambah, menolak dengan betul. Itu je yang boleh happy kan kita sebagai pendidik. Jadi pendidik ni bukan saja masa dan tenaga kena korbankan tapi juga duit kita.. kita lah yg keluarafkan duit sendiri beli barang kelas, hias kelas, beli brg2 buat ABM (alat bantu mengajar).. tapi semuanya tu terbalas bila apa yg kita ajar murid dapat serap... dah tak pikir dah berabis masa, duit dll

So kepada ibu bapa, kenali anak anda..asuh dan ajarlah mereka dari kecil kerana pendidikan bermula dari rumah..masa murid di sekolah hanya 6 - 7 jam sehari sedangkan selebihnya adalah di rumah bersama ibu bapa.

SAYA HAPPY MENJADI PENDIDIK


                                  


0 comments:

Post a Comment