Thursday 4 June 2015

Play doh homemade

Assalamualaikum..

Play doh ni memang menjadi kegilaan anak daraku, Aaira Nabila. Dia sanggup mengadap handphone semata - mata nk tengok Youtube tentang play doh ni. uishhh nak beli set - set play doh ni bukan murah - murah jugak. Kebanyakan harga rm50 ke atas.

Yang membuatkan saya terfikir nak buat play doh homemade ni adalah bila setiap kali saya beli , aaira main dan tak simpan betul - betul. So play doh ni akan jadi keras. Membazir sungguh.Sempena cuti sekolah 2 minggu ni saya pun ajak la dia buat play doh. Suka sangat dia.

Ok.. bahan - bahan yang diperlukan senang sangat nak dapat. Tak perlu nak sakit otak memikirnya.

Jom tengok apa bahan - bahannya:

a. 4 cawan tepung gandum
b. 1 cawan air
c. 1 @ 1 1/2 cawan garam halus
d. 2 sudu besar Minyak Ganola (minyak sayur) Saya gunakan Corn oil saje.
e. Pewarna (4 warna)

Cara ~ caranya:

1. Campurkan tepung dan garam dan gaul sebati.
2. Sediakan 4 mangkuk.masukkan 1/4 cawan air ke dalam setiap mangkuk.
3. Kemudian 4~5 titiskan warna ke dalam setiap mangkuk.
4. Kemudian masukkan setengah sudu besar minyak ke dalam setiap mangkuk.
5. Masukkan pula 1 cawan adunan tepung ke dalam setiap mangkuk dan gaul sebati. (Kalau adunan keras titis la sikit air).
6. Uli doh hingga sebati dan lembut.
7. Masukkan setiap doh ke dalam plastik kedap udara@plastik sandwich. (Untuk pastikan tahan lebih lama).
8..kids ready to play!!!